Wednesday, April 17, 2013

Bisnes Part Time Bersama 4Life Research

foto Bisnes Part Time Bersama 4Life Research

Bisnes Part Time Bersama 4Life Research

fajridil.blogspot.com - Assalamualaikum WBT. Diam tak diam, dah hampir 2 tahun aku menyertai 4Life. Pada awalnya aku hanya suka-suka sahaja menyertai bisnes network marketing ini. Tapi tak sangka, walaupun menjalankan secara separuh masa (Part Time), pulangan yang diterima boleh dikatakan agak lumayan.

Pada bulan pertama aku menyertai 4Life Research ini, aku sudah berjaya mencapai pangkat pertama iaitu Qualified Diamond (QD). Pada ketika itu, perasaan gembira tu memang menggunung. Rasa macam dunia ni aku yang punya. Hehe.

Bila dah berjaya capai pangkat QD, aku usaha lagi untuk capai pangkat berikutnya. Alhamdulillah, berkat usaha, kerjasama dan sokongan dari rakan bisnes, aku berjaya capai pangkat kedua iaitu Presidential Diamond (PD) pada bulan keempat aku menyertai 4Life ini. Pada ketika ini bonus yang aku terima agak memberangsangkan. Maklumlah, tak pernah terfikir sebelum ni aku mampu mendapat duit sampingan mencecah 5 angka dalam sebulan. Pada aku, itu adalah kejayaan yang besar dalam hidup aku.

Kini sesudah hampir 2 tahun aku bersama 4Life, aku dalam usaha untuk capai pangkat ketiga yang lebih tinggi lagi iaitu International Diamond (ID). Bukan tugas yang mudah untuk capai pangkat ID ni. Yang buat bisnes sepenuh masa (Full Time) pun masih tak ramai yang berjaya capai pangkat ini. Tapi aku akan buktikan pada semua bahawa dengan menjalankan secara "part-time job" pun aku mampu capai pangkat ID tersebut.

InsyaAllah pada bulan ni, April 2013, aku mampu mencatatkan nama sebagai salah seorang International Diamond di 4Life Research. "Ya Allah, Permudahkanlah Urusanku Ini. Amin, Ya Robbal Alamin".

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Peluang perniagaan 4Life ini, sila layari laman : 

 atau hubungi aku,
 Adha : +6012 7241824 atau whatsapp di no : +6018 7652500

Sekian untuk kali ini, Wassalam.

Baca Selanjutnya......

Friday, April 5, 2013

Anak dan Isteriku

Anak dan Isteriku

fajridil.blogspot.com - Alhamdulillah, putera keduaku, Faris Hasif kini sudah berusia 2 minggu. Agresifnya bukan main lagi, baru 2 minggu tapi seperti dah tak sabar nak berlari serta bermain-main dengan abangnya. Bayangkan sekarang dia sudah mampu tidur mengiring. Aku lihat dia seakan-akan sudah berupaya untuk menggulingkan badannya, cuma kurang kekuatan untuk menolak badannya lebih kuat.

Dalam tempoh yang sama juga, isteri ku sudah kembali kelihatan ramping bergaya. Berat badan pun dah hampir menyamai berat ketika dizaman anak dara. Aku perhatikan sahaja gelagatnya bila berada di depan cermin. Pasti akan dibelek-belek badannya. Pusing sana, pusing sini kemudian tersenyum sorang-sorang. Hehe..

Putera pertamaku, Farid Zahirulhaq semenjak dapat adik, manjanya pada aku bukan main lagi. Kemana sahaja aku pergi pasti akan diekorinya. Bayangkan ketika sedang nyenyak tidur pun bercakap dia sorang-sorang, "Papa, Papa, Nak Ikut, Nak Pergi Johor!". Pagi-pagi bila dia sedang nyenyak tidur pun boleh terus terjaga bila dengar aku pegang kunci nak buka pintu. Masa tu confirm dia akan terus menangis sekuat hati sambil berlari ke arah aku, "Papaaa, nak ikottt". Terpaksa la aku dukung sampai dia tidur semula.

Bukan itu sahaja, sejak seminggu kelahiran adiknya, dia sudah tidak mahu duduk dirumah dengan mamanya lagi. Pasti akan turut sama pergi ke kedai bersama aku. Jadi mamanya dah terpaksa juga ke kedai. Syukur Alhamdulillah isteriku cepat pulih. Jika tidak, susah juga aku dibuatnya. Orang lain berpantang 40 hari, isteriku 7 hari sahaja. Cepat sembuh berkat makan produk 4Life Transfer Factor. Dah terbukti keberkesanannya!

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Jadi kepada sesiapa yang ingin mencuba produk Raja Penawar, 4Life Transfer Factor tersebut, boleh lah melawat ke laman berikut :


4lifegroup.blogspot.com

Segala info boleh didapatkan disana. Sekian untuk kali ni. Wassalam..

Baca Selanjutnya......

Saturday, March 23, 2013

Faris Hasif Bin Fajridil Adha

Faris Hasif Bin Fajridil Adha

fajridil.blogspot.com - Assalamualaikum W.B.T.

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Puji-Pujian untuk junjungan mulia, Muhammad Ya Rasulullah.

Syukur Alhamdulillah, pada Selasa, 19/3/2013, 7 Jamadilawal 1434 H, jam 8.23 am, Isteriku, Fadhilah Mohd Jainal telah selamat melahirkan putera kedua kami secara normal di Hospital Sultan Ismail, Johor.Di hospital inilah juga anak kami yang pertama, Farid Zahirulhaq dilahirkan pada 24/4/11 yang lepas.

Mengikut jangkaan, isteriku dijangka bersalin pada 15/3/13 tapi bila telah sampai tarikh, tiada sebarang tanda-tanda akan bersalin. Isteriku tetap kuat dan datang membantuku di kedai seperti biasa. Sehinggalah pada pagi hari Selasa 19/3/13 jam 3.30 am, isteriku mengejutkan aku dari tidur lalu berkata, "Abang, ayang rasa dah nak bersalin. perut dah kerap sakit. Kejap sakit, kejap hilang". Ketika itu juga aku bangun lalu menyuruhnya berkemas untuk ke hospital.

Aku terus mandi dan solat sunat agar dipermudahkan segala urusan. Setelah siap semuanya, kira-kira jam 5.00 am kami terus bertolak ke hospital. Dalam kereta isteriku tetap tenang sambil memeluk anak sulung kami yang sentiasa penuh dengan celotehnya walaupun masih mengantuk. Sampai di hospital kira-kira jam 5.15 am, aku menurunkan isteriku di lobby dewan bersalin bersebelahan dengan wad kecemasan. Sebelum turun kereta, isteriku peluk erat dan cium anak sulung kami sambil berkata, "Mama sayang Farid". Kemudian isteriku salam dan cium tanganku sambil meminta ampun maaf kepadaku. Ketika itu, hatiku menjadi sebak. Rasanya seperti menghantar orang tua yang hendak mengerjakan ibadah haji. Tapi aku tetap tenang walaupun dalam hati tu rasa nak menangis.

Setelah parking kereta, aku terus mendukung anakku pergi ke dewan bersalin di tingkat 4. Pengalaman pertama dahulu telah membuatkan aku lebih arif tentang urusan dan selok belok di hospital. Sampai diatas, jururawat memberitahu doktor sedang memeriksa isteriku jadi aku perlu tunggu di ruang menunggu. Disitu ada 3 orang yang sedang turut sama menunggu. Seorang sedang nyenyak tidur, seorang lagi sibuk dengan telefon bimbitnya dan seorang lagi mundar-mundir tak tentu arah. Aku bertanya pada yang sedang sibuk mundar-mandir tu, isteri dah kena tahan dalam wad ke? dah buka berapa cm? Kemudian di ketawa sahaja. Aku pun diam sajalah. Tak lama dia tanya semula, tanya apa tadi? Telinga saya pekak lah. Tak dengar berapa jelas. Jadi aku tanya semula pertanyaan tadi, "dah buka berapa cm?" dengan nada agak tinggi. Lalu dia jawab, "ooooo ok". Aku senyum sahajalah. Hehe.

Tak lama kemudian jururawat bertugas memanggil aku. Dia mengatakan isteriku perlu ditahan dimasukkan ke ruang bersalin kerana bukaan sudah 5 cm. Isteriku keluar menyerahkan baju yang dipakai tadi serta menanggalkan semua barang kemas yang dipakai. Kini telah siap memakai baju hospital berwarna merah jambu dan bertudung lengkap. Aku serahkan pada jururawat tadi barang-barang baby yang diminta iaitu, pampers, lampin, baju, stokin tangan dan kaki serta selimut. Kemudian aku minta izin untuk pulang sebentar.

Aku terus menghubungi Mama ku memberitahu isteriku dah ditahan di dalam wad bersalin. Sampai dirumah mamaku, aku terus solat subuh. Mama serta adikku telah siap untuk turut sama ke hospital. Mereka terpaksa ikut sama bagi menjaga anakku kerana kanak-kanak tidak dibenarkan masuk. Jam 7.00 am kami sampai di hospital. Aku terus naik menemui isteriku. Aku melihatnya sudah semakin kerap terasa sakit. Jururawat beritahu, bukaan masih 5 cm. Dijangka bersalin dalam jam 10.00 am. Aku tenang sahaja. Lalu aku minumkan air zam-zam yang telah aku bacakan dengan doa sehari sebelumnya. Kemudian aku minta izin isteri untuk turun semula melihat anak kami. Maklumlah, anak kami sebelum ni tak pernah berpisah walaupun seketika. Jadi nak tengok juga keadaannya.

Sampai di lobby, aku lihat anakku sedang sibuk bermain-main dengan Aunty dan Neneknya. Lalu kami semua bersarapan di kedai makan di tingkat 2. Pada jam 8.00 am aku naik semula. Isteriku dah mula rasa makin sakit. Tanganku digenggamnya sekuat hati. Jururawat suruh bersabar sambil diberi gas untuk disedut jika rasa sakit bertambah kuat. Aku minumkan lagi air zam-zam tadi. Diminum sampai dah nak habis sebotol. Sakit menjadi semakin kuat sehingga sesekali isteriku menjerit menahan kesakitan. Melihat keadaan itu, jururawat dah mula kelam-kabut menyiapkan barang-barang untuk urusan bersalin. Kali ni seorang sahaja jururawat yang menjaga isteri ku. Berbeza dengan masa melahirkan anak sulung kami, hampir 10 orang jururawat serta doktor berada disamping isteriku. Apa yang boleh aku katakan, jururawat ni memang hebat. Lupa pula aku nak lihat namanya. Setelah jururawat tersebut menyiapkan peralatannya, disuruhnya aku keluar sebentar untuk melihat bukaan dah berapa cm. Seminit kemudian disuruh aku masuk dan menyatakan dah terbuka 6 cm. "Lama lagi ni, mungkin bersalin dalam jam 10.00 am" kata jururawat tadi.

Lalu aku menyuruh isteriku minum lagi air zam-zam tadi. Isteriku menjadi semakin sakit. Jururawat menyuruh aku keluar kembali untuk memeriksa semula dah berapa cm bukaan untuk bersalin. Lalu dipanggilnya aku kembali sambil mengatakan isteriku bukaannya dah 10 cm. rambut baby pun dah mula kelihatan. Aku berdua sahaja bersama jururawat tadi dalam proses bersalin ni. Proses bersalin pun bermula. Isteriku berulang kali melaungkan, Allahu Akbar. Diteran lagi dengan laungan Allahu Akbar. Lebih kurang seminit kemudian isteriku selamat bersalin. Nampak memang amat mudah proses bersalin anak yang kedua ini berbanding anak yang pertama dulu.

Isteriku terus dengan zikir-zikirnya sambil memelukku dengan erat. Syukur Alhamdulillah semua telah selamat. Jururawat tadi suruh aku berselawat ketika dia ingin memotong tali pusat. Selepas dipotong baru aku lihat jantina anak kedua kami ini. Lelaki! Yang, anak kita lelaki lagi. Isteriku senyum sahaja kerana kami memang tidak kisah dengan jantina. Lelaki atau perempuan kami terima sahaja pemberian Allah itu. Tetapi dalam hati kecilku berkata, "tepat sangkaan kata hatiku selama ni".

Dalam keadaan yang masih berlumuran darah, jururawat tersebut terus suruh aku azankan. Aku terdiam sekejap. Aku tanyalah, "akak tak bersihkan dulu ke?". Dia cakap azan sekarang lagi bagus. Jadi dalam keadaan masih segar baru dikeluarkan dari alam rahim beserta tangisan, aku yang telah siap mengambil wudu' terus azankan di telinga kanan. Tatkala itu anak kami terus dalam tangisan. Tetapi apabila hampir siap aku iqamatkan di telinga kirinya, terus berhenti tangisan tu . Subhanallah..


Setelah selesai semua urusan, isteri dan anakku pun dah dipindahkan ke wad ibu-ibu yang baru bersalin, aku pun pulang ke rumah sebentar. Didalam kereta mama ku bertanya, "dah ada nama ke dek?". Aku pun dengan tenang menjawab "dah". Namanya "Faris Hasif". Mamaku kembali bertanya, "Apa makna nama tu?". Aku terlupa pula apa maknanya padahal nama ni masa awal kandungan lagi aku dah siapkan. Tiba-tiba boleh lupa pula. Bila aku buka kembali buku nama-nama yang diberkati untuk permata hati, barulah aku ingat kembali. Faris bermaksud "Ahli Firasat Yang Alim", "Penunggang Kuda". Hasif pula bermaksud "Yang Bijak Pintar", Baik Budi Bicara", "Kemas", "Rapi". Moga berkat nama ini jadilah anakku nanti anak yang soleh, hebat dan tinggi ilmu agamanya agar dapat menggembirakan hati kami sekeluarga selain dapat menegakkan Syiar Islam ke persada dunia. Amin, InsyaAllah.

Itulah sahaja nukilan untuk kali ini. Wassalam...

Baca Selanjutnya......
 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise