fajridil.blogspot.com - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad membantah laporan yang mengatakan bahawa Osama bin Laden berada di Taheran. Malah beliau dengan tegas menyatakan bahawa pemimpin tertinggi Al-Qaeda tinggal di Washington DC, ibu kota Amerika Syarikat.
didalam sebuah wawancara dengan televisyen ABC pada rabu (05/05/2010), beliau mengatakan, "yakinlah bahawa dia berada di Washington. saya rasa ada kemungkinan besar bahawa beliau ada disana".
tanpa memberikan sebarang bukti, pemimpin Iran mengatakan bahawa beliau mendengar bahawa Osama Bin Laden menetap di Ibu Negara AS kerana sebelum ini Osama merupakan "partner" Bush.
katanya lagi, "Osama dan Bush adalah rakan di hari tua. mereka menjalankan jual beli minyak. mereka bekerjasama. Bin Laden tidak pernah bekerjasama dengan Iran, tatapi beliau bekerjasama dengan Bush".
beliau menambah, para pemimpin atasan AS seharusnya tahu dimana lokasi ekstremis Islam itu berada. "Pemerintah AS telah menumpukan serangan ke atas Afganistan untuk menangkap Bin Laden. mereka menyerang seluruh daerah di Afganistan walhal mereka tidak tahu dimana Osama Bin Laden itu berada. apakah itu masuk akal?".
pada aku secara peribadi, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad ini memang seorang pemimpin Islam yang berani. walaupun ditekan hebat oleh pelbagai negara besar dalam pelbagai cara, namun tidak sedikit pun menggetarkan hatinya. malah seluruh rakyat menyokongnya dari belakang. inilah contoh pemimpin yang patut ada di negara Malaysia.
tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang boleh meniru keberanian Presiden Iran ini. yang mereka tahu hanyalah gadaikan maruah negara, gelapkan duit rakyat, bebankan rakyat dengan kenaikan harga barang, menghalalkan hiburan yang melampaui batas dan pelbagai lagi.
jadi sudah sampai masanya kerajaan sekarang ini ditukar dengan kerajaan baru dibawah pimpinan Pakatan Rakyat. semoga dengan itu rakyat dapat merasa habuan dari kemajuan negara ini.
0 comments:
Post a Comment