"Proton Inspira" RM79,888 Dibuka Untuk Tempahan
fajridil.blogspot.com - Proton Holdings Bhd memperkenalkan Sedan baharu empat pintu bersaiz sederhana "Inspira", dengan harga permulaan pada RM79,888 dan ia bukan model pengganti bagi Waja.
"Waja sedang dihentikan. Ini bukan pengganti," kata Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di pelancaran awal edisi terbaharu produk Proton itu di Subang.
Beliau berkata model baharu itu adalah hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).
Kerjasama dengan MMC untuk menghasilkan "Inspira" membolehkan Proton menjimatkan banyak masa dan dana, katanya.
"Daripada padangan syarikat ia lebih murah," katanya sambil menambah kos untuk membangunkan sebuah kereta yang benar-benar baharu ialah kira-kira RM700 juta.
"Ia kerjasama sama-sama menang bagi Proton dan MMC," katanya.
Tempahan bermula hari ini dengan minimum RM1,000. Mereka yang menempah kereta dari hari ini sehingga 15 Nov akan mendapat perkhidmatan servis dua tahun percuma atau 50,000km pertama.
Pakej servis itu termasuk caj buruh percuma dan alat-alat servis bernilai RM1,658 bagi kereta tersebut yang akan dilancarkan pada 10 November.
Proton menawarkan penghantaran berubah berterusan (CVT) dengan sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi (INVECS-III) dalam varian Inspira.
Antara ciri-ciri praktikal yang boleh diharapkan pelanggan daripada model baharu ini termasuklah kruis auto, lampu automatik dan pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang dihadapan dan belakang, dan beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang.
Proton menyasar menjual 1,600 unit "Inspira" sebulan.
"Pasaran bagi kereta Segmen-C ialah kira-kira 5,000-6,000 unit sebulan. Oleh itu kami menyasar 1,600 sebulan kerana ia bernilai bagi wang," kata Syed Zainal.
Beliau berkata syarikat itu juga menyasar mengeksport "Inspira", "tetapi kami akan terlebih dahulu memastikan kestabilan pengeluaran."
"Proton Inspira" tampil dengan empat warna -- Putih, Hitam, Perak dan Merah.
50 comments:
Anon, why do you say this car sucks? Unless you agree that the Mitsubishi Lancer sucks. It is, afterall, a re-badged Mitsubishi Lancer with no modifications done to the engine, chassis and ECU. At RM20k discount compared to the Lancer, I would say that the Proton Inspira is a bargain.
saya pun cintakan malaysia saya,tp kete yg nie memang suck habis arh.....xdak keaslian langsung....dammmmm
kete lawo tapi klon habis. malu la asyik jd negara pengklon.
korang tu yg sucks...dh nm rebadge..mmg ler sm bongok....kna pikir ckit bile nk tulis tuh...x yah sekolah tggi pun...pkr je...ramai lg pengeluar sblm nih buat mcm nih...
masalahnye, semua keluaran proton tu klon. bodoh sgt ke org malaysia ni sampai semua nak klon?
korg ler bodoh sbb korg pon rakyat malaysia.. bongok tul..
dah nama pon rebadge.. utk jimat kos hasilkan produk kereta baru..
ok lah tu..
pengeluar asal Mitsubishi, kira bagus lah.. berbanding daihutsu tuh (perodua)..
org malaysia nie susah nk puas ati diorg nie.. pi dok negara lain lah..
keye ni memang rugi beli harga mahal depan belaknag je ada rupa lancer tapi di kecilkan sikit dari tepi sebiji saga poorahh
who cares....i want one!! this car rocks!!!
apapun, Malaysia Boleh ^_^
setuju dgn beng...cantik jugak cam lancer.....dah name pon kerjasama MMC & Proton so tk kisah le cam klon pon sbb mmg rebadge so kene le paham kan die dah mention...so plez le, inspira ok le tu haha
beli seje, tukar logo proton ke mitsu :D
aku tgk dah keta tu mmg cun habis tapi nama mak ooi tak sedap langsung..kalau aku bagi nama pun sedap..tak caya tanya aku..kan..kan..
myvi=paso, kancil=mira... myvi yg klon tu rmai gler yg pkai.. kancil..? lagilah..beli perodua, pstu custom mira... proton kire bagusla jugak..owner waja xyah susah2 nk custom kete lgi da.. da ade yg siap..enjin 1.8 & 2.0 lgi tue... so,what the problem..? politik..ke? ishk2...sedih..
inspira bagus...i support proton...klon/kerjasama...who cares?? ini strategy business yg korang tak reti nak pikir...tak mampu nak pikir...yg sememangnya menguntungkan semua pihak...proton & pengguna...yg penting pengguna puas hati...dan kpd anonymous yg tak puas hati dgn inspira...tak perlu condemn...pegi la cari keta idaman anda...jgn nak mengutuk tak tentu pasal...ataupun...cuba korang jadi warga indon...china...india...kalau dok sana nak pakai keta pun susah...china, walaupun negara maju tapi taraf ekonomi dia lebih rendah dari kita...fikirkanlah...kalau jawab merapu tu sah budak2 yg sekolah tak tinggi & berfikiran singkat!!
Salam semua...
bab klon mengklon ni bg saya perkara biasa, normal...Ramai kt muka bumi ni suka tiru, apa salahnya tiru kalau benda benda baik.. Dan sebut pasal Inspira ni, satu je saya nak komen, kalau dah adopt Mitsu Lancer, apa salahnya adopt 100% biar sama betul2 macam Lancer... kita pun maklum myvi=passo, kancil=mira so tak salah kalau klon sepenuhnya...body Lancer mmg cun abis...tapi bila tgk Inspira ni ada tukar sana sini, ermmm kurang menyengatlah (walaupun rupa jerung tu maintain)... Tak kira la dari segi saiz, kedudukan grill depan etc biar le sama...harga dh ngancam dh...kalau markah 10, saya blh bg 7 la...
saiz cam saga blm jek..
bentuk je mcm lancer tp ketahanan mcm kancil je..
jangan salahkan proton, re-badge orclonning design. salahkan diri sendiri, setakat mana sumbangan anda terhadap malaysia. negara tak kan kemana kalau pemikiran masing2 tak kehadapan. cakap banyak, sila lah duduk di kerusi chairman proton dan fikirkan kos, bajet. anda mampu?
beli forte lg bagus...
ya btol!! saya sokong.. perfomance mmg tip top.. body cun habess!! inspira stkt tiru je...tu pon kecik.. lgpun tu proton..
berdasarkn performance n design.. mmg forte jauh lbh baik dr inspira.. kalu bnding teknologi lg la..mmg jauh ketinggalam inspira.. Spec forte mmg giler gempaq!!
1 MALAYSIA SENTIASA DITIPU...
Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi?
Apa istimewanya orang Arab?
Kata Rakyat didahulukan..
Kenapa orang Arab lebih diutamakan?
Haaaa....
Jawapannya ialah..
Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu ..Hahaha
Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950
1 Saudi Riyal = RM 0.94
Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673
1 Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk 1 Waja di Msia!
RM31,126.97 lebih MAHAL!
Shouldn't our Government protects us?
Instead we are cheated. Our hard earnings..!!
We pay for others to enjoy ...
THIS IS 1MALAYSIA ...
pandai proton.. pandai mitsubishi..
mitsubishi lancer tak mendapat sambutan sebab ade wujudnye Honda Civic. walaupun honda lagi mahal dari mitsubishi.
so dia venture ngn Proton. it's a re-batch production. jadi ia BUKAN klon. ia adelah sebijik krete Mitsubishi Lancer. maknenye Mitsubishi bersetuju keluarkan Mitsubishi Lancer tetapi dikeluarkan bersama logo Proton. cume bezanye tayar kecik serta bumper lain sket.
sesape yg minat lancer tapi tak mampu beli lancer akan beli inspira. dan murahnye inspira akan menarik minat org meleisia yg tak habis2 carik barang murah.
so dedua proton dan mitsubishi akan mendapat keuntungan dari 2 faktor di atas.
so biar la korang kutuk cemane proton nih takde imaginasi ke hape. yg penting. proton dapat byk profit nanti. tengok lah. tahun depan meleisia mesti penuh ngn inspira.
masuk bodykit EVO X la apa lagi..
hahaha
walau apapun kritikan yg dilemparkan terhadap inspira, aku tetap minat kete ni. hahaha
hi bro/sis ,if you already book or plan to book on proton inspira can visit our inspira club : http://www.inspiraclub.com Thanks! :)
prtn dan mitsu bkl buat untung byak.. kita rakyat malaysia kene ketung.. klu sbjk lancer o.k la ngan hrga tu.. tapi body saga di ubahsuai.. dari tepi npk hodoh kete tu ..kete prton yang djual kat negara org putih msti fullspk tapi harga pon nk murah juge..ingat dieorg nk beli ke dgn hrga mhal.. elok le bli forte lsgi advance.. betole beli je forte heheh
Salam dan Hi.
Memang betul PROTON kena spend RM700juta utk develop keta baru. Dan "win-win" situation tu on the business side.
Kalau korang nak tahu, dalam masa setiap 6 bulan pada setiap tahun, UiTM menghasilkan lebih kurang 8 - 10 orang designer transportation (kos Industrial Design, di bawah fakulti Art&Design).
Untuk membina kelengkapan yang cukup (termasuk bangunan, kelengkapan belajar, kos menghantar pelajar terdahulu untuk menjadi pensyarah di UiTM)untuk menghasilkan seorang pelajar sahaja sudah mencecah berapa RM tu?
Sektor ekonomi Malaysia jadi bagus la, PTPTN buleh buat duit, kontraktor, arkitek yang bina facilities, bla bla bla. Tapi semua tu berhenti dapat manfaat bila kita guna kereta yang sedia ada.
Pembaziran? Bukan? Jadi cuba fikir betul². Kami yang belajar macam nak mati untuk jadi designer kereta dan untuk menyumbang bakti kepada rakyat Malaysia, kena akur dengan design luar. Apa guna kami buat loan setiap kali nak belajar? Apa guna setiap keringat pensyarah dan semua cukai negara yang disalurkan kepada kami?
Bagi anda yang dapat gaji tiap2 bulan ini isu remeh. Tapi cuba anda ditempat kami. Anda mungkin faham.
BTW, duit anda kan? takpelah. Esok kena batang hidung sendiri, ingat²lah kembali ayat² anda.
the price should be go down at 60-70k ...since proton is cloning lancer and we all know if without th tax, lancer would be around 70k otr in malaysia...but since it rebadged, come on, i do want to support malaysian car but plz dun keep cloning others,rite...well, i think the sales for this car is definetely low...
the price should be go down at 60-70k ...since proton is cloning lancer and we all know if without th tax, lancer would be around 70k otr in malaysia...but since it rebadged, come on, i do want to support malaysian car but plz dun keep cloning others,rite...well, i think the sales for this car is definetely low...
tkde version sport ke? bodykit and spoiler? racing muffler..tkpun r3 tune?
cehhh citer bajet gempak jer budak2 kat u skang , wehh org lain graduate jugak hg bajet sumer org nak ikut hg nak kasi hg keje senang2 ,ingat bler wat cabon copy xder as built design ker,berlambak kat ctu modelling kena wat drawing kena revise tuk match with assembly drawing,assembly should tele with dimension tolerance ader kan keje tuk hg wat sumer 2, nak wat design keje ngan vendor,nie la pasal graduate payah nak dpt keje nak sume depan mata giler aper...
Proton wins, Mitsubishi wins, we the citizens are the losers
aku bengang betul bila ada rakyat malaysia yang ada rasa bangga dengan hasil ciplak@klon dari produk orang lain. dimana jati diri sbg anak malaysia bila semua benda hendak ditiru? tiru bulat2 pulak tu.. ini lah akibatnya bila sejak dari sekolah lagi dah suka meniru.. otak jadi bebal.. orang2 di syarikat pembuatan kereta ni buat apa? iklan proton bukan main lagi sampai ke F1.. tapi semua benda klon punya. baik tutup je proton@perudua tu semua. pastu mansuhkan cukai&duti import utk kereta luar. tapi kerajaan mana berani. nnt kering pulak poket dorg. huh!!!
i pom xfhm sebenarnya kenapaa perlu kita condemn produk kita jika betul kita sygkan negara kita...sprti komen2 di atas, da nama pom rebadge sbb tu la sama...by the way proton buat Inspira ni sbb nak hentikan penjualan mits yg mana xbrp memberasangkan kt msia...jd isnpira dibuat utk penggemar mits yg mana mereka mmpu miliki :) by the way, every1 have their perception on this, neither im saying u r wrong or u r right...
Rebadge, or cloning, whatever you say it, still it's proton dari malaysia dan Malaysia berani bangga dengan langkah ini.
We are like buying a mitsu at an affordable price, so why not? Why must we complain if we have a car which the quality is on par with other makers? Is this because of the Proton Logo that is on the car?
How about those who can only afford a wira but evo or lancer wannabe? Do we call them cloners or rebadgers??
Henry ford created cars, and now you have so many brands, all base on the concept from henry ford, and evolve from the concept, so is all this consider cloners?
Just my 2 cents. Peace to everyone
ahh... org malaysia yg x tau apa2 pasal kejuruteraan, strategi dlm perniagaan automotif komplen x pernah cerdik. nmpk sgt 'lol' nye. dr pemerhatian gua, org malaysia yg pandai komplen kereta malaysia ni, tp x tau apa2, kalu boleh nk pakai ferrari, tp nk beli harga rm50k. ada duit banyak beli kereta korea. kereta korea very ultimately sucksss xde pon malaysian nk komplen.... kia rio, kia forte, hyundai accent 1.5 3cylinder diesel... kalu kt uk, std rejam dgn batu je hinanya.... x ramai org malaysia tau kan? tau nk kondem proton je... padahal kalu tgk pakai AKAL, strategi jangka panjang proton boleh di katakan amat bijak, kalu x caya tggu & lihat....
perodua buat keluar brg copy gak, tp ada kualiti dan mampu milik. proton punya masalah dah la copy barang harga pun nk copy gak ke. aku pernah gak buat loan nk beli kereta proton, huiss bukan main susah, mentang la aku bukan kije gavorment. tp aku buat loan perodua myvi 2 minggu terus dapat kareta. adakah itu pun satu strategi perniagaan proton? nak jaga nama punya pasal, kereta proton yang ada di atas jalan boleh di bilang dan jarang2 jer jumpa. kalau exora 2 dalam 2,3 hari aku jumpa la sekali. dah jadi mcm kereta jenama luar plak susah nk jmpa. barang malaysia tp susah nk jumpa DALAM MALAYSIA, ditujukan khas kepada sesiapa saja yang menentukan market harga proton 2. kena ingat la sikit x semua rakyat malaysia nie kerja KERAJAAN.......
kalau nakbandingkan lancer gt dengn inspira - bandingkan versi harga 2.0 RM95k, harga baru lancer gt lepas diskaun rm117k - beza RM22k - baloi ke? beza tak jauh pun
Beza RM22k - tapi beza sebenar rasanya rm5-7k jer. Cuba tolak leather seat ori mitsubishi, rim 18 mitsu, beza interest proton dn mitsu dan kos nak tukar bumper depan dan belakang, lagi yg satu or mitsu dan yg satu lagi parts iks malaysia pasang, dah tentu beza
Belum tolak lagi beza tayar, dashboard,emblem2 Mitsu, spoiler, nanti bila inspira lancar, mana tau Mitsu buat offer lagi harga atau interest, alih2 kos harga sebenar dah takder beza,yg beza 1 ori mitsu dan 1 lagi klon. Hanya buyer yg pandai maths/pakai kalkulator jer jer leh jadi buyer bijak Soproton kena turunkan harga 2.0 RM95 tu-mahal sangat
lagi setahun lebih, mitsu gt akan tukar model baru, masa tu saper pakai inspira dah tak sama bentuk dengan mitsu. Bagi pencinta mitsu yg frust body sama dengan proton kenala beli mitsu gt lagi setahun lebih coz proton takkan tukar model inspira untuk tempoh 6-7 tahun (berdasarkan rekod Wira-Lancer)
lagi kos cat bumper depan dn belakang kena kira, nanti bila brochure inspira kuar, cuba tengok horsepower dan tork / rpm - mesti ada beza coz berat beza, tuning beza, bila tukar bumper dan spoiler after sales dr bahan fibre,bukan PU-lagi bertambah berat dan efek kat tork laie, bila tukar sport rim Taiwan yg belambak jual kat Klang dah tentu berat tak leh lawan rim mitsu Jepun ori,efek lagi kat tork, belum lagi kira berat pakai ekzos made in jinjang tapi tampal plat hks or ralliart
sorry tak minat lansung keter ni ...alang2 aku nak utang lebih baik toyota , honda atau nissan ke puas ati gak ler....x der apa yang hendak di banggakan hahahahaha buang duit aja....bodoh kalu sapa yang beli.
saya bersetuju dgn komen dari khal. Kalau nak dibandingkan harga inspira dan lancer 2.0, dari segi perkiraan, memang beli lancer 2.0 lagi untung. Interest proton berbanding mitsubishi dah jauh beza. Belum buat perkiraan dari segi rim, seat, bumper dll lagi. Sepatutnya, proton harus/perlu jual inspira pada harga yang lebih rendah lagi. Maybe 75K untuk 2.0 dan 65K untuk 1.8. Baru ada persaingan. Mcm mana proton??? Ada brani kaaaa??????
Dengar ye abang2 n akak2 :
Nak compare Proton dengan Mitsubishi nih memang bagai Langit n bumi. Proton baru berapa tahun dalam Industry, Mitsubishi , Honda n bla2 dah berapa lama. Tapi kalau diikutkan umur Proton dengan pencapaiannya adalah sgt membanggakan..Mengatasi syarikat automobil gergasi lain.. Please my friends, be supportive la skit.Bukannya teruk sgt Inspira tu.Kita duk mengomen mmg sedap. Semua barang buatan orang kita semua tahi,that is our pity mindset. Contohilah budaya Kiasu kat Korea.Even kereta depa bodoh cmne pun tp rakyat dia tetap supportive sampai blh maju hasilkan Tucson n Sonata sekarang. We start at dawn , but we r gonna be fine!Wait till it come!Alang2 mengutuk usya artikelaku share nih,biar terbuka skit mata rakyat2 Malaysia yg duk memuja negara orang. Yang duk mengutuk tu tukar warganegara la eh jadi orang Jepun..OK?
--> http://www.facebook.com/note.php?note_id=472955802528&id=12411993651
syukur, lastly inspira turunkan sikit harga walau masih tak baloi, aku dah cek detail inspira petang tadi siap bawak brochure lancer gts sampai salesman tak tau nk cakap apa, rupanya ramai bakal buyer dah ada kat belakang aku bila tengok aku terbongkok-tertinjau.oklah kawan-2, ini adalah pandangan aku yng rasional, bukan emosional, nak komplen kena rasional ok, bukan emosi macam takder pelajaran, orang pandai kalau cakap emosi pun dah jadi bangang -
buat peminat lancer ada beberapa barang korang nak kena tukar compare lancer, bagi yg suka seadanya takyah tukar:
1.Rim jenama Proton 16" dan tayar 16" yg kurang branded.RM5ribu (Lancer 18" rim Mitsu Jepun)
2.Spoiler takder. RM1,500 tmasuk cat
3.Bumper depan wajib tukar dan kena kos cat RM4,000
4.Bumper belakang beza sikit jer tak yah tukarla (Skirting samala)
Rugi yg lain:
1.Interst beza 0.5 %. RM3 ribu 9 tahun
2.Salesman puchong cakap horse power drop 5hp coz depa ada tambah barang dan berat tu kacau hp
Kelebihan:
1.ada auto light
2.95% ori parts lancer. Nak beli kena beli sekarang, sebab Proton akan lantik vendor tempatan pasang banyak parts
3.Beza RM26ribu on paper tapi lepas aku tolak reger kos nak tukar parts ori RM13 ribu, beza RM13 ribu.
Bagi yg tetap minat lancer, tunggu, aku rasa Mitsubishi Malaysia akan turun harga, depa pun pandai niaga gak, alih-alih beza dah bawah RM10 ribu.
So adakah berbaloi atau tak, tepuk dada tanya selera
Nak tau kt mane bengapnya proton ni? Kt power window kete. Slalu x blh di harap kualiti proton ni. Kalau dibandingkan dengan FORD FIESTA, jauh beza. FORD FIESTA br rm80,000 je. Kualiti bagus.
Post a Comment