Wednesday, May 12, 2010

Skuad Sementara Pasukan England Untuk Piala Dunia 2010

foto Fabio Capello

fajridil.blogspot.com - jurulatih pasukan kebangsaan England, Fabio Capello menyenaraikan nama 30 pemain yang akan masuk skuad sementara untuk persiapan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Di antara mereka terdapat pemain yang tidak pernah dipanggil oleh Fabio Capello sebelum ini iaitu Ledley King dan Jamie Carragher, kedua-duanya pemain pertahanan.

Capello mengurus pasukan England pada 2008. pada masa itu beliau pernah memanggil Ledley King untuk pertandingan menentang Ukraine dan Slovakia. Namun akibat cedera, namanya tidak disenaraikan. manakala Jamie Carragher memang belum pernah dipanggil oleh Capello.

walaubagaimanapun, Capello terpaksa mempertimbangkan kedua-dua pemain tersebut kerana beberapa pemain pertahanan sedang cedera atau kerap dilanda kecederaan seperti Joleon Lescott dan Rio Ferdinand.

selain itu, media-media di England mengatakan bahawa Capello sedang memujuk pemain tengah Manchester United, Paul Scholes dan pemain pertahanan Manchester City, Wayne Bridge untuk kembali menyarung jersi kebangsaan. Scholes sudah bersara dari arena antarabangsa sejak 6 tahun lalu. manakala Bridge baru mengumumkan persaraan baru-baru ini akibat salah faham dengan John Terry.

apabila mereka menarik keputusan persaraan, diyakini pemain tersebut akan masuk dalam skuad final atau skuad akhir yang terdiri dari 23 pemain yang harus terbentuk sebelum akhir bulan ini.

Berikut adalah senarai sementara skuad England untuk Piala Dunia 2010 Afrika Selatan.

Penjaga Gol (Keepers) : Joe Hart (Manchester City), David James (Portsmouth), Robert Green (West Ham).

Pertahanan (Defenders) : Leighton Baines (Everton), Jamie Carragher (Liverpool), Ashley Cole (Chelsea), Michael Dawson (Tottenham), Rio Ferdinand (Manchester United), Glen Johnson (Liverpool), Ledley King (Tottenham), John Terry (Chelsea), Matthew Upson (West Ham), Stephen Warnock (Aston Villa).

Pemain Tengah (Midfielders) : Gareth Barry (Manchester City), Michael Carrick (Manchester United), Joe Cole (Chelsea), Steven Gerrard (England), Tom Huddlestone (Tottenham), Adam Johnson (Manchester City), Frank Lampard (Chelsea), Aaron Lennon (Tottenham), James Milner (Aston Villa), Scott Parker (West Ham), Theo Walcott (Arsenal), Shaun Wright-Phillips (Manchester City).

Penyerang (Strikers) : Darren Bent (Sunderland), Peter Crouch (Tottenham), Jermain Defoe (Tottenham), Emile Heskey (Aston Villa), Wayne Rooney (Manchester United).


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise