Sunday, May 16, 2010

Myfriends2u.com - Laman Sosial Portal Komuniti Masa Kini

foto myfriends2u.com

fajridil.blogspot.com - semalam aku terbaca mengenai myfriends2u di akhbar kosmo. myfriends2u.com ini seakan-akan sama dengan laman sosial terkenal buat masa ini. apa lagi kalau bukan facebook.

dari apa yang aku baca, laman sosial myfriends2u.com ini dicipta sebagai alternatif kepada facebook. malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa laman sosial myfriends2u.com ini bakal menjadi pencabar kepada facebook.

setelah aku mendaftar sebagai ahli baru di myfriends2u, aku lihat memang benar ia mirip dengan laman sosial facebook.

jadi kepada sesiapa yang sudah boring atau jemu melayan facebook, bolehlah mencuba pula bersembang dan bersosial di myfriends2u.

foto myfriends2u.com

aku pun baru sahaja mendaftar diri disitu. jadi kekurangan di laman tersebut belum dapat dipastikan. cuma yang paling ketara, nama atau jenama laman sosial tersebut iaitu myfriends2u kurang sesuai untuk dijadikan penarik.

nama myfriends2u tersebut terlalu panjang dan sukar untuk diingat. berbanding dengan laman sosial terkenal yang lain seperti myspace, friendster, tagged dan juga facebook, kesemuanya agak mudah untuk disetkan dalam minda. jadi disitu adalah kesilapan penjenamaan yang amat jelas.

apapun, tahniah diucapkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diatas pelancaran laman sosial myfriends2u.com ini. semoga laman myfriends2u ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

jadi kepada sesiapa yang ingin mendaftar atau menjadi ahli di myfriends2u.com, boleh layari disini -->> WWW.MYFRIENDS2U.COM

kalau sudah mendaftar, sudi-sudikanlah add saya disini -->> www.myfriends2u.com/fajridiladha



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




3 comments:

rekrazie said...

aku ade buat review pasal myfriends2u ni kat blog aku. just share pendapat :)

PurpleAxe said...

Dah register...
tapi payah btul nak masuk.. asyik Problem loading page jer...

Taper said...

Alamak!! Fail ler!! Sebijik cm fesbuk..tp software ni dorang beli kan..senang ler nk meng-edit..kalo nk yg 100% malaysia punyer..layari http://www.aper.my bleh menang goodies taw!!

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise