Monday, May 10, 2010

62.7% Remaja Indonesia Pernah Melakukan Seks

foto 62.7 Persen Remaja Indonesia Pernah Melakukan Seks

fajridil.blogspot.com - Menteri komunikasi dan informasi Indonesia, Tifatul Sembiring merasa risau akibat semakin meluasnya pengedaran gambar dan video lucah dikalangan remaja dan kanak-kanak. bahkan mengikut data yang dikeluarkan oleh Komisi Perlindungan Anak (KPA), dinyatakan bahawa 97% remaja pernah melihat gambar atau video lucah, 62.7% pernah melakukan hubungan seks.

kajian atau survey yang dilakukan keatas 4,500 remaja di 12 bandar besar di seluruh Indonesia juga menunjukkan bahawa 93% remaja pernah berciuman, 62.7% pernah melakukan hubungan seks dan 21% pernah menggugurkan kandungan.

kerisauan ini wajar kerana golongan remaja masa kini akan menentukan baik buruknya sesebuah negara pada masa hadapan.

kalau di Malaysia pula, bagaimana pula kajiannya? adakah lebih baik atau lebih parah peratusannya berbanding dengan Indonesia?

tapi aku ingin sarankan, kalau hendak dibuat kajian sebegini di Malaysia, pihak pengkaji haruslah melakukan survey keatas pemimpin-pemimpin kerajaan terlebih dahulu. mengapa? kerana pemimpin negara masa sekarang terlibat dengan gejala yang tidak baik. sudah pasti masa zaman remajanya pemimpin tersebut telah melalui zaman pembesaran yang tidak sihat.

oleh kerana itu kedudukan negara pada masa sekarang menjadi tidak menentu akibat pemimpin bermasalah tersebut yang berkuasa keatas negara.

jadi kalau mahukan negara ini mempunyai pelapis yang baik untuk masa depan, remaja dan kanak-kanak masa kini haruslah diselia sebaik mungkin mengikut ajaran yang berlandaskan Islam.

semoga pada masa hadapan Malaysia dapat dipimpin oleh mereka-mereka yang baik peribadinya dan hebat pegangan agamanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise