Friday, May 21, 2010

Hanya 84 Saat Doktor Merawat Setiap Pesakit

foto Hanya 84 Saat Doktor Merawat Pesakit
gambar hiasan

fajridil.blogspot.com - seorang doktor di Taipei ditegur oleh kerajaan Taiwan setelah satu siasatan dilakukan dan terbukti bahawa doktor tersebut hanya memerlukan masa yang secara puratanya hanya 84 saat untuk merawat setiap pesakitnya.

Doktor bidang ortopedik (bedah tulang) itu merawat dan mengenalpasti (diagnose) 61,366 pesakit sepanjang tahun lalu seperti yang dilaporkan oleh sebuah penyelidikan yang dibuat oleh Yuan Control. dia mengenalpasti masalah pesakit sehingga mampu melayan 339 pesakit setiap hari dengan kadar purata 84 saat setiap pesakit.

Perkara tersebut menimbulkan pertanyaan kepada Kementerian Kesihatan agar para doktor dapat memberikan masa yang lebih lama untuk merawat dan berjumpa dengan pesakit pada masa akan datang

Media setempat seperti yang disiarkan Telegraph pada Khamis (20/05/2010), mengenalpasti doktor yang dikenali sebagai Wu Ming-Feng dari klinik swasta Minsheng di bandar Kaohsiung, selatan Taiwan. Stesen TV tempatan menunjukkan gambar Wu melakukan tugasnya.

"Jika kerajaan ingin menghadkan jumlah pesakit untuk setiap hari, saya tak kisah. malah saya sendiri tak ingin merawat terlalu banyak pesakit. saya hanya berfikir, tidak adil untuk diri saya jika tidak berjumpa dan merawat pesakit yang datang," kata Wu di stesen TV CTI.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise