Monday, August 18, 2008

melegakan kekecewaan putus cinta



Aduh!!!mengapa ini harus terjadi padaku?? Tak layakkah diriku untuk bersamanya?? Mungkin itu yang sekarang ini yang bermain-main di fikiran anda sekiranya baru putus cinta.. Sebenarnya putus cinta ni merupakan satu perkara biasa didalam kehidupan manusia.. Yang jadi masalahnya ialah bagaimana cara untuk kita menghadapinya..Maklumlah, biasanya putus cinta ni terjadi tanpa disangka-sangka..Sebagai contoh,saya putus tunang pada hari raya..Disaat orang lain bergembira dan bersuka ria menyambut hari raya, saya pula meyambut dengan penuh kesedihan yang tak terkata.. Jadi, daripada megeluh, adalah lebih anda cari cari mengatasi kesedihan tersebut agar segala kepedihan dan kelukaan hati anda agar cepat hilang atau sekurang-kurangnya, terubat sedikit..

Pilihlah cadangan yang sesuai dengan hati anda. Berikut adalah cadangan-cadangannya:

* Legakan hati anda
Langkah pertama, khasnya untuk perempuan - sila masuk ke bilik dan menangislah sepuas-puasnya . Ingatlah semua memori indah anda berdua. Kenangan disaat anda berdua sedang bercengkerama,dibawah sinaran bulan purnama..haha.,lebih kurang macam tu lah.. Kemudian menangislah sampai kering air mata . Kalau perlu,bukalah lagu-lagu sentimental atau jiwang karat seperti lagu Vagetoz – saat kau pergi, D’masiv – cinta ini membunuhku, J-rock’s – semakin sendiri, atau lagu-lagu yang lain. Biar air mata anda keluar lebih berderai-derai lagi. Bila menangis,hati akan jadi lega. Bila dah lega, tidur je lah. Dah bangun nanti, anda akan rasa lebih segar sedikit.

Untuk lelaki pula, pukul lah apa yang anda mahu (jangan pukul orang sudahlah). Ada yang cakap, gelanggang tinju adalah tempat terbaik untuk lelaki yang baru putus cintanya untuk melepaskan perasaan marah, geram, sedih , kecewa dan sebagainya. Tapi tak semestinya tinju, ada juga benda-benda lain yang boleh dibuat seperti main drum, berkaraoke atau lain-lain.. Itu pun boleh melepaskan segala kekusutan yang bersarang di kepala anda..Namun yang paling elok, perbanyakkanlah membaca Al-Quran, berzikir dan mempertingkatkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa.. kerana melalui agama lah ketenangan sebenar akan diperoleh..

* Ingat perkara-perkara yang buruk
Ambil pen dan kertas, kemudian tulis senarai negatif pasangan anda. Tulis juga segala peristiwa-peristiwa yang anda anggap sebagai perkara yang tak boleh di maafkan tetapi akhirnya anda maafkan juga sebab dulu anda masih sayang .Setelah itu, anda baca senarai yang baru kamu buat itu. Anda akan sedar, memang sepatutnya hubungan anda putus kerana lebih banyak yang negatif dari positif. Anda harus bersyukur dan sememangnya beruntung kerana terselamat dari menyintai orang yang salah.

* Selamat tinggal
Buang semua barang-barang yang ada kaitan dengan hubungan cinta anda berdua. Bermula dari surat-surat cinta, gambar-gambarnya, baju,kasut sehinggalah hadiah yang diberikan sewaktu hari kekasih atau valentine;s day (haram tapi buat juga). Ini penting, agar ingatan anda cepat lupa akan segala kenangan bersamanya. Jika tidak, anda akan sentiasa dihantui bayangannya tatkala melihat barang-barang pemberiannya. Itu sudah tentu akan mengugat kestabilan emosi anda.. Jadi apa ditunggu lagi, buang je lah.. haha..

* Buat perkara yang sebelum ini terhalang !
Betul ! tak kisah jadi gila-gila sikit asalkan tak melampaui batas ! Buat saja perkara-perkara yang pasangan anda larang tatkala bercinta dulu (bukan perkara yang negatif atau yang memberi kesan buruk untuk diri kita sendiri). Seperti, perkara-prkara yang dulu anda tak pernah cuba. . Contohnya, dulu si dia melarang anda menyertai perkhemahan di dalam hutan, sekarang anda lakukan saja apa-apa kegiatan yang anda minat!. Puas kan ! Tak ada siapa yang nak melarang lagi! Begitu juga dulu dia larang anda bermain bowling dan menonton wayang bersama rakan-rakan . Sekarang anda ada banyak masa untuk melakukannya. Pendek kata, buatlah segala apa yang anda tak buat semasa bersama si dia dahulu..(jangan buat anak sudah lah) haha…

* Buat Sesuatu
Dengan terputusnya cinta, kadangkala akan dapat memberi inspirasi tersendiri kepada sebahagian orang,terutamanya untuk berkarya. Ini perkara yang positif. Jika kita perhatikan, puisi- puisi bukan saja menceritakan tentang indahnya cinta. Tapi juga menceritakan tentang pahit getirnya dan liku-liku hubungan tersebut. Jadi,jangan berlengah lagi,segeralah berkreatif.Luahkan apa yang terpendam..Siapa tahu karya-karya anda diiktiraf atau mungkin jadi penulis lirik lagu yang setanding dengan Allahyarham Loloq.. Anda anggaplah kejadian yang menimpa anda itu bukan bencana atau musibah, tapi adalah anugerah yang ada banyak hikmahnya..

* Berkumpul Bersama Kawan


Elakkan diri dari bersendirian, kerana semestinya ia sangat menyeksakan. Ajaklah kawan-kawan berjalan-jalan, makan-makan (gambar) sambil tengok bola dan bergelak ketawa. Anda juga dapat mengimbas semula masa lalu bersama kawan-kawan yang penuh dengan kenangan manis dan menghiburkan sebelum anda bercinta dengan kekasih anda. Dengan cara itu, sedikit sebanyak akan mampu menghiburkan dan menceriakan hati anda yang sedang gundah gulana..Dengan ketawa dan bergembira, akan pulih sedikit perasaan duka tu..

* Cari Pengganti !
Seperti lagu dari band ST12 – Cari Pacar Lagi (lagu favourite aku sekarang ni), anda pun cari je lah pengganti. Ini kerasa satu-satunya cara yang paling baik untuk melupakan seseorang adalah dengan mencari pengganti ! Ingat, dunia ini luas. Bunga bukan sekuntum lagipun tak lama kan harum (untuk lelaki) atau Tak usah terkejor-kejor kerana Kumbang Bukan Seekor (untuk perempuan) ^_^ . Yang perlu anda lakukan, bukalah pintu hati untuk menerima orang lain. Siapa tahu, mungkin pengganti itu jauh lebih baik dari yang sebelum ni. Sebab tuah orang tak siapa yang tahu..

* Dunia belum berakhir..

Dengarlah lagu dunia belum berakhir nyanyian Shaden.baca sedikit petikan lagu tu (Dunia belum berakhir,Bila kau putuskan aku,Masih banyak teman-teman ku di sini,Menemani ku.Dunia belum berakhir, Bila kau putuskan aku, Wajah ku juga nggak, jelek-jelek amat, Ada yang mau).. Jadi,ambillah pengajaran dari lirik tersebut.. walaupun hubungan cinta berakhir, namun kita masih ada ramai kawan yang sudi menemani untuk kita mengadu dan menghiburkan hati.. dan juga masih ada ramai lagi yang suka kita..bukan si dia tu seorang sahaja.. Kehidupan perlu diteruskan. Berpisah bukan bererti hidup anda telah berakhir.. Mungkin ini satu langkah untuk anda membuka lembaran baru yang jauh lebih bermakna yang anda sendiri tak jangkakan..

Akhir kata,selamat bergembira..semoga selepas ini kehidupan anda akan lebih ceria dan bahagia..wassalam..(fajridil adha bin asral : 18/08/08)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




18 comments:

Princessa said...

org bckp berdasarkan pengalaman..tp susah juga nk lupekan kan en faj..

missmysarasaid...

aah btol tuh...walau mcm mner skali pun kite nk benci die..nk lupakan dier..tp xdpt jgk nk buat...perasaan syg still mengatasi perasaan benci tuh,pasal igt memori indah tu sy xbrape stuju lar..lg byk mengingati memori indah tu lagi susah kte nk lupakan die..buang barang yg die bagi..ish syg tuh...xpyh buang pakai jer..xpun klau dpt brg kemas pi gadaikan jer..dpt duit..hahaha

Ms ChuBBy said...

Salam...
ha betul tu...
saya tak ambil peduli pun,
kerana percaya y ALLAH akan berikan kita y lbh baik...
janji terima dgn hati terbuka...
biarlah, ALLAh nak tjukkan yang dia bukan jodoh kita, nasib baik putus sebelum kahwin, kalau dah kahwin, ada anak...
ha???
jadi say "Thank God!"
(^^,)

mahakaryasaid...

saudara...

pandangan d atas tu adalah hasil dari buah pikiran saudara kah? erm.... saudara dah buang semua pemberian dari bekas tunang saudara? so dapat kah saudara mengubati perasaan saudara?

mataharikusaid...

aku tak sempat nak g gadaikan... dia dah minta balik. sedihnya..aku yang teraniaya... buruknye siku dia...

sitisaid...

xde pe nak komen...
nak komen gambo awak tu jer...
besemangat makan!!!bebetul tinggal tulang je!!hahhahah....
tp xpe...mayb 2 care awak nak lepaskan tekanan...so...go on jela...
best of luck 2 u..hopefully u can find another person to be ur princess!!!amin....

mat skodengsaid...

dato' Fajridil Adha...
marvellous,dah pandai yerk ko tulis pasal putus cinta.. dari isi yang aku baca, mantap cerita ko nie.. mesti orang suka baca cerita ko nie.. syabas la beb.. td ada org suruh ko buat pasal mengawal perasaan merajuk kat pasangan.. ko try la tunaikan permintaan org tu..

babyrhinosaid...

pape pn semua tu adalh yg ttulis,kt hanye mampu bserah dan redha atas ketntuannye.

liza said...

Sekadar renungan bersama....
i) Sibukkan diri dengan keja, if xda keja buat2 je ada keja, sekurang2nye boleh lupa....
ii) Memula2 tu mmg quite tough...itu sapa pun xbole deny. kena kuat sikitla. Ingat...semua tu ketentuan illahi..maybe ada insan yg lebih baik utk kita. solat, amal, doa pelengkap segala....

Petikan dr Hadis riwayat muslim “ Sesiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.”

gadisdibawahbayusaid...

sesape pun akan frust bila org yg dipuja2 memutuskan hub cinta.sakitnya hanya tuhan yg tahu.aperpun,artikel ni mmg sangat2 menarik.xsalah kan bkongsi pgalaman.

rashidsaid...

beb.. akhirnya berjaya jugak ko hasilkan topik pasal frust nih yek.. aku tau ko ada pengalaman luas dalam bab nih n ko tuh ada jerk idea nak wat ayat menarik.. yang aku pelik tu, si mahakarya bleh pulak tanya artikel nih dari buah fikiran ko ker tak?? dia tak kenal ko lagi kot.. apapun beb.. citer ko yg nih memang best.. tak sia-sia aku bukak blog ko..haha..

mentarimerahsaid...

wah, best baca topik putus cinta niey.
pandai awak mengolah ayat yer..

chuniesaid...

yup..sy penah mengalaminya..n sy lakukn pkara yg sama la..ia berkesan..! n hidup sy semakin bermakna sekarang, n sy boleh lakukan apa sja, yg x dp sy lakukan dulu..( coz x-bf terlalu mengongkong n jeles x bertempat..)

Anonymoussaid...

tanggal 17/8/08.. sehari sebelum tarikh hari lahir aku, aku dengan rasminya putus dengan tunang aku. 2 tahun, sepanjang 2 tahun hubungan kami aku tak tahu sama ada dia ikhlas atau tidak dengan aku. apa yg aku tau dia mempunyai wanita lain selain dpd aku. tapi kenapa hati ini masih tetap menyayangi dia dan mencintai dia? pedih dan sukar untuk aku lupakan dia. walaupun yg buruk aku dengar tentang dia, tapi hati ni masih tetap berkata aku masih tetap menanti dia. setiap kali sujud menghadap Ilahi, wajah dia yang sering muncul difikiran aku. apa lagi yg perlu aku lakukan? aku fobia untuk menerima cinta lain. hatiku hanya ada namanya. aku hanya mencintai dia. bukan tak cuma mencintai lelaki lain, tapi aku tak mampu. dpd aku mengecewakan hati org lain, lebih baik aku begini. menanti sesuatu yg tak pasti. aku hanya mampu berdoa diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menempuhi hari esok dan hari2 yg akan datang.

sempoi_klsaid...

perghh..meriah komen2 utk topik nih yer bro.. tg langsat port tuh perciter??

kakjusaid...

kakju suka cara u olah article ni.
boleh direalisasikan kerana ada yg praktikal kecuali yg buang barang2 tu. kakju masih simpan & to tell u the truth kami masih berhubung & berkawan. Perpisahan bukan bererti kita kena bermusuh. Anggap saja tak de jodoh. Pengalaman indah tak perlu di buang dari ingatan. Ia boleh dijadikan penglipur lara dilain hari. walau sakit untuk yang diputuskan tetapi sabar & ketetapan iman penting menentukan diri kita.
Semasa bercinta siapkan diri juga untuk 'the worst'. Jadi jika sesuatu berlaku kita tak le terlalu parah untuk menerima kenyataan. Tak payah bergaduh2 kerana kita ni dah dewasa. Buat lah mcm yg u sarankan tu.

Tahniah kakju ucapkan. teruskan lah berkarya. semoga mendpt pahala jika ada org lain yg mengambil iktibar dari apa yg d tulis.

fajridil adha said...

thanks la semuanya sbb sudi komen.. senyum2 selalu.. ^_^

missmysarasaid...

ai itu jer yg dikomen...soalan yg kt ats tuh xnk jawab ker,hehe

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise