Alhamdulillah, hari ni urusan aku untuk permohonan nikah sudah selesai. namun ada juga kesilapan teknikal yang membakar hati dan menguji kesabaran aku.
seawal pagi tadi aku sudah dimarahi oleh mama aku akibat lewat pergi ke Pejabat Agama Islam Negeri Johor.
aku sejak dari semalam memang bercadang ingin pergi lewat sedikit kerana malas nak menunggu giliran disitu. mama aku suruh aku pergi jam 7.00 pagi kerana Pejabat Agama Islam Negeri Johor tersebut mula beroperasi jam 8.00 pagi. tapi aku bertolak dari rumah pada jam 8.45 pagi.
aku dah smart bergaya hari ni. berbaju kemeja baru, berseluar hitam, bersongkok tinggi dan bersandal. pendek kata, pegawai pejabat agama pun mesti pandang aku 2 kali punya lah. setibanya aku disitu, aku terus ambil nombor giliran. nombor giliran aku, 1007. nombor yang sedang dilayan masa tu, 1006. jadi lepas je pasangan tu siap ditemuduga, memang giliran aku pula la. aku pada masa tu langsung tak ada perasaan gementar. perasaan masa tu seperti aku pula yang nak pergi temuduga pegawai tu. hehe..
berselang 5 minit, giliran aku sampai. aku dengan segak bergaya beri salam kat pegawai yang bertugas disitu. perempuan pegawai tu. kalau lelaki,mesti aku dah hulur tangan untuk bersalaman. tapi bila perempuan, cuma beri salam, Assalamualaikum je lah. aku datang dengan wajah penuh senyuman ramah mesra. tapi pegawai tu tunjuk muka masam seperti cuka. aku berbaik sangka je. mungkin dia sedang datang bulan, jadi emosinya mungkin sedikit terganggu.
pegawai tu dengan muka masamnya suruh aku isi borang di komputernya. sedang aku menaip data-data yang perlu diisikan, pegawai tadi cakap bahawa Borang 1 aku tak lengkap!! padahal sebelum tu aku sudah periksa berulang kali untuk pastikan semua data-data dan dokumen yang diperlukan sudah dilengkapi. bila pegawai tu cakap tak lengkap, hati aku tertanya-tanya juga, apa benda lagi yang tak lengkap.
jadi aku abaikan dulu kerana aku sedang mengisi data-data di komputer tersebut. bila sudah selesai, pegawai tadi cakap bahawa dalam borang 1 tu, 2 orang saksi aku tidak menurunkan tandatangan di borang tersebut. aku tanyalah dia nak tandatangan dimana? sebab di borang tersebut hanya ada disediakan tempat untuk menuliskan nama. pegawai tu terus 'sound' aku, "awak ni pandai baca jawi tak? disitu kan ada tulis tandatangan". aku jawablah, "pandai, tapi masalahnya didalam borang contoh yang disediakan, saksi tersebut hanya menulis nama tanpa menurunkan tandatangan. saya memang ikut seperti yang disuruh saja". aku keluarkan borang contoh yang disediakan oleh pejabat agama dan aku aku tunjuk kat dia.
kemudian dia kata, aku kena dapatkan juga tandatangan 2 orang saksi borang tu. bila dah dapatkan tandatangan tu, aku kena datang kesitu semula untuk ditemuduga. aku bila dia cakap macamtu, hati terus panas. dengan 'slumber' aku 'sound' pegawai tu dengan nada suara yang agak tinggi. "menyusahkan orang betul lah. bukan dekat saya nak pergi dapatkan tandatangan ni. nak kena balik ke pasir gudang semula. padahal dalam borang tu yang salah. tak pasal-pasal saya pula yang susah."
masa tu ada ramai orang disitu. semua pandang muka aku yang sedang marah membara ni. aku terus melangkah keluar dengan perasaan marah. kemudian aku call mama aku cakap borang tu nak kena 'sign' 2 orang saksi borang. mama aku cakap balik je lah dulu. esok pergi sana semula. aku cakapla nak selesaikan aje semua harini. jadi aku terpaksa patah balik ke pasir gudang. dalam kereta aku berzikir memanjang untuk tenangkan hati aku yang sedang membara ni. sambil tu aku 'call' Bob dan Nohesam. mereka berdua yang jadi saksi aku. aku cakaplah nak jumpa sebab nak minta tandatangan di borang 1 tu. Nohesam masa tu sedang di Tesco Extra. Bob pula di tempat kerja barunya di MultiCode. aku bergegas ke Tesco Extra dulu. macam biasala, bila dah jumpa Nohesam, memang perbualan jadi panas sehangat mentari. cakap mesti berapi-api punya. haha.. bila dia dah 'sign', aku ke tempat kerja Bob pula. Kilang MultiCode. tau pulak aku bila bab-bab kilang ni. cuma Bob cakap tempat dia kerja bersebelahan dengan Pasar Borong Smart. aku redah aje sambil membaca, "Ihdinassiratalmustakim - Tunjukkilah kami jalan yang lurus" (Al-Fatihah ayat 6). aku selalu amalkan baca doa ni bila mencari jalan, mencari barang yang tak jumpa dan melancarkan segala urusan lain. Alhamdulillah, aku sampai tepat dihadapan kilangnya hanya dengan sekali redah. aku 'call' Bob, cakap dah kat depan kilang dia. dia pun dah tunggu aku disitu. Bob ni baru je jadi Supervisor disitu. kira otai juga la walau baru kerja 3-4 hari. hehe..
lepas dia 'sign', aku bergegas kembali ke Pusat Islam Negeri Johor (Blok B Tingkat 2) tersebut. aku cilok sana sini agar cepat sampai. sesampainya disitu, ramai pula pasangan yang sedang menunggu giliran. dalam hati aku berkata, "ni kalau aku kena ambil nombor giliran semula, memang aku bagi maki percuma kat pegawai disitu'. nasib baik aku datang tu, pegawai tadi dengan muka senyum ambil borang aku. dalam hati aku berkata "ai, apsal tersenyum manis pulak ni?". masa tu dia sedang temuduga pasangan lain. tercungap-cungap pasangan tu bila dia tak dapat jawab soalan pegawai tu. entah apa yang dia soal sampai tak boleh nak jawab.
kemudian aku duduk la tunggu sekejap. aku tengok pasangan tadi macam tak lulus. dia duduk balik sambil baca buku yang disediakan. pasangan lain pun aku tengok muka semua pucat lesi. ala-ala takut gitu. ada yang baca buku, ada yang bincang-bincang sesama sendiri. aku tengokkan aje. entah kenapa aku langsung tak ada rasa gementar untuk ditemuduga. mungkin sebab hati aku sedang marah. sebabtu perasaan jadi lain. dalam duduk menunggu tu, aku dah bersiap sedia nak 'sound' pegawai tadi pasal borang 1 yang tak lengkap tadi. aku nak bagitau dia suruh betulkan dalam borang contoh tu, agar pada masa akan datang, tak ada orang lain yang ditimpa masalah seperti yang aku hadapi. tak lama kemudian, nama aku dipanggil. nak tau juga apa soalan yang dia nak tanya aku. jap lagi, dia boleh serahkan Borang 3 (Borang Kebenaran Berkahwin) kat aku. tak ada temuduga-temuduga semua ni. aku tanya la balik, dah siap ke kak? dia dengan senyum jawab, Dah!. "lepas ni awak bagi borang ni ke pasangan awak, suruh dia uruskan untuk urusan pernikahan pula". sebab pasangan aku lain daerah. pasangan lain 'jealous' je tengok aku tak kena temuduga. terus lulus. aku pun terus bagi salam dan beredar dari situ.
masa dalam perjalanan pulang, hati aku berkata "macam tau-tau je aku tengah marah, sampai tak berani nak 'interview' aku". hehe.. aku senyum sorang-sorang.
kemudian, aku terus bergegas pulang kerana kedai aku tak ada orang nak tolong jaga. sebelum tu aku singgah ke ofis tunang aku sekejap. aku bagi kat dia borang-borang yang dia perlu uruskan. masa aku bagi tu, aku tengok, nama dalam borang yang pegawai tadi bagi, tersilap satu huruf. nama aku FAJRIDIL ADHA, dia taip jadi FAJRIOIL ADHA. huruf D dia taip jadi huruf O. hati aku panas balik bila pegawai tu salah eja nama aku. tapi lantaklah, aku bagi je borang tu. sebab dalam borang tu ada dilampirkan sekali salinan kad pengenalan, sijil kursus kahwin, surat pengesahan bujang dan lain-lain. disitu dengan jelas ditulis nama aku FAJRIDIL ADHA. jadi aku abaikan aje kesilapan kecik tu.
akhir kata, selesai sudah urusan aku untuk mendapatkan kebenaran bernikah. harap-harap masa nikah nanti semua urusan berjalan lancar. Amin Ya Rabbal Alamin.. -fajridil.blogspot.com-
2 comments:
uishkk..pasal per ko tak kena interview niee..???
aku pun tak yah interview kott..
ngahahaaa..
Apaaraaa punya undang undang. Kasi hancur orang muda
Post a Comment