Monday, May 24, 2010

Tok Mufti Tutup Mulut Soal Judi

foto Tok Mufti Tutup Mulut Soal Judi

fajridil.blogspot.com - berkenaan dengan kes lesen judi yang sekarang masih hangat diperkatakan, aku sendiri hairan kenapa tok mufti semua tutup mulut. apa tok mufti pun main judi bola juga ke?

kalau isu lain yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat, bukan main berapi-api lagi tok-tok mufti bagi komen. bila berkaitan dengan hal-hal yang terang-terangan ditegah dalam Islam, terkunci pula mulut tok-tok mufti di Malaysia ni.

tidak sepatutnya tok-tok mufti membisukan diri dalam hal-hal sebegini. ini kes berat, bukan hal-hal remeh di kedai kopi. kalau tok mufti takut nak bersuara, jangan segan jangan malu, letak saja lah jawatan sebagai tok mufti tu. duduk sajalah berzikir kat rumah. memalukan umat Islam di Malaysia saja yang mana ada mufti tak tahu nak membezakan yang mana halal yang mana haram.

aku harap, ada lah tok-tok mufti yang berpendirian tegas menolak dan membantah lesen judi bola yang kerajaan beriya-iya nak laksanakan. janganlah jadi pengecut yang hanya berani bersuara untuk kepentingan diri sendiri.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




2 comments:

rashid said...

Salam...in my opinion, tok mufti ni pun 50-50 je, dia pun dah tau yang judi tu haram, dan disebabkan kitakan 1malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, so benda-benda judi tu untuk yang non muslim, tapi untuk menghalang yang muslim dari berjudi, itu sendiri punya hal..

maleksaid...

tok mufti skrgni memang tak layak digelar mufti. tapi layak digelar balaci umno. tok mufti sibuk berkaitan menghentam pakatan pembangkang, urusan agama diketepikan. dah terpesong.

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise