Thursday, March 13, 2014

Bercuti ke Pulau Cebu Filipina

foto Bercuti ke Pulau Cebu Filipina
Plantation Bay Resort and Spa, Marigondon, Mactan Island Cebu, Philippines

Percutian 4Life Great Escape+ Cebu Philippines

fajridil.blogspot.com - InsyaAllah pada 19-23 Mac 2014 ini aku beserta isteri, anak-anak, mama dan adikku akan pergi bercuti ke Pulau Cebu, Filipina. Banyak yang mengatakan Cebu merupakan syurga pelancongan.

Yang menariknya ia merupakan percutian 5 bintang dan ditaja oleh 4Life berkat usaha gigih aku sekeluarga menjalankan bisnes 4Life ini. Di 4Life, percutian ini dinamakan 4Life Great Escape+.

Jadi ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke negara Filipina. Mengikut jadual, kami akan diterbangkan ke Manila menggunakan pesawat Malaysia Airlines (MH 704). Kemudian dari Manila ke Cebu kami akan menaiki pesawat Philippine Airlines (PR 863).

Di Cebu nanti kami akan ditempatkan di Plantation Bay Resort and Spa, Marigondon, Mactan Island Cebu, Philippines. Jadual perjalanan, acara dan aktiviti disana juga telah diserahkan.

Semoga perjalanan kami semua dipermudahkan dan juga semoga percutian ini menjadi suatu kenangan manis yang sukar dilupakan. Amin...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




1 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise