gambar hiasan
fajridil.blogspot.com - beberapa orang yang memakai pakaian askar Iraq dan lengkap bersenjata memenggal kepala seorang imam yang sebelum ini mengecam Al-Qaeda. orang-orang tersebut menggantung kepala ulama itu di sebuah tiang elektrik di kampungnya iaitu di daerah Diyala, utara Iraq pada Isnin (17/05/2010).
menurut pihak polis, penyerang membunuh Sheikh Abdullah Shakoor al-Salhy, imam masjid di kampung Saadiya, lebih kurang 150 kilometer sebelah timur laut Baghdad.
"orang-orang bersenjata yang memakai seragam tentera menyerbu masuk ke rumah kami pada awal pagi. mereka menahan kami didalam sebuah bilik dan mengarahkan ayah kami ke bilik lain". kata Muhammed Abdulla, anak lelaki ulama tersebut.
Abdulla mengatakan, keluarganya tidak menyedari bahawa ayahnya dibunuh sehinggakan empat penyerang tersebut meninggalkan rumahnya.
Sheikh Abdullah Shakoor al-Salhy mengecam Al Qaeda didalam khutbah di masjid setempat pada Jumaat lalu.
Pembunuhan pada hari itu merupakan yang terakhir dari rangkaian serangan yang menandakan peningkatan kekerasan di Iraq. Jumaat lalu serangan bom kereta dan bom bunuh diri terjadi ketika pertandingan bola sepak di Iraq utara yang mengorbankan 25 orang dan mencederakan 100 orang lainnya.
2 comments:
astaghfirullah...moga mereka dilaknat Allah dan menerima azab...:'( moga ulama tersebut ditempatkn dlm kalangan org2 yg beriman..
tanda2 kiamat:(
Post a Comment