Tuesday, May 18, 2010

Adat 'TOL' Pengantin Kahwin Di Johor

foto Adat 'TOL' Pengantin Kahwin Di Johor


Adat 'Tol' Menyusahkan Pengantin

Saudara Pengarang,
PADA 20 Ogos lepas, saya bersama rombongan keluarga saya dari Kampar, Perak tiba di kawasan rumah pengantin perempuan di Pagoh.

Inilah kali pertama jodoh salah seorang daripada keluarga kami dengan orang Johor.

Pengantin perempuan mengingatkan kontijen lelaki bahawa kami akan melalui tiga `tol' sebelum pengantin lelaki dibenarkan bersanding.

Setibanya di kawasan rumah pengantin kami disambut oleh tol yang pertama, iaitu oleh sekumpulan kanak-kanak

Pengantin perempuan berpesan supaya memberi hanya sampul berisi wang seringgit untuk 20 orang. Pihak kami hanya menyediakan sampul untuk tol pertama sebanyak 20 keping sahaja tetapi sebenarnya pihak kami telah dikerumuni oleh hampir 35-40 orang kanak-kanak.

Terpaksalah ayah pengantin lelaki mencari sampul yang mana ada dalam kereta untuk yang selebihnya. Selesai tol pertama. Selang beberapa langkah, kami tiba pula di pintu masuk rumah pengantin perempuan untuk tol kedua. Pengantin perempuan berpesan beri hanya sampul berisi wang RM5 untuk sekitar 10 orang. Kami disambut pula oleh makcik-pakciknya, ipar duainya dan orang-orang kampung yang berpusu-pusu menadah tangan memungut tol.

Saya rasa ada dalam 25 orang agaknya. Sekali lagi pakcik saya ``berpeluh''. Kelam kabut kami dibuatnya kerana selagi tak selesai bayaran dibuat kami dihalang masuk ke rumah. Terpaksalah kami anak-beranak mengumpul yang mana ada untuk selesaikan tol yang kedua. Pada masa ini ada di antara wakil kami yang jadi kecoh dan mengeluh.

foto Tol Untuk Mak Andam

Kami dibenarkan masuk ke rumah akhirnya setelah bayaran diselesaikan. Setibanya di pelamin kami bertemu pula dengan tol yang terakhir. Tol ini harus diuruskan oleh saya yang bertindak selaku pengapit kepada mak andam.

Pengantin perempuan berpesan beri hanya sampul berisi wang RM20 yang diisi dalam sekeping sampul.

Inilah tol paling ``istimewa''. Dengan nada yang kuat berbaur gurauan kononnya, mak andam memberitahu saya kalau tak selesai tol yang terakhir ini tak merasa bersandinglah pengantin lelaki.

Saya menghulurkan sampul berisi RM20 kepadanya. Mak andam membelek sampul kemudian memberitahu ``Ini tak cukup ni...tambah lagi..'' ucapan mak andam mengundang gelak ketawa tetamu di dalam rumah.

Pihak kami malu alah. Kini giliran saya pula ``berpeluh''. Saya sebagai pengapit mana la ada bawa duit lebih. Saya jeling pengantin lelaki yang sudah merah padam mukanya. Datang ibu saya dari belakang memberikan sekeping lagi sampul kepada saya lalu diserahkan kepada mak andam.

Mak andam membelek lagi sampul kemudian berkata, ``Alahai..sekeping je...duit merah pulak tu..'' Ucapan mak andam benar-benar mengejutkan kami semua.

Pengantin lelaki yang saya rasa meluat dengan kerenah mak andam terus bersila di tangga pengantin! Selang beberapa minit si mak andam masih berkeras menunggu `tol' tambahan dan tidak mahu berganjak dari kerusi pengantin. Keadaan menjadi semakin gamat.

Setelah dijeling oleh bapa pengantin perempuan barulah mak andam beredar. Itupun setelah saya lihat pengantin perempuan mengalirkan air mata.

Pengantin lelaki hanyalah bekerja sebagai operator pengeluaran sebuah kilang elektronik di Ipoh. Ayahnya seorang pesara tentera.

Bajet untuk belanja yang bukan-bukan memang tak cukup.

Dengan wang hantaran, barang hantaran, sewa pelamin, pakaian, kenduri kendara, khemah, kad jemputan, pengangkutan, sewa hotel dan sebagainya,

Perbelanjaan keseluruhannya paling kurang pun mencecah RM15,000. - PENGAPIT TERSEPIT, Petaling Jaya, Selangor. (utusan)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




17 comments:

encik azuwan said...

aku kasi 50sen dlm tol aku..itu pun dengar la orang ckp belakang,"50sen je..kedekut la pengantin lelaki"..aku peduli ape.haha..

Anonymoussaid...

saya juga kawin org johor...tp xd plk cmtu..cz mak mertua dh pesan,nk mudahkn majlis n y penting berkat..cyah nk tol2..pelik betul adat cmtu..myusahkn org...

mat skodengsaid...

kat johor tu bukan adat tol ni jerk yg menyusahkan orang yg nak kawin, tp proses sebelumnya pun myusahkan org. nak interview ini la, itu la.. sbbtu kes cerai paling tinggi kat johor. tp pihak jabatan agama wat bodoh je. tp aku rasa dorg mmg bodoh la.. sbbtu jd mcmtu.. xsalah kalau kuarkan fatwa tol2 ke majlis kawin ni dihapuskan. mcmtu br la namanya memudahkan proses perkahwinan.

**bila nak kawin bro? senyap2 jerk.. roger2 la bro..

rashid said...

Memang tu adat je, tak semestinya kena buat...tapi kalau betol-betol sayang kena juga turutkan...tapi pengantin perempuan tadi nangis sebab pe??terharu atau sedih dengan perangai mak andam??

joshua said...

ingat ..setiap tindakan kita yang menyusahkan hukum Allah dilaksanakan akan dipersoalkan di hari akhirat...bukan sahaja kepada orang yang mengamalkannya tetapi orang yang membenarkan amalan tersebtu di laksanakan..so para jabatan agama, mufti, kerjaan,..kalau anda rasa dngn tol ini satu perkara yang ALLAh Marah..hentikanlah..buang masa..tenaga..duit..maruah tergadai..

aimie said...

kawen ngan org johor mmg mcm 2..tp sbnr nyer pengapit y main peranan time 2.... klu dier pandai berkata2 so sikit lah tol y dier perlu keluarkan.. tp klu dier senyap je... so banyak lah dier perlu bg... tol2 mcm nie sbnr nye u meriahkan lagi majlis... cuma sbagai pengapit perlu pandai memainkan peranan.. jgn jd lurus sgt nie... kita perlu main tarik tali...
lagi satu buat ape nak letak banyak2... letak lah dalam sampul 50sen, rm 1 & rm5.. klu boleh y 50sen yang paling bnyak...
bahagian last sekali biasa nyer makdam dah bgtau awal2 nak kena bg berapa.. so sepatut nyer xde masalah pun nak bg...
setiap negeri ada adat masing2... so bila kita nak masuk negeri org apa salah nye kita ikut adat dier or,...

aimie said...

sya org johor n abg saya kawen ngan org johor..so saya ada pengalaman u memberi pandangan...
time abg sy kawen (2005) kawan dier jd pengapit.. kami mengeluarkan sampul untuk toll hanya sikit je... tue pun yang guna 50sen je... yang lain x terusik langsung.. sbb pengapit abg saya pandai mainkan peranan dier...
so sbnr nyer xde masalah pun dgn adat2 2.. cuma cara kita berfikir je perlu terbuka... jgn lah jadikan dier satu beban...

laila sanuri said...

setuju dgn aimie..pengapit yg kena main peranan..bukan tabur kat semua tukang tol tu...hehehhe...

yg bukak kipas muka tu..kena deal ng mak andam dulu la.,baper kena bagi..bukan main bagi jek tol tu...hahahaha

Nazsaid...

Inilah akibatnya kalau adat dh dijadikan amalan. Ape yg nabi ajar xmau diikutnya. Aku dah warning awal2 kt bakal isteri.. no pelamin, no mak andam and no tol!!! siap berpesan lagi nnt xbawa duit sesen pn. klu xbg masuk jgk ape lg, blk la.. biar dpt malu!!

Mummy said...

memang menyusahkan pun...

Anonymoussaid...

sye pulak mmg asl org johor,,berpegalaman jaga pengantin pompuan (mak andam punye ank la katekan)... xsmua org johor akn kenakan tol susah sngat mcmni.. dlm citer ni mcm berlaku kt kampung hulu mne tah..2 sbb susah sgt pengantin laki nk bersanding.. stakat bg seringgit @ 50 sen pn dh cukup bg tol pertama dn kedua..(jika ade yg bt).. utk mak andam pulak biasenye pengapit akn di bgtau brape jumlah kne bg.. so,org yg kt luar sne..yg xtau adat johor ni.. jgn nk tuduh "tol ni menyusahkan la ape la.. lain negeri,lain la adatnye..,ok.."

Anonymoussaid...

Errrmmm... Saya Juru Gambar Video Perkahwinan.... Dan banyak juga saya ambil video, dan saya dapati, dengan adat ini dapat memeriahkan suasana Perkahwinan itu...
http://www.facebook.com/photo.php?v=483813734977297&set=vb.100000460249256&type=2&theater

Mohd Hanif said...

Unik adat kahwin orang johor, siap ada tol tu.

awidedil said...

Saya setuju

awidedil said...

Saya setuju

chie`s said...

Sy mak andam.. sebenarnye duit tol andam tu adalah duit penyiapan pengantin llaki,duit touchup pengantin ppuan,duit settingkn bunga telur..bile ad duit tol mak andam akn tunggu dari solek sampai habis majlis..boleh law xnk ad tol pas mekap kami tinggalkn jer tp pandai2 lah jaga mekap,betulkn sampin yg nk terlucut,bulu mata rebeh or lain2..

Unknown said...

In shaa allah .. perkahwinan benda yang paling mudah dalam islam .terpulang pada individu .. kalau depa nak buat tol dengan mak andam buat le ... kalau tak nak sekalipun hormat pandangan pengantin..jangan susah kan benda yang mudah dalam perkahwinan. Adat tu tradisi ... islam tu yang pasti ..

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise