Thursday, August 21, 2008

Rahsia lelaki terhadap kekasihnya!!!


Mungkin perempuan menganggap kekasihnya itu seorang yang jujur, terbuka dan tidak merahsiakan apa-apapun dari pengetahuannya. Tapi sebenarnya ada banyak perkara yang lelaki rahsiakan. Antara yang dapat saya berikan contoh adalah seperti berikut :


Gaji
Berkaitan gaji,lelaki biasanya akan merahsiakan jumlah sebenar gaji mereka.
Ada banyak sebab sebenarnya. Antaranya adalah kerana ia malu kerana gaji kekasihnya lebih besar daripadanya. Mungkin juga kerana takut kekasihnya minta dibelikan hadiah macam-macam ataupun kerana ia mahu menyimpan untuk kegunaan masa hadapan. Jadi daripada kusut-kusutkan kepala,lebih baik rahsiakan sahaja.

Pertaruhan
Seperti dalam filem cinta fotokopi, mungkin sebelum bersama kekasihnya,ia bertaruh dengan rakan-rakannya. Siapa yang berjaya mendapatkan perempuan tersebut, ia akan dapat RM500. Dan apabila telah berjaya,timbul pula rasa cinta yang mendalam dan akhirnya berkahwin. Tapi,isterinya tidak mengetahui akan perkara tersebut. Tapi tak pe lah,yang penting dah kahwin.

Hubungan sulit dengan rakan kekasih
Ada lelaki apabila bergaduh dengan kekasihnya, ia akan mengadukan masalahnya kepada kawan kekasihnya. Oleh kerana kawannya itu selalu mendengar masalah, lama-kelamaan mula terbit rasa sayang dan tanpa disedari telah melakukan perkara yang tak sepatutnya. Apabila sudah menyesali tindakan tersebut, sudah pasti perkara itu tidak akan diceritakan kepada kekasihnya.


Sejarah lalu
Jika sebelum ini lelaki itu pernah melakukan seks atau seumpama dengannya, selalunya ia akan merahsiakan dari pengetahuan kekasih atau isterinya. Bak kata orang putih, “no body perfect”. Tapi sekiranya ia dapat tahu kekasihnya telah ditebuk tupai, kemungkinan besar ia akan mengucapkan hai hai bye bye kepada kekasihnya tersebut.


Mak tak suka
Mak memainkan peranan penting dalam sesuatu hubungan tu. Kalau mak tak suka, tentu sukar untuk meneruskan hubungan. Lelaki selalunya akan merahsiakan apabila mak mereka tidak menyukai teman wanitanya kerana tidak tahu macam mana untuk menjelaskannya dan tidak mahu menyakitkan hatinya. Mungkin teman wanitanya merasa mak teman lelakinya berkenan terhadap dirinya kerana layanan yang ditunjukkan amat baik sekali, namun mungkin itu hanyalah sekadar menjaga hati anak lelakinya.


Ada perempuan Lain
Kadangkala ada lelaki yang mempunyai ramai teman wanita. Bukan 2 atau3,tapi mungkin lebih. Perempuan juga ada sifat sebegitu tetapi lelaki lebih advance. Lelaki buat macam tu untuk memudahkan proses memilih mana yang terbaik untuk dijadikan teman hidup. Al maklumlah sekarang ni, perempuan yang masih terjaga dara dan kesuciannya sukar untuk dicari..


Bekas kekasihnya
Walau dah ada kekasih lain atau dah berkahwin,kadangkala lelaki masih ada berhubungan dengan kekasih lamanya. Samada melalui telefon atau lepak-lepak di kedai makan. Sebenarnya lelaki boleh menjadi sahabat yang baik untuk bekas kekasihnya. Tetapi disebabkan takut timbul rasa cemburu, maka lelaki rahsiakanlah dari pegetahuan kekasih baru atau isterinya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




9 comments:

seri_manjersaid...

amboi-amboi,dahsyat blog dia ni ye. sampai hati tak nak bagitau ekh. tapi memang besh blog awak ni. congrates!!

Yuha said...

hurmm... lelaki mmg suke berahsia pun... tapi kalo pempuan ke gf dorang ke yang berahsia, sikit pun tak ley... huhuhu,...

eyna mjsaid...

erm..tg pnting ujung pangkal hati..kalu dia btul2 sygkan kekasihnye..sy rase dia xsanggup buat mcm 2,oleh krn masing2 dah pgang kprcayaan yg ader maka gunakan kprcayaan i2 dgn sebaik mgkin..ceah!ops!trlebih sudah hehe..

zila_85said...

ehm...for your info,pompuan pun ada rahsia sendiri...kadang rahsia pompuan lebih dasyat dari rahsia lelaki...heheheh

zila_85said...

ehm...for your info,pompuan pun ada rahsia sendiri...kadang rahsia pompuan lebih dasyat dari rahsia lelaki...heheheh

zila_85said...

ehm...for your info,pompuan pun ada rahsia sendiri...kadang rahsia pompuan lebih dasyat dari rahsia lelaki...heheheh

JuLia said...

emm..menarik gak tajuk nie coz bleh dikatakan 80% betul ttg rahsia lelaki ni..

Princessa said...

i'm ur insipration..huahuahua..bole gitu..ahaksz..

sarasaid...

:o

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise