fajridil.blogspot.com - Saintis akan membuat matahari di bumi dalam beberapa bulan mendatang dengan menggunakan laser terbesar di dunia yang berukuran tiga kali saiz padang bola sepak di Amerika.
Laser di Lawrence Livermore National Laboratory di California ukurannya kurang lebih sama dengan tiga saiz padang football Amerika, dan mereka yang bertugas di laboratorium tersebut tidak bergurau ketika mereka berkata akan mencipta matahari kecil dalam beberapa bulan akan datang.
Projek tersebut dinamakan "National Ignition Facility" yang menjumpai sumber rahsia dari pengeluaran tenaga iaitu fusi nuklear, reaksi tenaga tinggi secara teori akan menghasilkan energi tidak terbatas bagi kemanusiaan.
Laboratorium berharap mampu membelah cahaya menjadi 192 cahaya kecil, lalu menembak mereka dalam target kecil bersalut emas yang bahkan lebih kecil dari kuku jari.
Panas dari laser akan meleburkan isotop menjadi satu dalam sebuah reaksi 100 juta darjah Celcius, lima kali lebih panas dari inti matahari.
Ada potensi bahaya radioaktif ringan, tetapi laboratorium membalut fasiliti dengan dinding konkrit dengan ketebalan lebih kurang 2 meter.
Tetapi jika penggabungan isotop berjaya, maka hasilnya sangat luar biasa, matahari kecil tersebut akan mengeluarkan tenaga yang cukup untuk membekalkan tenaga ke seluruh dunia.
lebih kurang 200 triliun tenaga per detik mampu dikeluarkan. “Fusi energi merupakan sumber energi paling utama di seluruh alam,” kata Pengurus Projek, Bruno Van Wonterghem.
Jika berjaya, laboratorium berharap projek yang telah berjalan selama 5 tahun akan mengeluarkan tenaga yang boleh digunakan selama 20 tahun, kata Van Wonterghem.
0 comments:
Post a Comment