Tuesday, August 5, 2008

14 tabiat buruk lelaki


Selama ini lelaki selalu mengganggap sikap perempuan yang suka menentukan atau membesar-besarkan masalah adalah keburukan perempuan. Padahal, lelaki juga ada banyak kelakuan buruk, Nak dengar apa alasan lelaki ??

1. Malas Tanya Arah
Hanisah (kerani), selalu bengang kerana kekasihnya, Razlan (dokumen kontrol) lebih suka bersusah-susah mencari alamat daripada berhenti dan bertanya kepada orang. “Kalau Colombus boleh jumpa Amerika, takkanlah saya tak boleh jumpa rumah makcik awak yang hanya di daerah pasir gudang,” kata Razlan.

2. Memanggil Rakan dengan Sebutan Kasar
Pernah dengar pasangan anda memanggil rakannya dengan sebutan “Hai Mok! (gemuk)” atau “Nyet (monyet), ke mana je lu gi beb?” Jadi, ini alasannya. “Panggilan itu adalah panggilan manja kita buat rakan. Tak best lah kalau panggil nama sebenar,” kata arief, (konsultan komunikasi).

3. Pakai Seluar Koyak
“masalahnya seluar ini peninggalan zaman sekolah dulu. Ada kenangannya. Tapi memang seluar ni sedap dipakai. Bahannya berkualiti. Oklah untuk buat seluar basahan,” kata sham (pengusaha mee).

4. Malas Bungkus Hadiah

“Kalau saya belikan kekasih saya hadiah sebuah barang yang mahal, mestilah dia tahu apa yang saya beli sebab dari plastik bolah nampak. Kalau dibungkus dengan kertas hadiah, nanti tak nampaklah mahal barang tu.hehehe...” kata fairuz, (penyelia operasi).

5. Quickie
Yang ini lelaki suka, tapi perempuan tak suka. Kenapa lelaki suka bersenggama dengan cepat? “Kerana quickie itu more pleasure, less effort, ha ha ha... Eh, bukan ker Ibrahim (pegawai insurans) tu mandul? (ejakulasi awal tanpa hasil),” celoteh Sufiah (pereka pentas).


6. Suka Filem Kekerasan
Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa lelaki suka melihat adegan kekerasan di tv. “best aper tengok orang bergaduh, kete meletup, atau buaya memakan kuda. Rasa bertambah semangat tengok cerita mcmtu,” kata Nizam (jurutera perisian).

7. Campak Baju Sesuka Hati
“betul ke?? Mungkin dah jadi mindset dalam kepala lelaki sejak dulu lagi,perempuan tu kemas dan lelaki buat sesuka hati.kalau lelaki selalu kemas dan tersusun,dah jadi macam perempuan pulak sikapnya. Jadi biarla bersepah-sepah sikit barulah nampak lelaki sejati.hahaha. jelas Iskandar (akauntan).


8. Ingat Keputusan Bola sepak, Lupa Ulangtahun Kekasih
“Asyik mengingat skor pertandingan untuk bahan obrolan dengan teman-teman. Kalau ulangtahun kekasih, sebenarnya ingat. Tapi kekadang bila dah sampai harinya, jadi lupa. Tapi tak bermaksud melupakan tau!” akui Faiz (pembantu tadbir).

9. Pilih tengok Tv daripada Dengar Keluhan Pasangan
“Habis asyik benda sama yang dikeluhkan. Macam takde cerita lain. Bosan kan dengan benda yang sama? Daripada sakit kepala, lagi bagus tengok tv!” kata Ismaazir (penyelia sistem maklumat).

10. Tidak Suka Cerita Hal Seharian
Tak seperti perempuan yang suka menceritakan apa saja yang terjadi di pejabat hari ini, lelaki malah sebaliknya. Ia lebih suka tak menceritakannya. “Kerana saya ingin melupakan kejadian yang tak menyenangkan hari ini atau memikirkannya sendiri,” kata Radhi (jurutera bangunan).
11. Cemburu kepada Bekas Kekasih di Zaman Persekolahan.
“macamne tak cemburu? Kecewa la. Dia masih suka ingat first love-nya itu? Kan bagus kalau jumpa terus dengan orang yang mengganggu dia daripada dengan orang yang sudah jadi masa lalu,” ujar Faizal (chef).

12. Suka Berlagak Pandai
Ada barang elektronik rosak? Cakap kat pasangan. Pasti ia akan bertindak bak pahlawan yang ingin menyelamatkan barang kesayangan anda. Padahal, ia tak pandai membetulkan barang yang rosak tersebut. Malah ada kemungkinan kerosakan akan makin parah. “Kerana saya fikir saya boleh hehehe.... We love the challenge!” kata Kelut (pemandu bas).

13. Menyimpan Tools tapi Belum Pasti Diguankan
“Siapa cakap perkakas itu tak digunakan? Kalau saya, peralatan tersebut harus ada kerana siapa tahu ia diguakan waktu diperlukan untuk membetulkan enjin kereta atau perabot yang ada di rumah?” kata Salimie (pereka web).

14. Menganggap Masalah Tak Penting
“Kerana, masalah kecil memang tak penting untuk dibincangkan lama-lama. Lelaki itu kan pemikirannya lebih sederhana. Sementara perempuan terlalu melihat ke depan. Jadi, hal-hal yang kecil boleh berpotensi menjadi sesuatu yang besar,” akui Botak (penjual ayam).

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




5 comments:

faiezahsaid...

betul!!!
lelaki memang pengotor!!!
hihihihi

Anonymoussaid...

hahaha..meh sy tambah..ego,selfish,bodoh sombong,panas baran tu sume pakej utk lelaki..

echahsaid...

erm...best gak bc nie..at least si lelaki ni dh akui sikap dorang yg mmg ntah pe2 nie..terutama yg slalu pikir dia tue bgs n always perfect..sedarlah nk tgr org kaji dri sendri dulu..whatever setiap kebaikan n keburukan seseorang tuelah keistimewaan msg2..jd klu dh tau ada sikap buruk nie..pe lg berubah la beb..prihatin sikit..n sopan skit..ni kan x..tdo pun merata2 atas karpet pun jadi, mana badan xberkulat...hik..hik..hik...

jasminmanjasaid...

best articel nih..bravo bravo!!

$uRiyaNAsaid...

salam...mmg pun org laki ni -tive ckit..asyk nk cari slh pmpn je..tp bgus gak kalo org laki dh mula sdr ksilapan n kkurangn diri..anyway.. cngrate la..best article nie..

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise