gambar hiasan
fajridil.blogspot.com - Malam ini iaitu Jumaat (29 Mei 2010) bersamaan (14 Jamadil Akhir 1431 Hijrah) pada jam 9.00 p.m bertempat di Surau Parit Kassan Jegol, Air Hitam, Johor. aku, Fajridil Adha Bin Asral akan dinikahkan bersama pasangan, Fadhilah Binti Mohd Jainal.
jadi hari ini adalah hari yang bersejarah untuk aku. mudah-mudahan segala urusan pernikahan akan berjalan lancar sesuai dengan apa yang telah dirancang.
malam ni aku akan mengenakan pakaian baju melayu cekak musang bewarna putih kilat, bersamping hitam, bersongkok tinggi dan berkasut hitam.
aku sendiri akan memandu dari Pasir Gudang menuju ke Air Hitam. perasaan aku setakat ni masih belum berdebar-debar lagi. mungkin debaran untuk akad nikah hanya akan muncul ketika sudah sampai di destinasi.
semoga dengan sekali lafaz aku akan sah menjadi suami kepada Fadhilah. Amin, InsyaAllah..
"semoga dengan sekali lafaz aku akan sah menjadi suami kepada Fadhilah"
5 comments:
tahniah.. moga kekal akhir hayat
mudah2an...sekali je la lafaz....aku doa kan jgn la smpai 10x lafaz...aminnnnnnnnnnnn....hihihi pastikan peluh jantan jgn kua dulu...haha
semoga selamat smuanya....
wah pasangan pun bermula dgn hurul F...so FF la jadik nyew
Selamat Pengantin Baru
tahniah. selamat pengantin baru! :)
Post a Comment