Pada zaman yang serba canggih sekarang ni, citarasa seseorang pun makin canggih. Yang perempuan nak yang matang. Jadi,yang berusia 30an lah yang menjadi impian. Namun perlu juga diketahui ciri-ciri lelaki 30an ini. Berikut dinyatakan :
1. Lebih Serius
Bukan kerana lelaki 20an tidak jadi rebutan, tapi kerana kebiasaanya pada umur 30an secara psikologi lelaki itu boleh dikatakan matang. Pada umur sebegini, mereka mula bertukar dari fasa lelaki muda kearah lelaki yang lebih dewasa. Kesan dari pertukaran fasa tersebut menjadi mereka lebih serius dalam menjalinkan sesebuah hubungan dan juga bijak serta tenang apabila menghadapi masalah. Mereka juga lebih sabar, lebih bertanggungjawab dan cenderung untuk berfikir lebih jauh kehadapan sebelum memutuskan sesuatu perkara.
2. Kurang Menunjukkan Perasaan
Berbeza dengan lelaki muda, lelaki 30an selalunya tidak lagi bersikap seperti lelaki muda dalam mengungkapkan atau menyatakan perasaan cinta. Mereka lebih tenang bahkan kurang menunjukkan perasaan cintanya yang mendalam. Jadi janganlah terlalu mengharap dia akan cakap “I LOVE YOU” setiap kali berdating atau dalam sms bila nak tidur. Bagi lelaki 30an, ungkapan cinta bukan dilafazkan pada kata-kata tetapi menyatakan perasaan itu melalui sikap dan tidak tanduk mereka seperti mahu meluangkan masa untuk berjumpa, menemani bershopping atau juga sentiasa suka mendengar cerita-cerita anda.
3. Sikap Sebenar
Oleh kerana sibuk mengejar kerjaya membuatkan mereka lebih mengutamakan kualiti hubungan berbanding berjiwang-jiwang karat seperti lelaki muda. Kebiasaannya mereka akan menunjukkan sikap sebenar mereka kerana sudah malas nak berpura-pura dan juga akan turutkan sahaja kehendak kekasihnya. Mereka juga sudah malas nak berbunga-bunga dalam berkata-kata dan juga tak gemar memberi macam-macam hadiah. Biasanya mereka gemar untuk saling bertukar-tukar pendapat tentang pelbagai hal. Itulah cara mereka menunjukkan keprihatinan terhadap kekasihnya.
4. Malas Mencari Lain
Lelaki 30an juga kebiasaanya dah malas nak bertukar-tukar pasangan. Mereka lebih fokus pada kerjaya dan menyebabkan mereka malas mencari kekasih baru. Sekiranya kekasih mereka sudah cukup sempurna dimata mereka, memang mereka tak akan miang-miang untuk mengurat perempuan lain.
5. Mahu Perhatian Yang Lebih
Mereka mahukan kekasih yang mampu menjadi seseorang yang lebih daripada seorang kekasih. Ertinya, mereka mahu kekasih mereka boleh jadi kawan yang boleh saling bertukar-tukar pendapat dan menjadi teman pendamping. Walaupun mengharapkan kesempuarnaan dalam sesebuah hubungan, mereka juga sentiasa mencuba untuk menerima keadaan kekasih seadanya walaupun pada hakikatnya tidak memenuhi apa yang mereka impikan. Oleh sebab itu, mereka juga berharap kekasih mereka menerima mereka seadanya dan bukan kerana harta benda.
6. Fokus Untuk Menamatkan Zaman Bujang
Mungkin ramai yang beranggapan, berhubungan dengan lelaki 30an agak sukar kerana mereka mungkin sudah tidak memikirkan sangat tentang perkahwinan. Tapi jangan silap kerana mereka sebenarnya lebih cenderung untuk mengakhiri zaman bujangnya. Ini kerana kawan-kawan mereka ramai yang sudah berkeluarga jadi mereka juga ingin berkahwin demi untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bahagia lagi.
7. Ingin Sentiasa Didampingi
Apabila mereka rasa serasi dengan kekasihnya, kemungkinan dia ingin kekasihnya sentiasa ada bersama. Iaitu ia ingin kekasihnya ada ketika bersama kawan-kawannya mahupun ketika bersama keluarganya. Jika ada functions, mereka juga ingin kekasihnya menemani mereka. Mereka inginkan begitu kerana mereka mahukan kekasihnya sentiasa ada disisinya dan untuk menyatakan bahawa mereka gembira dan layak menjadi teman hidup mereka.
9 comments:
ye..sgt lah betul..lelaki yg dh berumur dlm 27 n ke ats ni kn..mcm tu la dia....wah! x sngka plak sy apa yg saya lalui skrng..sama mcm yg tertulis d cni...hurm..but still pertimbngkn, nk terima dia tau x..?hurm..
me too..aku pun ngah lalui situasi di ats..same r ngn peel bf aku ni..huhu
me too..aku pun ngah lalui situasi di ats..same r ngn peel bf aku ni..huhu
me too.. x sangke ramai yg ada bf yg berusia..hihi..
huhuhu...bgusnyer tajuk nih..tp yg no 2 tuh kurang tepat sket...
lelaki 30an ni mmgla matang tp kdg2 sengal gak.....full of misery
tak semua umo 30an boleh dketogori matang,ade gak umo dah tua tp still mcm dak2 dan tak leh nak ckp gak yg brusia 20an ni kurang mtang n tak leh handle sesbuah hbungan.
mgkin kt nmpak kbaikan umo 30an jek tp xsbalik nye,mlhan kt cuma nmpak klemahan umo 20an tp tak tahu kbaikan nya
lg 1 nak tambah.. lelaki 30-an momstly da de kerje yg steady, duet da byk, income stable, n dorg da puas enjoy time mde dlu, so skang nak serious. ahax!
Cmana eh nk mgorat lelaki brumur 30an ni? Sbb dyorang cm agak pndiam dan misteri
Post a Comment