Monday, August 11, 2008

Teknik Untuk Kelihatan Hebat


Anda tentu tak mahu dipandang sebelah mata, dianggap tak tahu apa-apa oleh bos anda dan rakan-rakan senior di pejabat. Jadi, berhati-hatilah dalam perbicaraan ketika berkomunikasi dengan mereka. Tapi relax, langkah-langkah ini dapat membuat anda kelihatan cerdas dan mengubah persepsi atau pandangan mereka terhadap anda.

Don’t Say This
Hindarkan menggunakan ayat terlarang berikut:
- "Saya tidak tahu”. Anda akan terlihat tak cerdik dan tidak ada motivasi. Sebaiknya katakan, ”Saya tidak tahu, tapi saya boleh mencari makluat tersebut untuk anda.” walaupun maksudnya sama, ayat ini melihatkan anda orang yang positif dan ada kemahuan untuk mencari.

- “Saya kecewa.” ayat ini seperti kebudak-budakkan. Mengapa tidak katakan,”Saya akan berfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya.” Anda akan kelihatan lebih pandai dan berpendirian, walaupun disaat itu anda masih belum tahu jawapannya.

- “Saya tidak yakin yang saya lakukan ini betul, tapi.....” Kata-kata ini menunjukkan anda seorang yang ragu-ragu dan tak ada keyakinan diri. Jika anda sendiri sendiri tak yakin, bagaimana nak meyakinkan orang lain? Katakan sahaja seperti ini, “Jika merujuk dari informasi yang saya dapat, seharusnya yang saya lakukan ini betul.” Di mata pihak lawan, kata-kata ini menunjukkan anda optimis dan ada keyakinan diri yang tinggi.

Dengar dan Bertanya
Kadangkala, diam itu kelihatan seperti orang yang lemah. Anda kelihatan tak prihatin dan tak memahami. Orang cerdik biasanya akan mengajukan banyak persoalan dan pertanyaan yang menyakinkan. Ketika terlibat dalam sesuatu perbicaraan, aktiflah bertanya, walaupun pertanyaan itu seperti soalan yang mudah. Orang yang bertanya menunjukkan dia berfikir. Asalkan pertanyaan anda tak lari dari topik,selalulah bertanya.
Hai, Selamat Pagi
Datanglah ke tempat kerja dengan wajah ceria dan menyapa dengan ramah setiap orang di tempat kerja anda. Anda akan terlihat memiliki kemampuan sosialisasi yang tinggi. Imej anda juga pun kelihatan sangat baik. Mereka akan memandang anda sebagai orang yang percaya diri dan ada sifat keramahan yang mengkagumkan mereka.

Bergaul dengan orang Pandai
Jangan hanya duduk di belakang meja dan sibuk mengerjakan pekerjaan. Keluarlah dari zon anda. Luaskan pergaulan di tempat kerja. Besahabatlah dengan orang-orang ramah dan pandai. Anda boleh belajar banyak perkara dari mereka.

Posisi Menentukan Reputasi
Waktu mesyuarat atau seminar, jangan duduk di barisan belakang, kerana itu menunjukkan anda takut disoal. Pilihlah barisan hadapan. jika perlu, duduklah berdekatan dengan pihak atasan. Anda akan dinilai sebagai orang yang berani dan percaya diri.

Tegakkan Kepala
Rasa percaya diri merupakan modal asas untuk kelihatan cerdik dan hebat. Mampu berjalan tegak dan tatapan mata meyakinkan akan terlihat menarik dan cerdas, daripada mereka yang selalu berjalan menunduk dan pandangan mata yang malu-malu.

Memberi Perhatian
Cubalah aktif dalam organisasi sosial, jadilah sukarelawan di tempat-tempat yang ada bencana. Mereka yang ada rasa kepedulian pada sesama manusia, memberikan perhatian pada orang-orang di sekeliling, akan selalu kelihatan menarik dan menyakinkan.

Optimistik
Apa sekalipun pekerjaan anda, lakukan dengan optimis. Orang yang selalu optimis dan berggairah dalam hidupnya tak mudah menyerah dan tak mudah kecewa. Ghairah dan semangat yang menyala akan membuat mata anda kelihatan berkilauan

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




7 comments:

find penny stock said...

help me.

shiela_kutpmsaid...

i want to try this technique.. very nice blog..

Princessa said...

sbb tu faj nmpk hebat..kih3..

sempoi_klsaid...

jadilah lelaki hebat seperti FAJRIDIL ADHA..
bro, ok tak statement aku.hehe

mat skodengsaid...

kalau aku tau blog ko nie dari dulu, dah lama aku kasi gegar..

melorsaid...

ada yang sukar untuk praktikkan teknik yang awak nyatakan ni.
tak semua orang berani.
tp sememangnya teknik ni memang bagus dijadikan panduan.

missmysarasaid...

hebat kew die nih,,kekeke

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise