Saturday, May 1, 2010

Belgium Negara Eropah Pertama Mengharamkan Pemakaian Purdah / Burka

foto Diharamkan - Tindakan Keras Akan Dikenakan Kepada Wanita Berpurdah

fajridil.blogspot.com - Belgium menjadi negara Eropah pertama yang mengharamkan pemakaian purdah / burka.

kaum wanita yang berpurdah di kawasan awam akan dikenakan hukuman penjara setelah usul tersebut diluluskan di parlimen Belgium. undang-undang tersebut akan mula dijalankan pada bulan Julai 2010.

sesiapa yang menutup muka mereka di tempat awam seperti di kedai-kedai, pejabat, sekolah, hospital dan sebagainya akan dikenakan tindakan tersebut.

wanita yang berpurdah akan dikenakan denda £110 bagi kesalahan kali pertama.

jika pesalah gagal membayar denda tersebut atau didenda untuk kali kedua, pesalah akan dikenakan penjara selama seminggu.

dianggarkan lebih dari 400 dari 280,000 orang muslim memakai purdah / burka di negara tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise