pada sabtu dan ahad lepas iaitu 12-13/12/2009, aku bersama nohesam telah pergi menghadiri ke kursus pra perkahwinan di hotel selesa pasir gudang dan sudah berjaya memperoleh sijil kursus kahwin yang melayakkan kami untuk berkahwin pada masa akan datang.
aku yang sedari dulu lagi tidak bersetuju dengan diadakan kursus kahwin sebegini, cuba untuk berfikir positif ketika mengadiri kursus tersebut. manalah tahu kursus tersebut memang banyak faedahnya untuk mengahadapi pancaroba di alam rumahtangga kelak.
tapi apa yang aku dapat, cukup mengecewakan. tidak banyak ilmu dan pengajaran yang diperoleh sepanjang dua hari kursus tersebut diadakan. aku rasa kursus itu hanyalah seperti kursus untuk tidur dan untuk memperbesarkan lagi perut yang sudah agak besar ini. kalaulah dari markah 10, aku hanya beri markah 2 sahaja.
memang nampak jelas sangat bahawa kursus sebegini hanyalah demi faktor keuntungan dari pihak penganjur dan pihak jabatan agama sahaja. topik yang diajar adalah perkara yang sudah diajar pada masa sekolah dahulu. tidak ada perkara-perkara baru yang diceramahkan. pada aku ini hanya membuang masa, tenaga dan wang ringgit sahaja. sepanjang 12 sesi kursus tersebut, hanya 1 sesi sahaja yang aku rasa berkesan kerana penceramahnya tegas dalam penyampaian dan membincangkan isu semasa yang menjadi masalah besar rumahtangga masa sekarang ini. selebihnya, pada aku tak perlu ada pun tak apa. penceramah seperti syok sendiri dimana ia cuba membuat lawak-lawak untuk cuba tarik perhatian peserta kursus. ada ramai yang tergelak, tapi ada ramai juga yang tak ketawa, termasuklah aku.
penceramah sebegini tak perlu ada. kalau rasa nak buat lawak, pergi sajalah ke pertandingan raja lawak. kat sana buat lah lawak sepuas hati. di kursus sebegini, aku rasa tak perlu buat lawak-lawak bodoh yang membodohkan peserta-peserta kursus yang lain. dalam hati aku berkata, patutlah kes perceraian rumahtangga semakin hari semakin kritikal. rupanya kursus yang diadakan langsung tdak memberi faedah kepada mereka melainkan gelak ketawa sahaja .
lebih baik kursus sebegini dihapuskan sahaja. tapi kalau masih ingin diadakan juga, aku ingin sarankan beberapa perkara :
1) tekankan isu-isu yang kritikal kekeluargaan pada masa kini mengenai masalah rumahtangga.
2) tekankan topik keagamaan yang mampu membangkitkan rasa gerun untuk membuat perkara-perkara yang tak elok selepas berkahwin nanti.
3) beri penerangan dengan lebih banyak tentang cara mengatasi masalah dan cara mengelakkan perceraian.
4) penceramah perlu tegas dalam sesi ceramah demi memastikan mesej yang ingin disampaikan tercapai.
5) tak perlu buat lawak bodoh memanjang untuk tarik perhatian peserta.
6) jumlah peserta tidak perlu terlalu ramai dalam satu-satu masa kerana itu membuatkan penyampaian jadi tidak berkesan.
7) tekankan dengan lebih banyak dalam topik perceraian, curang dalam hubungan, aurat, hormat kepada suami.
8) mewajibkan sesi soal jawab kepada setiap peserta.
9) tidak perlu terlalu banyak sesi ceramah yang tidak perlu. biar sedikit tapi berkesan.
itu sahajalah yang dapat aku cadangkan untuk masa ini. akhir kata, aku memang tak setuju dengan adanya kursus sebegini.
Monday, December 14, 2009
Kursus Kahwin? Tak Perlu !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online Users
Total Pageviews
Backlinks
About Me
- fajridil adha
- aku budak biasa yg berasal dr kg masjid masai jb.idup serba sederhana n selalu ceria tp kekadang garang juga. ^_^
Followers
My Link List
Popular Posts Last 7 Days
-
cinta pada bunga kan layu akhir nya cinta pada harta kelak kan musnah binasa akhirnya cinta pada manusia tiada kan kekal selamanya ci...
-
Petua-Petua Tradisional fajridil.blogspot.com - PETUA-PETUA TRADISIONAL 1. MENURUNKAN BERAT BADAN Jika anda mengalami berat badan yang berl...
-
Cara Mengenal Perempuan/Gadis Yang Masih Dara (Perawan). DAHI Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu senggama licinnya hilang, ma...
15 comments:
kal0 xwat lawak..nnt 0rg tid0 plk
aku setuju!! masa aku kursus dulu pun, lawak murahan yang disajikan sepanjang kursus. last2, dapat sijil kursus kawin yg tak berfaedah.
salam...boleh btau tak u amik under management ape yea? i baru nk attend ni....either hotel selesa or hotel seri msia...just nk tau is it the same management ke tak
xtau nak gi kursus kawin ni bila..hihihi!
Saya pun rasa kursus tu tak perlu n membosankan n penuh ngan lawak jer..time saya pergi dulu ramai gila perempuan yg ala2 awek mat rempit n mat rempit attend kursus ni. Saya rasa dorang di paksa lepas kena tangkap kot. Time rehat, boleh minah2 ni hisap rokok tepi tangga. Datang course tu mcm tak memberi kesan langsung kat dorang..
bro, standard la bro.. kepala otak dorang tu semua fikir duit je skrg nih.. sampai agama pun dorang wat bisnes.. org2 tua dulu tak de kursus2 haram jadah ni semua.. kekal bahagia je sampai sekarang.. lepas ada kursus2 mcmnih lah makin menjadi2 kes cerai.. jabatan agama pun dah lari dari landasan yg benar..
memang betul apa yang ko cakap.. aku cadangkan, baik buat kursus cerai. sebab makin banyak kes cerai sekarang ni.. agak2 ok tak cadangan aku.. kui kui kui
sy rasa baik penganjur dan jabatan agama tu yg perlu dikursuskan oleh peserta. kalau tak, mereka tak sedar akan kesilapan mereka. sy pun bersetuju dengan awak, kursus lebih baik tak perlu dibuat. buang masa saja.
inilah kali pertama saya terbaca luahan berani rasa tidak puas hati terhadap kursus kahwin yang saya sendiri tak setuju. saya pun sokong kalau dihapuskan sahaja kursus kahwin ni. tak beri sebarang manfaat pun.
mmg btul. kursus ni x yah buat lg bagus. ntah apa2 je.
mmg btul. kursus ni x yah buat lg bagus. ntah apa2 je.
xpayahla kursus kawin,buang masa je.. ramai jgk yg cerai kt jb ni... tak pcaya,tanya JAJ
setuju
Good observation. Mmg kursus kahwin ni a waste of time to the participants. It's not like we have a choice, mmg untung betul Jab Agama and penganjur swasta sbb we're basically their 'captured market' for a money-making scheme disguised as a religious programme.
Ada sorang ustaz tu, at least he was honest during his session during the course I attended, "saya ni hobinya mengumpul kereta, and since saya ada 5 kereta, kenalah kerja kuat sikit utk bayar my kereta, itu yg buat saya keje time weekend bagi kursus kahwin ni dah lebih 10 tahun". wow...
Jab Agama punya unrealistic expectation, or maybe it's their ego, boleh piki yg they can change a person in 2 days by a series of lectures. Diorang tak sedar yg a person's character is a result of a lifelong upbringing and experience, tapi itulah, bila dikritik, terus melatah and even keluar dalil naqli (Quran and Hadith) to justify their decisions. Kita bukan question the hukum, tapi kita question man-made bureaucracy and inefficient administration serta kelemahan manusia dlm Jab Agama.
Rukun nikah dlm Islam ada 5 jer, apa rasional Jab Agama nak tambah2 'rukun' dengan karenah birokrasi and unnecessary procedures? My wife and I tinggal dlm daerah sebelah menyebelah (jarak rumah dlm 10km), and tak boleh register di pejabat dan pendaftar yg sama.
Buat saya terpiki, kalaulah org Jab Agama ni buka account bank and time pegawai bank tu bagi buku bank and ATM card, "ni encik punya ATM card, encik boleh withdraw from any bank, as long as it's in Shah Alam. Kalau encik nak keluar duit kat daerah Klang, encik kena submit application and dapatkan a written approval from us dulu", baru padan muka...time tu baru diorang nak complain bab prosedur dan birokrasi kot.
Buat kursus fardhu ain lagi bagus sbb ramai yg nak kawen tp jahil agama, stakat kursus 2 hari xbg faedah
Post a Comment