Friday, August 8, 2008

sekali berkhianat,tetap berkhianat


Sakit hati, marah, dan kecewa bercampur jadi satu disaat mengetahui kekasih mengkhianati anda. Ingin rasanya terus memutuskan hubungan masa itu juga. Tapi si dia memohon maaf dan meminta anda untuk tidak meninggalkannya. Haruskah kesalahannya dimaafkan? Bagaimana bila di kemudian hari ia akan mengulangi perangainya?

Berada pada situasi di atas memang merunsingkan. Anda harus berhati-hati kerana tidak semua orang mahu mengubah sikapnya.

Kebiasaannya, perubahan perilaku tidak boleh dipaksa, tetapi harus datang dari dirinya sendiri. Namun ada beberapa tanda yang boleh menjadi pendekatan bahawa si dia ada niat yang tulus untuk memperbaiki hubungan anda berdua.

1. Kekasih sangat menyesali perbuatanya dan minta maaf telah berkhianat. Anda boleh mengetahui ketulusannya dari suara dan dari pandangan matanya.

2. Kekasih telah memutuskan segala jenis hubungan dengan kekasih gelapnya.

3. Ungkapan maafnya tidak hanya pada kata-kata, tapi juga dalam bentuk tindakan dan perhatian.

4. Kekasih menunjukkan kesungguhannya dengan meluangkan lebih banyak waktu berdua bersama anda.

5. Anda berdua memiliki komunikasi yang jujur dan saling terbuka mengenai perjalanan hubungan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




7 comments:

suriYANAsaid...

not bad..cayok2..

rickysaid...

nice theory..

gegerlsaid...

jangan sampai pisang berbuah dua kali.

megat mustafasaid...

buek apo nak poning2 palo.cari lain ajo.settle masaelah

Anonymoussaid...

kalau dah skali kene tipu, cari yg lain je...

missmysarasaid...

klau dah syg sgt2 tuh dah kne tipu pun still pcaye lg..hm..den xtau nk ckp pe lg..

fajridil adha said...

mmg mcmtu. tp xpe, tunggu je la putus hub tu. nnt xla kena tipu lg.hehe

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise