fajridil.blogspot.com - sebelum ini ramai rakan-rakan aku yang bercerita tentang taman perumahan baru di Masai ni. apa lagi kalau bukan di Sierra Perdana..
rakan-rakan aku ramai juga yang membeli rumah di kawasan tersebut. kawasan perumahan tersebut dekat sahaja dengan tempat aku berniaga tapi tidak pernah lagi aku menjejakkan kaki kesana..
jadi pagi tadi aku rasa teringin nak melihat sendiri kehebatan kawasan perumahan Sierra Perdana seperti yang diwar-warkan oleh rakan-rakan aku yang membeli rumah di kawasan berkenaan..
setelah sampai kesana, ternyata cerita-cerita hangat tentang Sierra Perdana tersebut hanyalah kata-kata nista semata.
pada aku kawasan perumahan disana sama sahaja dengan kawasan perumahan disekitarnya iaitu Taman Rinting. malah untuk memasuki ke kawasan perumahan Sierra Perdana tersebut juga harus melalui kawasan perumahan Taman Rinting terlebih dahulu. jadi rasa "Gah" itu tidak wujud malah "seri" nya juga hilang akibat pandangan pertama "1st impression" tersebut.
mungkin yang yang boleh dibanggakan hanyalah pada namanya "Sierra Perdana" atau pada rekaan rupa bentuk rumahnya yang agak moden berbanding dengan rekaan rumah "jirannya", Taman Rinting. kalau yang lainnya, pada aku tiada bezanya.
8 comments:
ada plak pemaju tampal fajridil.blogspot.com kat situ.. tu yg mahal tu.. hehehe..
it seems like u tak tau nak menilai sesebuah property lah... kita mesti tau kenapa rumah tu mahal then others.. tanah, location, design, developer and yg utama kualiti bahan yg digunakan yg buat rumah tu famous and mahal... kalau rumah bkn hak milik tetap, tanah bekas ladang, developer xmoden, byk anai2, dkt dgn kaw kilang, byk polution.. memang ler rumah tu murah.. spt di bkt dahlia tuh..
aku dah g survey2 gak kat situ.. memang biasa2 saja kawasannya.. indah khabar dari rupa..
ituelah pasal. aku tengok sama jerk ngan umah aku kat nusa damai.. lg aman damai aku kat sana.. hihihi
sana tu kawasan paya lah bang.. gerenti banyak nyamuk.. lama2 nanti rumah pun retak-retak sbb tanah kuat.. abg farah ada beli rumah kat situ. farah tengok sama macam taman rinting jek. siap ada yang tanya, ni taman rinting ke sierra perdana. keliru kat situ..
sierra perdana? dengar macam bistari perdana jer. hihihi
faj, betullah cakap ko tuh. aku tengok sierra perdana tu nnt jd mcm taman rinting gak. tak ada beza.. dua2 taman ni lokasi dia sebelah highway. lgpun situ dekat dgn laut. tanah xkukuh kat situ. aku dulu plan nak beli rumah kat situ gak. last2 bila pikir balik, aku beli kat seri alam. lg cantik designnya.
haduih statement..mujur entri lama kan..
Post a Comment