Gambar di atas adalah cincin kesayangan di antara koleksi cincin-cincin aku yang lain. Koleksi cincin aku rasanya ada lebih kurang dalam 6-7 buah. Tapi yang selebihnya aku lupa nak ambil gambarnya untuk dipaparkan disini sebab aku simpan di rumah. Di lain masa jika ada kesempatan, aku paparkan koleksi cincin aku yang selebihnya itu.
Berbalik pada cincin di atas, aku seperti tergerak hati untuk bercerita sikit tentangnya. Cincin suasa berbatu hijau itu merupakan cincin mahal pertama yang aku dapat. Itu hadiah yang mama aku berikan kira-kira 2 tahun yang lepas.Sebelum itu aku hanya memakai cincin biasa sahaja. Yang terawal adalah cincin silver yang ada ukiran nama bekas tunangku di cincin tersebut. Cincin itu adalah pemberian daripadanya dan masih aku simpan sampai sekarang. Dia pun ada cincin yang sama dan berukir nama aku di cincin tersebut, tapi rasanya mungkin dia dah buang entah kemana. Berbalik pada cincin hijau tadi, aku lupa apa nama batu cincin tersebut. Tapi seingat aku, batu tu adalah dalam kategori batu permata Jade. Harganya pula pada ketika itu adalah RM700. Cincin itu mama aku tempah khas ketika dia berada di Indonesia. Ukiran dia sungguh cantik. Memang sesuai dengan harganya yang agak mahal. Semasa aku mula-mula memakai cincin tersebut, warna batunya tidak seperti sekarang. Asalnya ia berwarna hijau kekuningan. Namun kini sudah bertukar menjadi hijau agak ketuaan. Yang nyata, warnanya kini bertambah cantik, berkilat dan menambahkan rasa sayang aku pada cincin tersebut.
Cincin kesayangan aku yang kedua adalah yang batunya berwarna merah seakan kemerahjambuan. Warna sebegitu bukanlah menandakan aku ni jambu. Aku ni tetap lelaki sejati impian ramai wanita di luar sana. Cincin ini baru sahaja mama dan papa aku hadiahkan 2 hari yang lepas iaitu 15/01/09. Cincin ni juga ditempah khas di Indonesia. Harganya lebih mahal dari yang sebelum ini iaitu diatas RM800. Batunya diberi nama batu permata Alexander atau Alexandrite. Memang cantik batunya. Ia seakan-akan batu permata berlian. Tapi lebih cantik dari berlian kerana warnanya yang menyerlah lagi menawan. Ukiran di cincin juga sungguh memikat hati aku. Daripada info yang mama aku beritahu, ukiran di cincin aku ini adalah trend terkini di Indonesia. Jadi aku adalah antara yang terawal memakai ukiran terbaru tersebut. Baru sehari dua aku memakainya, aku sudah rasa serasi dan selesa memakainya. Aku pun jadi bertambah gembira dan bangga dengan koleksi cincin yang aku ada sekarang ini. Esok lusa mungkin bertambah-tambah koleksi aku ni. Tapi untuk setakat ni, aku dah rasa cukup bertuah ada 2 cincin yang tinggi nilainya pada aku. Bukan sahaja pada harganya, tapi juga pada tingginya nilai sentimental pada cincin tesebut. Terima kasih MAMA dan PAPA.
Adakah lelaki hanya suka perempuan yg ada payudara besar? Adakah berat badan anda menjadi problem pada si dia? Tak semestinya. Itu hanya ang...
Raja Penawar No1 Di Dunia!!!
Kanser tahap 1-4, Kencing Manis, Stroke, Sakit Jantung, Buah Pinggang dan lain-lain. InsyaAllah dapat diatasi dengan Transfer Factor. Jadi, dapatkan segera TF 4LIFE
11 comments:
pergghh, cun giloss cincin ko..bape RM tu beb??
yg merah tu menarik perhatianku :x
mahal siot cincin ko tuh.. mcm lord of the ring nilai cincin ko tuh.. huhu :D
phewwiitt..
cincin yang merah tu serius cun tahap ultraman..
apa kata hadiahkan kat sy je cincin tu :$
waa..cantek bangatt``donk cincin kamu ya mas~! :s
mantepp cincinnya ya mas..
bapak mahal cincin ko tuh.. :@
cantik cincin tu..bestnye ade org bg cincin kan..huhu
erm...bila nk ada org bg cincin kat sy...huhu
wahwahwah...!! chantik nye...! cincin pmberian mama n papa rupane..ingtkn cincin kawin..huhuh...
mahal nyee cincin tuu. abih nak bangga ar. x de mende pun.:))
Post a Comment