Wednesday, August 13, 2008

kenapa lambat berkahwin????


Yang berikut ni antara penyebab kenapa seseorang tu lambat berkahwin. ada banyak sebab lagi tapi ini antara yang dapat saya fikirkan..

SELERA TINGGI
Selera tinggi yang dimaksudkan bukan bab makanan, tapi dalam memilih jodoh. mahukan yang sempurna segala hal. Tak ada kekurangan sedikitpun. Agamanya bagus ( sudah tentu..!!), cantik, kaya raya, keturunan baik-baik,tinggi badan 170 cm, rambut berombak, cerdas, pandai masak dan menjahit, sabar penyayang, keibuan, hafal Al-Qur’an, pandai ceramah..(aduhai..banyak betul !!).Yang demikian tentu susah nak dapat. Tak tahu harus cari dimana, di supermarket memang tak ada. Akibatnya, setiap kali ada calon yang ditawarkan,selalu sahaja terkandas. Not my taste, katanya!
Sebaliknya, yang wanita juga ada kriteria khusus, Saya nak kahwin dengan yang dah ada phd dan handsome. Atau kalau tak pun mestilah yang dah jadi pengurus atau yang dah ada keretalah. Kerana kriteria yang cukup sukar dicapai ini, maka banyak para pemuda dan pemudi yang lambat berkahwin.

STUDY ORIENTED
Banyak juga yang lambat kahwin kerana study oriented. Belajar dan belajar adalah keperluan utama. Siang, malam, pagi, petang terus menerus belajar. Ia pun selalu ingin pindah-pindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Sekejap kerja di syarikat pasaraya, kemudian kerja di golf resort, kemudian ke syarikat perkapalan dan lain-lain Sehinggakan lupa kalau perlunya pendamping hidup. Sedar-sedar umur dah semakin tua. Dah tua,nak cari calon pun dah susah. Lelaki tak kisah la. Yang perempuan macam mana?? Jangan kebas suami orang sudah lah.

ADA APA-APA DULU
”Saya belum ada apa-apa lagi untuk berumah tangga”. Itu alasan yang selalu diberikan bila ditanya tentang bila mahu berkahwin. Belum ada apa-apa itu bermaksud belum ada rumah sendiri, kereta sendiri, duit yang banyak di dalam bank dan lain-lain. Prinsip belum ada apa-apa ini selalu dilontarkan. Padahal orang yang kahwin tak semestinya harus ada hal-hal tersebut terlebih dahulu. Rumah,sewa dulu juga tak apa. tak ada kereta juga bukan masalah, boleh naik bas, motor atau basikal.

KEINGINAN ORANG TUA…..
Kemahuan atau syarat-syarat dari orang tua juga kekadang jadi penghalang untuk melangsungkan perkahwinan. “Sebenarnya kan, dah teringin juga, tapi orang tua saya…”, itu antara keluhan mereka. Orang tua kadangkala melarang anaknya yang sudah gatal nak berkahwin. Alasannya macam-macam, seperti bantu orang tua dulu lah, terlalu muda lah, dahulukan kerjaya dan lain-lain…..Keinginan orang tua yang seperti ini selalu membuat para pemuda dan pemudi terpaksa fikir lebih panjang tentang perkahwinannya. Sebenarnya tak ada pertentangan antara kahwin dengan berbakti dengan orang tua. Secara umumnya, orang tua ingin melihat anaknya hidup bahagia. Oleh kerana itu, jika si anak mampu meyakinkan orang tua tentang kehidupan untuk berumahtangga, insyaAllah akan dengan mudah dapat restunya jika mahu kahwin cepat.

KAHWIN ITU SUSAH
Ini alasan yang selalu juga diungkapkan orang. “Kahwin itu susah, tak usah terburu-buru. apalagi kalau dah ada anak, lagi bertambah pening kepala nanti”… Akhirnya pengunduran perjanjian pernikahan yang menjadi pilihan. Ada juga yang tak ingin susah [kerana nikah) kemudian cari jalan pintas. Dia nak enjoy-enjoy sahaja. Tanpa mahu tanggungjawab. Akhirnya, maruah diri yang tergadai..

PERNAH GAGAL
Sebahagian daripada kita merasa trauma dengan peristiwa kegagalan yang menimpa. Pernah dilamar ataupun melamar tapi gagal ataupun ditolak. Kadangkala bukan hanya sekali tapi berkali-kali. Akibatnya ia jadi putus asa dan takut mengalami hal yang serupa. “Malu giler”, itu katanya. Apatahlagi bila kegagalannya diketahui oleh kawan-kawan dan orang ramai serta jiran tetangga yang lain.

PERSAINGAN KETAT
Bukan perkara baru bila jumlah perempuan hari ini lebih ramai daripada lelaki. Akibatnya banyak perempuan yang membujang. Yang untungnya lelaki, boleh kahwin banyak sikit. Tak dapat kahwin empat, dua pun jadilah.haha.. Ini bukan menakut-nakutkan, tapi memang realiti. Namun percayalah, Allah itu Maha Adil terhadap hamba-NYA. Jadi,rajin-rajin la berdoa agar dipertemukan dengan jodoh masing-masing.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




7 comments:

Anonymoussaid...

zaman skng ni..mmg duit antra faktor utama..jgn slhkan pompuan dmand..harga brg semua naik..nak tak nak terpakse ikut jugak..kalo tak makan pasir lah..lagi2 kalo dok bandr..cost of living mmg tngi..lain2 faktor tu orang tak pk sangat kalo nak kawen..

ecsaid...

bila difikirkan xsusah mana nk kawin..akad nikah,mas kawin ikut kadar yg ditentukan..dh boleh kawin..tp pe yg menyebabkan kita jd susah..liku kehidupan yg perlu lalui lepas berkahwin..atas faktor kewangan,keperluan n utk membesarkan zuriat...jd memilih pun xboleh disalahkan..dr snilah dpt bantu seseorang tue nk tingkatkan dri sendri..asyik nk gantung ngan org jek..susah gak, nk kawin pun minta duit mak ayah..sape yg nak beb...dgn ada sume aset ni, ia slh st cr utk menjaga kebahagiaan keluarga tue sendri..renung2kan.. hehehe...

echahsaid...

bila difikirkan xsusah mana nk kawin..akad nikah,mas kawin ikut kadar yg ditentukan..dh boleh kawin..tp pe yg menyebabkan kita jd susah..liku kehidupan yg perlu lalui lepas berkahwin..atas faktor kewangan,keperluan n utk membesarkan zuriat...jd memilih pun xboleh disalahkan..dr snilah dpt bantu seseorang tue nk tingkatkan dri sendri..asyik nk gantung ngan org jek..susah gak, nk kawin pun minta duit mak ayah..sape yg nak beb...dgn ada sume aset ni, ia slh st cr utk menjaga kebahagiaan keluarga tue sendri..renung2kan.. hehehe...

missmysarasaid...

sebab....xjumpe lg soulmate yg seswai...huhu

nora1811said...

saudata sendiri bila nak berkahwin? mesti memilih teramat ni kan.

missmysarasaid...

fajridil adha nih..huhuhu..mmglar die nie tersangatla memilih..sbb tu lar die xkawen2 lagi..haha..

fajridil adha said...

amboi2 cik maisara.. sesedap rasa je ckp mcmtu eh.. cabut bulu ketiak tu nnt br awk tau.hehe..

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise