Thursday, August 21, 2008

Kenapa lambat naik pangkat??


Tawaran kenaikan pangkat akan diperoleh bukan semata-mata kerana kepandaian dan kemampuan kita dalam mengerjakan tugas. Tetapi, juga adalah berdasarkan sikap toleransi dan ada sikap bersimpati. Jadi, sikap atau tabiat apakah yang mampu menghalang kenaikan pangkat?

1. kerap terlambat, terlambat datang ke pejabat, menghadiri mesyuarat, atau menyelesaikan tugas.

2. Selalu mengeluh, seperti mengeluh tentang beban pekerjaan, bos, dan rakan-rakan, sehingga membuat bos dan yang lain menyampah dengan sikap anda..

3. Selalu lupa. Ini akan mengakibatkan kesan buruk kepada anda dan juga orang akan menganggap anda tidak ada minat terhadap kerja anda.

4. Tidak mempunyai sikap tanggungjawab dan keutamaan. Contohnya meninggalkan satu tugas yang belum diselesaikan kemudian beralih untuk mengerjakan tugas lain.

5. Kebudak-budakan. Sikap ini melambangkan anda tidak ada kharisma dan kewibawaan terhadap kerja..

6. Selalu membela diri dan menjawab setiap kali bos mengkritik atau menegur. Ini menunjukkan bahawa anda tidak boleh dikritik kerana merasakan anda sentiasa betul.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




2 comments:

missmysarasaid...

kenapa lambat naik pangkat??sbb bos kedekot..xnk bg naik pgkat..huhu..kesian kt kite...

gangstarzsaid...

keje maleh cam maner nak naik pangkat.. sendiri mau ingatlah.

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise