fajridil.blogspot.com - Kehadiran serangga seperti nyamuk, lalat, lipas malah apa jua jenis serangga perosak sekalipun, memang mengganggu keselesaan kita. Ini kerana kebanyakan serangga bukan hanya membawa penyakit, bahkan kemunculannya di rumah boleh menjejaskan kerja seharian dan imej kita yang mungkin dianggap pengotor oleh orang lain.
Sayangnya, ramai yang kurang mengambil peduli dengan kehadiran serangga di rumah mereka. Jika ada pun sekadar menyembur dengan racun serangga yang dibeli di pasar raya. Sekali nampak semut bergerak berkumpulan, sekali itulah disembur. Selang beberapa minit, kumpulan semut lain pula melalui kawasan yang sama.
Tidak boleh disangkal bahawa pasti setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebotol racun serangga kerana bagi kebanyakan mereka, ia cara paling cepat dan berkesan membunuh serangga yang jelas kelihatan meskipun ramai pula yang sedia makluim bahawa ia tidak mampu melesaikan punca kehadiran serangga.
Tanyalah mana-mana isi rumah, tahukah mereka bahawa masih banyak makhluk perosak lain yang bersembunyi di pelbagai lokasi tersorok? Pasti jawapan yang diberi,setakat pemantauan mereka, tak ada pula pernah dikesan sarang atau serangga lain berkeliaran. Kalau ada pun tidak sebanyak mana.
Justeru, atas pelbagai sebab itulah kebanyakan pemilik rumah kediaman di negara ini tidak ambil tahu mengenai kepentingan kawalan makhluk persak meskipun wujud lebih 600 syarikat pengawalan makhluk perosak di seluruh negara. Kebanyakan yang jadi kelam-kabut dan mencari penyelesaian ialah apabila rumah mereka didapati sudah ‘nazak’ dengan kehadiran banyak makhluk perosak sehingga menjejaskan pelabagai peralatan berharga dan ada pula yang gelabah menelefon syarikat sebegitu apabila pintu atau siling rumah sudah hampir roboh.
Ketika itu, bak kata pepatah, nasi sudah jadi bubur. Memang serangga yang mengganas mampu dimusnahkan, tetapi apa jadi dengan aset berharga yang lain. Manalah tahu kerusi antik yang sangat berharga warisan turun-temurun menjadi sasaran, pasti sesalnya tiada kesudahan.
Berbeza dengan kebanyakan penduduk di negara maju, lebih 90 peratus kediaman persendirian mengambil langkah awal dengan mengupah pasukan kawalan makhluk perosak untuk mencegah sebarang kemungkinan yang merugikan kemudian hari. Kerana itulah perkhidmatan itu begitu popular di sana.
Tidak seperti masyarakat negara ini, tak sampai 40 peratus rumah pernah menghubungi perkhidmatan itu, malah rasanya ramai juga yang tidak sedar mengenai kewujudan mereka.
Sedarkah anda bahawa sebenarnya tidak ada satu rumah pun yang terlepas daripada ancaman makhluk perosak terutama anai-anai yang dikategorikan sebagai paling bahaya kerana berpotensi mendatangkan kerosakan paling teruk kepada pemilik rumah.
Mungkin juga kefahaman kebanyakan orang mengenai kawalan makhluk perosak masih sangat minima menyebabkan tidak ramai yang berani mengambil langkah menggunakan perkhidmatan mereka. Mungkin ada yang beranggapan, penggunaan bahan kimia oleh pasukan kawalan makhluk perosak boleh mengancam kesihatan penghuni rumah itu pula.
Namun, janganlah risau dengan hal serangga ini. Berikut beberapa tips yang dapat membantu mencegah serangga di rumah kita:
1. Menjaga Kebersihan Rumah
Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, laluan serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Dan cicak juga punca masalah kerana makanan kesukaan cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan LIPAS.
Jadi, tips menjaga kebersihan bukanlah sekadar menggunakan racun serangga, tetapi petua-petua tradisional juga boleh digunakan. Justeru, jika nak menghapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan serangga. Kita kena tahu apakah bahan yang cicak takut atau tidak suka? Ya, campuran air dan lada merah.
Sediakan ramuan ini, tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. Tetapi, jauhi dari kanak-kanak atau terkena deria sendiri.
2. Menggunakan tumbuhan tertentu untuk menghapuskan serangga.
Antaranya adalah pokok NILAM atau dari segi botani dikenali sebagai Pogostemon cablin yang dikatakan sesuai untuk menghapuskan serangga perosak.Pokok ini adalah dari jenis renek dengan batang bercabang dan tumbuh dalam bentuk rimbun. Ia sering ditanam di kawasan kampung.
Daunnya pula berbentuk bujur dan bergigi di tepi serta mempunyai permukaan yang seolah-olah berbulu.Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap, tumbuhan yang jenis payah berbunga ini dikatakan mempunyai bau yang tidak digemari oleh serangga perosak. Ia seolah-olah bersifat antiserangga. Bendasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan herba, pokok ini bagi manusia mempunyai bau yang wangi semerbak.Mungkin benar kerana serangga perosak tidak gemar suasana yang wangi. Mereka cepat membiak jika kawasan rumah kita busuk dan kotor. Malah, daunnya juga bersifat antiseptik yang sesuai untuk mencuci dan mengembalikan kewangian kepada pakaian kita. Selain itu, air ramasan daunnya yang dicampurkan air hampas teh-O sering digunakan sebagai air bilasan bagi mengambalikan kewangian kain batik di samping itu, daun pokok ini juga dikatakan mengeluarkan pati minyak yang boleh dibuat minyak wangi.
3.Bagaimana mengesan kewujudan serangga?
Anda tidak memerlukan peralatan canggih untuk mengesan serangga, contohnya anai-anai. Hanya ada beberapa langkah yang perlu anda buat untuk mencari di manakah Serangga itu bersembunyi.
Mengesan dengan memeriksa di seluruh kawasan yang lembab seperti di beberapa bahagian di kawasan berhampiran dengan tandas. Kebiasaannya serangga ini akan mula menyerang dikawasan yang lebab dan sejuk. Ianya boleh belaku di kawasan yang berhampiran dengan tandas.
Anda juga boleh mengesan melalui pendengaran. Biasanya kaedah ini boleh dilakukan pada waktu malam sahaja. Hanya pada waktu itu anda dapat mendengar bunyi sesuatu di kawasan yang diserang. Jika rumah anda menggunakan lantai kayu pakir,anda mengesyaki sesuatu telah berlaku, sila periksa kawasan itu dengan segera.Periksa di kawasan stor atau tempat menyimpan barang yang jarang digunakan. Biasanya dikawasan ini anda jarang masuk dan jarang menggunakan tempat ini. Jika dikawasan tersebut anda ada menyimpan akhbar lama, disitulah tempat utama yang akan menjadi pembiakan serangga tersebut.
4. Tanya pakar
Mengenal pasti lokasi tempat tinggal anda. Jika lokasi rumah anda di kawasan yang menjadi punca pembiakan serangga,memang sah rumah anda juga akan menjadi mangsa anai-anai. Saya cadangkan kepada anda dapatkan nasihat daripada pakar-pakar kawalan serangga untuk nasihat percuma daripada mereka dengan segera. Jika tidak! Kejadian buruk boleh berlaku pada bila-bila masa dan kemungkinan anda juga akan mengalami kerugian yang amat besar. Maksudnya ialah anda terpaksa mengeluarkan bajet yang tinggi untuk membaiki kerosakan yang disebabkan oleh serangga anai-anai. Jadi elakkanlah kerisauan ini dengan cara berjumpa dengan pakar-pakar kawalan serangga untuk menyelesaikan masalah ini.
5. Penggunaan Kapur Insektisida
Kapur insektisida boleh diguna pakai bagi pencegahan semut. Cara ini dapat dilakukan pada kedudukan sudut-sudut rumah dana meletakkan pada makanan yang akan dihidangkan dikerumuni semut. Cara penggunaan kapur insektisida ini dilakukan dengan cara meletakkan bahan tersebut pada jalan-jalan semut di sudut-sudut rumah atau tempat makanan tersebut. Semut yang berani melangkawi jaringan tersebut akan mati.
6. Penggunaan Sabun Cuci
Cara penggunaannya ialah satu teh sabun cuci dilarutkan dalam air. Air bekas cucian pakaian juga boleh digunakan. Cairan tersebut dimasukkan ke dalam penyembur dan disemburkan ke arah semut-semut.
Sekian sahaja beberapa tips dapat dikongsikan kepada para pembaca. Semoga mendapat manfaatnya.
sumber : drumah
1 comments:
Salam. Terima kasih banyak2 atas tips yg sangat2 berguna ini. Rumah saya banyak cicak... agak susah utk buang/hapuskannya... sesekali muncul juga lipas... tong sampah saya terbuka, sebab itulah binatang2 tu suka agaknya... saya akan cuba tips yg dikongsi di sini. Terima kasih lagi sekali
Post a Comment