fajridil.blogspot.com - Orang China pertama yang menjelajah ke ruang angkasa lepas mengatakan bahawa angkasawan China memakan daging anjing untuk menjaga kekuatan badan ketika mengelilingi orbit sekeliling bumi.
Yang Liwei, seorang pilot berumur 44 tahun yang mengetuai misi Shenzhou Five 2003, menerangkan mengenai menu para angkasawan China dalam autobiography nya yang bertajuk The Nine Levels Between Heaven And Earth.
menurut laporan Telegraph, Khamis (13/5/2010),dia turut menyatakan senarai menu termasuk ayam rebus, ikan kukus dan daging anjing dari Huajing di Guandong yang terkenal dengan manfaat nutirisinya di China. beliau turut menulis pepatah China Selatan yang berbunyi, "Anjing Huajing lebih baik dari Ginseng".
Berikut adalah senarai menu angkasawan China (pada misi tahun 2009).
Hari pertama: bubur akar teratai, tauhu dengan daun bawang, ikan ekor kuning rebus, iga babi dengan rumput laut, bayam dengan bawang putih cincang.
Hari kedua: kulit babi pedas, bebek rebus, ketam masak halia, hati ayam dengan lada, kacang pinut dengan jagung manis, sup tiga rasa.
Hari ketiga: telur rebus dalam sup beras yang difermentasi, sosis harbin, anjing huajiang, casserole bayi cumi-cumi, belut dengan paprika hijau, kacang pedas dengan tahu kering.
Apple, pir, dan limau disajikan setiap kali makan. Demikian juga nasi, mee, dan kentang.
0 comments:
Post a Comment