Friday, August 15, 2008

Mengatasi Kurangnya Kepercayaan Diri


Kadangkala, kita memerlukan beberapa hari, minggu, bahkan berbulan-bulan untuk meningkatkan rasa kepercayaan dalam diri. Namun, jika kita konsisten dengan cara yang betul, akhirnya anda akan dapat merasakan perubahan pada diri anda iaitu semangat yang baru, lebih kuat, dan lebih percaya diri!

Daripada mengurung diri, tak nak bertemu orang, atau merokok tanpa henti, mulalah laksankan teknik-teknik baru yang dapat meningkatkan kepercayaan dalam diri anda. Mari kita lihat satu per satu.

* Catatan Harian
Menulis catatan harian setiap hari dapat membuat anda melakukan refleksi diri setiap hari. Refleksi harian dapat membantu menguatkan apa yang anda ketahui, apa yang anda pelajari, dan apa yang masih perlu anda lalukan atau laksanakan.

* Tunjukkan rasa terima kasih
Tuliskan setiap hari lima hal yang membuat anda merasa harus berterima kasih dan bersyukur, dan laksanakan. Ini akan membuat perasaan anda lebih segar serta mempertingkat semangat dan kepercayaan dalam diri anda.

* Tegas
Tulis keinginan anda dan bagaimana mewujudkannya dalam sehari-hari. Misalnya, "Saya ingin berkeyakinan setiap hari." Ucapkan di depan cermin setidaknya sekali sehari.

* Menilai hubungan
Adakah pasangan mendorong kearah kebaikan atau menghancurkan anda? Bila didalam hubungan, anda lebih banyak menderita, mungkin sudah tiba saatnya untuk mempertimbangkan aaakah hubungan perlu dilanjutkan.

* Memulakan hubungan baru
Kenalpasti orang yang anda kagumi, boleh dijadikan panduan atau sebaliknya. Cari orang yang akan menemankan anda dalam menempuhi suka dan duka. Dengan meningkatkan kepercayaan diri, anda akan membahagiakan diri sendiri.

* Ubah tingkahlaku
Kenal pasti perkara apa yang meningkatkan dan menghilangkan rasa percaya diri anda. Bersukan, berpakaian kemas dan menarik serta selalu pantas, akan meningkatkan kepercayaan diri. Selalu mengatakan "ya" untuk menghindarkan pertengkaran (padahal anda ingin mengatakan "tidak") akan menghilangkan rasa kepercayaan diri anda.

* Ungkapkan
Menahan apa yang ingin dikatakan kerana takut bagaimana orang akan menerima kita dapat mengurangkan kepercayaan diri. Jangan ragu-ragu untuk mengungkapkan apa yang anda fikirkan.

* Ambil risiko setiap hari
Cara terbaik untuk meningkatkan kepercayaan diri adalah dengan mula melakukan hal-hal yang selama ini anda takuti.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




4 comments:

sempoi_klsaid...

bro,ada jerk topik2 baru ko present eh.. respek lah kat ko.. gua lepak siot skrang.. keje bertimbun.. serabut kepala ni.. tinjau2 blog ko ni, release sket tensen pala gua ni..

chuniesaid...

tips ni sgt berguna..kpd sesiapa yg ad mengalami masalah keyakinan diri ni..cubalh tips yg diberikn ni, terutama bab pakaian, bila kita berpakaian kemas, kita akn lebh yakin, n katakn pada diri kita mampu lakukannya..chayok2..!! hehehe...

manjalarasaid...

nak meningkatkan kepercayaan diri ni memang rumit bg org yg sememangnya dlm diri mereka tidak ada keberanian.mereka mudah @ cepat mgalah.tips ni sgt baik utk dijadikan panduan.sape ni,Fajridil Adha,(susah beno nama dia,tp sedap namanya) teruskanla tampilkan artikel2 begini.dan sememangnya blog awk ni semakin lama semakin hebat pengisiannya.semoga awk dicucuri rahmat Ilahi krn byk memberi nasihat dan motivasi yg baik dlm blog ni. -manjalara-

Anonymoussaid...

manjalara...."dicucuri rahmat ilahi" ayat ni sesuai untuk orang yg da meninggal dunia jer....lain kali ckp la diberkati or dilindungi ilahi bru sesuai...

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise