Tuesday, August 19, 2008

Jangan Cinta atau Benci Berlebihan


pakatan rakyat (atas) vs barisan nasional (bawah)



"Cintailah kekasihmu dengan sederhana, boleh jadi engkau akan membencinya pada suatu ketika. Dan bencilah orang yang engkau benci dengan sederhana, boleh jadi engkau akan mengasihinya pada suatu ketika." (HR At-Tarmuzi). Hadis ini mengingatkan bahawa jika kita mencintai seseorang jangan berlebihan, demikian sebaliknya.

Cinta yang berlebihan terhadap seseorang atau kelompok akan dapat menyebabkan hilang pertimbangan yang adil. Nepotisme, kronisme atau koncoisme yang terjadi adalah akibat cinta yang berlebihan terhadap keluarga, rakan atau kelompoknya.

Nepotisme di masa kekhalifahan Usman bin Affan (644-656 M) adalah akibat kasih sayang yang berlebihan terhadap keluarganya. Akhirnya timbul penyelewengan-penyelewengan, lalu muncul ketidakpuasan masyarakat, terjadi pemberontakan yang kemudian menewaskan beliau.

Di saat beliau dalam bahaya sampai tewasnya, tidak ada keluarga beliau yang selama itu ditolongnya dengan pelbagai kemudahan di dalam pemerintahan yang tampil untuk melindungi beliau. Kebencian yang melampaui batas juga dapat melahirkan pertimbangan yang tidak adil. Pembelasahan terhadap Husein bin Ali, cucu Nabi SAW, semasa dinasti Bani Umayyah (abad 7), dan pembunuhan terhadap seluruh keluarga Bani Umayyah dsemasa dinasti Abbasiyah (abad 8) adalah akibat benci yang berlebihan.

Allah SWT berfirman: "...Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa." (QS Al-Maidah, 5:8). Bila kita memerhati masyarakat pada masa sekarang ini, dua sifat tersebut telah muncul. Satu kelompok menyintai pemimpinnya secara berlebihan, sehingga ketika pemimpinnya ditegur atau dinasihat oleh kelompok lain, kelompok tersebut membelanya secara membabi buta sehingga timbul kekerasan dan perbalahan.

Sementara di kelompok yang menegur tadi, sedang berjangkit rasa benci dan dendam yang berlebihan. Akibat benci dan dendam yang melebihi batas itu, kini sedang terjadi tindakan balas dendam, pemberontakan, demonstrasi dan anarkisme. Dua sifat yang berlebihan itu sama-sama negatifnya dan sama-sama besar bahayanya. Oleh kerana itu, kita hendaklah menghindarinya. Ikutilah pesan Nabi dalam hadis di atas menjadi renungan kita semua..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




5 comments:

pemuda passaid...

waduh-waduh..udah jadi JamuMan ya paman fajridil adha.wakaka..
apapun,HIDUP PAS & PR..

ballacksaid...

betuii tuh pemuda pas.
mudah-mudahan Pakatan Rakyat menang lah parlimen permatang pauh.
HIDUP PAS,HIDUP PR.

Princessa said...

salam...

waa ni sume ke arah politician jep..ape pn faj nyer blog mmg seimbang..congrates kwnku..

missmysarasaid...

hm...no komen..hehe so skrg xblh syg seseorang 2 secara berlebihan sgt lar yer..cmtu..

shiela_kutpmsaid...

blog abgku ini memang best.. semua ada.. senyum sikit abgku.. manis senyuman abg..

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise