Ketawa memang boleh membuat kita lebih gembira dan sihat. Hal ini kerana kegiatan tertawa mampu mengubah rasa sedih dan penyesalan menjadi perasaan rileks dan bebanan apapun akan terasa lebih ringan.
"Ketika anda ketawa, anda memasuki tahap yang merilekskan. Tekanan darah dan degupan jantung turun menjadi normal, sehingga kita akan rasa lebih tenang. Selain itu ketawa juga merangsang hormon endorphin, anti sakit alami yang dihasilkan oleh otak".
Tertawa juga memiliki kesan biologi kerana mampu mengembalikan mood. Ketika kita melakukan humor atau gelak tawa, terutama mengenai kejadian sehari-hari yang kita alami atau masalah, efektif meningkatkan rasa memiliki dan lebih mendekatkan satu sama lain. Itu sebabnya kita harus sentiasa menimbulkan rasa humor dalam kehidupan sehari-hari bersama pasangan ataupun bersama orang lain.
Rasa stuck dan kehilangan idea? Tertawalah kerana kegiatan ini mampu membuat kita berfikir lebih kreatif. "Humor akan melenyapkan kekangan mental. Ini akan mendorong kita berfikir secara luar biasa ketika melihat segala sesuatu”.
"Tertawa mampu menyatukan dua hal yang sepertinya tidak saling berhubungan dan menciptakan hubungan.
Seseorang yang ada sifat humor biasanya jarang tertekan dan cemas. Dan sesiapa yang menggunakan humor untuk menghadapi masalah kebiasaannya selalu berfikiran positif. Jadi, tertawalah!
3 comments:
tak leh ler nak ketawa sangat. gigiku ini sudah rongak. nanti org tgk malu ler.
mak ai..!! kuningnya gg binatang tu...abg x gosok ke gg dia...ish..cian tol la..hehe.tp apa2 pun..ketawa mmg dp hilangkn stress..dp buat org d sekeliling kita hepy..n kita sendiri akn rasa bahagia..tmpa tekanan...senyumaan n ketawa tu ubat bg yg ader masalah..m i right..??
betul tue chunie..
ketawa memang boleh redakan kebuntuan dan meringankan tekanan.
Post a Comment