Saturday, August 9, 2008

Menjaga kualiti sperma


Bila pasangan suami isteri belum belum dikurniai anak , kebiasaannya wanita yang dipersalahkan. Padahal, lelaki juga memegang peranan penting dalam masalah ini. Bukankah kehamilan terjadi kerana penghasilan sperma dari pihak lelaki? Oleh kerana kelainan pada sperma boleh mengakibatkan terganggunya fungsi penghasilan. Maka seharusnya selalu dijaga agar kualiti sperma tetap berada pada kualiti yang maksimum.

1. Hindari ubat tambah kejantanan
Penelitian yang dilakukan menunjukkan bahawa lelaki, terutamanya yang berumur separuh abad, yang selalu memakan ubat penambah kejantanan atau ubat disfungsi ereksi, kemampuan spermanya untuk bergerak menuju sel telur jadi melemah.

2. Gunakan alas laptop
Beberapa penelitian telah membuktikan, terlalu lama memangku laptop boleh mengurangkan jumlah sperma. Oleh kerana itu, gunakan alas laptop atau letakkan laptop di atas meja, bukan di peha. Selalu mandi air panas juga bukan sesuatu yang digalakkan. Ingatlah bahawa suhu yang sejuk diperlukan untuk perkembangan sperma.

3. Hindari seluar @ seluar dalam yang ketat
Mungkin lelaki akan kelihatan seksi dengan seluar ketatnya bila di gym, tapi bila ingin menjaga kesuburan sebaiknya hindari seluar yang terlalu ketat. Penggunaan seluar yang ketat boleh membuat testis kepanasan dan akhirnya mengurangkan jumlah sperma.

4. Rekreasi dan Rehatkan minda
Hindarkan stress. lelaki yang sedang stress, terutama kerana tak ada pekerjaan, selalu sukar mendapat anak.

5. Hindari bahan kimia
Insektisida yang mengandung bahan kimia chlorpyrifos (TCPY) diduga akan mengurangkan kadar hormon testoteron pada lelaki sehingga sukar menghasilkan sel sperma. Walau masih dalam penelitian, tak ada salahnya membaca label produk-produk yang mengandungi bahan kimia.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




2 comments:

Anonymoussaid...

kalau macam nih size sperm,konpom dapat anak kembar 5.hihi

sitisaid...

2 all men in this world...take attention please...

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise