Monday, August 25, 2008

Teknik memikat hati keluarga kekasih lelaki..


Dalam sesuatu hubungan yang terjalin, yang paling penting adalah restu orang tua. Terutamanya restu dari pihak keluarga lelaki. Jadi orang perempuan harus berusaha lebih sedikit supaya dirinya diterima oleh keluarga kekasihnya. Terdapat pelbagai cara untuk perempuan memikat hati keluarga kekasihnya. Jadi disini saya nyatakan serba sedikit supaya boleh dijadikan panduan..

1. Sentiasa ingat atau buat peringatan dalam handphone tentang hari-hari penting keluarga kekasihnya seperti harijadi ibu, ayah, dan juga adik beradiknya.Bila tiba masanya, berilah ucap selamat. Lagi bagus kalau belikan hadiah. Yang biasa-biasa pun tak apa sebab itu besar ertinya pada keluarga kekasihnya itu..

2. Sekali sekala telefonlah ibu atau adik beradik perempuannya untuk bertanyakan khabar atau yang lain-lain.. Yang adik beradik lelakinya tak usah lah. Nanti dia pulak yang jatuh hati..haha.
3. Jika datang kerumah keluarga kekasihnya, jangan lupa bawa ole-ole. Janganlah datang bawa badan sahaja. Tak usah yang mahal-mahal.Yang biasa-biasa pun dah ok. Contoh,bawalah makanan yang boleh dimakan seluruh ahli keluarganya. Macam-macam lagi yang boleh dibelikan. Itu semua terserah pada diri masing-masing. Tapi kalau yang dah selalu datang, buatlah cara lain lain. Masakkan untuk keluarganya pun ok. Bila buat sebegitu, ikatan lebih mesra akan terjalin.

4. Jangan hipokrit. Jadilah diri sendiri. Jangan berpura-pura tunjukkan muka manis didepan keluarganya tapi dibelakang anda mengutuk. Yang paling penting, anda perlu sopan pada semua ahli keluarganya.

5. Bila bersama ahli keluarganya, jangan anda hanya berdiam diri. Bersikap ramah lah seperti turut sama berbual jika topik yang dibualkan itu bukan perkara yang sensitif. Dari situ, kemesraan akan wujud.

6. Harus bersedia bila ada ahli keluarganya yang meminta pertolongan. Tapi itu jika anda ada masa dan upaya untuk menolongnya. Contoh, kekasih anda meminta bantuan anda supaya menghantar ibunya ke klinik ataupun meminta untuk membawa ibunya bersiar-siar di taman bunga.

7. Cuba jadi pendengar yang baik untuk ibu dan ayahnya. Ini kerana kebiasaannya orangtua suka bercerita tentang masa lalu. Cerita masa mereka muda-muda dahulu dan pahit getir sebelum dapat hidup seperti waktu sekarang.

8. Mengkaji dan fahami apa hobi ahli keluarganya terutama ibu dan ayahnya. Ini kerana, bila sudah difahami maka akan lebih banyak perkara yang dapat dibualkan bersama.

9. Pelajari tentang adat keluarganya. Jika keluarganya orang minangkabau, belajarlah tentang adat orang minang seperti cara makan, cara hormat orangtua dan lain-lain lagi. Ini penting kerana lain adat, lain pula caranya.. paling tidak pun, anda tahu perkara-perkara penting adat keluarganya.

10. Di hari raya pula, jangan lupa memberi ucap selamat dan mohon ampun maaf. Jika perlu, bawalah kuih-muih atau kek. Lagi istimewa jika anda yang buatnya sendiri.

11. Di hari-hari biasa, tak salah jika anda belikan hadiah untuk keluarganya. Contoh, belikan kain untuk ibunya atau kopiah untuk ayahnya atau boleh juga belikan mainan untuk adiknya. Yang penting, pelajari apa kegemaran ahli keluarganya terutama ibu dan ayahnya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




7 comments:

missmysarasaid...

ooo..kena belajar pasal org minangkabau la pasni...hehe tp biasanyer pihak lelaki krg sket la msalahnyer..pihak perempuan yg byk problem sket dari lelaki..

Anonymoussaid...

info yg bagus.boleh dterima pakai oleh semua org.yang paling penting seseorang kene lah trima seadanya family tsebut..baik, buruk, kelemahan dan kekurangan family tsebut.hormati la family llki sperti mana fmily dia sndiri

faiezahsaid...

hai abg..
dah lama sy tak komen kan.. sorrylah,bz sekrg nie..
mesti bertambah segak abg sekrg nie kan..
pasal artikel nie, memang bagus sesangat sebab boleh jadi panduan..
orang minangkabau mesti tinggi adat budayanyer kan..
abg orang minangkabau kan??

Norysma said...

T.kasehhh krn m'utarakan artikel2 & tips2 yg blh kiranya d jdkn p'sediaan..mgkn ada segelintir dr kita yg memerlukan tips2 nie skg kn??
='D

trimassss fajridil!
:-)

chuniesaid...

yeah..sgt berguna tips ini..tips tuk pmpuan pikat ht fmly bf x der ke..??

liza said...

xsempat nak pikat hati parent pihak laki, dia dah cabut lari....hehehe

Nurul said...

Pertanyaan saya sangat banyak.. Harap sudi baca dan membantu..

Cam saye lak camner nak pikat coz g rumah dia pun xpnah.. hehe.. Dia ja kena datang rumah.. dah 3 tahun baru 2 kali ja.. haha... Mak saya kata pempuan blum ada ikatan tak baik g rumah lelaki... jalan dua2 pun xble.. sentuh sy lagi xble macam kwn2 sy dgn kwn2 laki bergurau senda.. susahkan awek cam saya? TApi sy selesa dgn batasan ini.. Klu da tunang, mayb ble la.. g rumah dia coz ada urusan tapi jalan dua2 dgn dia memg xble.. :(

Kali pertama dia dtg rumah, saya xtegur dia langsung. Padahal dlm hp sy ble lah.. xla baik pon.. suka ati sy nak reply, xnak reply.. Dia kenal sy pun dgn hp kwn bagi nombor.. msg2 ja.. first dia cal.. sejuk beku sy da jadi patung haha.. Sampai ni dia call pun sy suka jd pendgar aja.. biar dia bebel.. suka sgt.. kalau saya sakit ble jadi baik dengar dia bebel marah2 xjaga makan r, susah mkn ubt r,itu ini..

Kali ke-2,saya becakap la ckit2 nak panggil makan, nak ajak g nursery saya..tgok kerja saya.. coz ada kawan saya dtg skali.. xtaulah sy ni couple ke aper dgn dia.. :?

hurm...sy suka dia tapi sy kecian kat dia.. coz sy ni xperfect.. br sihat dari pnyakit misteri.. n always with family.. g mane pun bodyguard ada aja... :))

Aperpun.. dia memang baik.. Sangat mengambil berat.. xtau aper yang dia nak dari saya.. Ble tak bagi pendapat??? Sy xpnah ckp bedepan dgn dia.. xpnah dating dgn dia.. Yang xbaiknya tu.. Knape dia xgtau hal sebenar ttg sy kat family dia.. Knapa dia pertahankan saya.. Ada sesuatu di sebaliknya atau pengorbanan ikhlas n dia percaya yang saya ble jadi sihat n perfect???

Sy cuma ble g rumah dia klu family dia da dtg jumpa family sy n da sah di ikat... Tapi family dia xmau dtg sini n suruh sy g sana dulu.. Jadinya.. Macam mana ni undang2 keluarga.. Huk2.. Tak kan kawin la kot..

Walaupun sy xtau dia jodoh sy atau x, kenal dia pun ckup baik.. Sy jadi perempuan dari yang agak tomboy.. n semangat ckit nak sihat.. blaja berani makan ulam n dah try2 la makan menu yang pelik coz dia Jawa.. Nanti g rumah dia xle terkejut na.. TApi dia kurang bagi penerangan family dia.. Ajar sy bhs jawa pun susah..

Saya nama jer duk kampung (dah besar baru duk kampung).. Makanan dia lagi cara kampung dari family sy.. ERm... Maaf komen panjang lebar.. Persoalan di sini... Camner nak pikat family dia tanpa sy ke sana??? First, sy kena sihat la kan?

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise