Thursday, May 20, 2010

Pakistan Menyekat Akses ke Facebook

foto Facebook Disekat di Pakistan

fajridil.blogspot.com - Pakistan pada Rabu (19/5/2010), menyekat akses ke Facebook ketika kemarahan rakyat memuncak akibat penganjuran sebuah pertandingan untuk mencipa / mereka kartun Nabi Muhammad SAW di laman sosial facebook tersebut.

pertandingan yang dinamakan "Everybody Draw Mohammed Day" di Facebook itu mengundang reaksi marah dan mengakibatkan berlakunya demonstrasi jalanan di negara yang majoriti penduduknya Muslim tersebut. Keputusan Mahkamah Tinggi Lahore itu berdasarkan atas sebuah petisyen yang diajukan oleh Gerakan Peguam Muslim. Mahkamah itu memerintahkan suruhanjaya yang mengawal internet Pakistan untuk memblok akses ke Facebook.

Para peguam untuk hak Telekomunikasi Pakistan mendebat bahawa sepatutnya hanya halaman yang menyinggung sensitiviti sahaja yang harus dihapus dari Facebook, tetapi hakim Ijaz Ahmad Chaudhry memerintahkan seluruh akses ke jejaring laman sosial itu dilarang bermula pada Rabu. Maka, para pengguna pun tidak boleh untuk mengakses ke Facebook lebih kurang dua jam kemudian.

Rai Bashir, seorang peguam yang terlibat dalam kes ini mengatakan, Facebook melampau. "Ada begitu banyak penghinaan terhadap nabi di internet dan itulah sebabnya kami membawa kes ini," katanya. "Semua masyarakat Muslim di Pakistan dan dunia akan menyokong kami," tambah Bashir seperti yang ditulis di Telegraph.

Dalam Islam, visual dan gambar terhadap Nabi Muhammad secara luas dinilai sebagai sesuatu yang menyinggung sensitiviti umat Islam. Al Quran tidak secara khusus melarang gambar Nabi Muhammad, tetapi banyak hadis, atau riwayat atas kitab suci Islam, melarang tindakan tersebut.

Mahkamah Tinggi Lahore itu memerintahkan penutupan Facebook sehingga 31 Mei, setelah tempoh pertandingan berakhir, maka akan ada persidangan lagi tentang kes tersebut.

pertandingan kartun itu didasarkan pada gagasan seniman Molly Norris dari Seattle, yang memposting sebuah kartun di laman webnya yang terdiri dari sebuah kerusi, gulungan kapas, cherry, dan beberapa benda lain yang dilabelkan sebagai Nabi Muhammad. Namun, Norris mengatakan, ideanya itu hanya sebuah gurauan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise