Selalunya,dalam kita bersahabat kadangkala kita akan mula jatuh cinta kepada rakan kita sendiri. Ini kerana dari kita akan mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain. Jika anda berada dalam situasi seperti itu, pertimbangkan hal berikut ini.
- Lihat statusnya
Buang jauh-jauh perasaan anda jika dia ternyata telah terikat dalam suatu hubungan pernikahan.
- Adakah dia orang yang tepat?
Fikirkan baik-baik adakah dia lebih baik terus menjadi sahabat atau kekasih. Banyak kes terjadi ketika seorang sahabat menjadi kekasih, hubungan mereka jadi memburuk. Kadangkala, persahabatan tanpa ada perasaan cinta terasa jauh lebih indah dan menyenangkan.
- Yakinkan perasaan Anda
Dalam keadaan rapuh dan tak berfikir panjang, orang cenderung mudah jatuh cinta, padahal itu hanya hasil lintasan emosi semata. Jadi, yakinkan perasaan anda apakah yang anda rasakan adalah betul-betul perasaan cinta atau emosi sesaat sahaja.
- Berubah perlahan-lahan
Jangan terlalu cepat mengambil langkah untuk bercinta. Perubahan dari sahabat menjadi kekasih akan menimbulkan konflik dan kejutan.
- Bersiap untuk menghadapi perkara yang terburuk
Risiko terburuk menyintai sahabat sendiri adalah kehilangan sahabat secara kekal. Anda kehilangan dirinya sebagai sahabat dan sekaligus tak pernah mendapatkannya sebagai kekasih. Kalau pun pada akhirnya dia jadi kekasih, tidak tertutup kemungkinan hubungan akan putus dan anda kehilangan dia.
5 comments:
payah kalau dari kawan tukar jadik kekasih.cari jek orang lain kalau nak dapat kekasih.
hurm..betul tu...sebelum buat apa2 keputusan..tnya dlm2 ht tu sendiri..adakah kita syg dia sbgai kwn, atau syg dia sbgai kekasih..?
hm...kawan tukar jd kekasih/bf mmg sng sgt...tp klau kekasih/bf tukar jd kawan balik mmg tak boleh...
ok je kwn jadi bf...i punye bf skang pn kwn i b4 ni..sbnrnye g elok..kite da selese kwn..sng phm..tmbh cinta je..it's juz nice..ade chemistry..n ade psamaan..hobi suma same..ble je borak ape2..g fun..dr bcinta ngn stranger..nak knal satu2..tup2..pnipu..watpe??
tul tue anonymous... tp susah gak coz kalau kita putus cinta dgn dia, kita akan kehilangan seorg kawan baik wat selama2nya..huhu, payah tue
Post a Comment