Sunday, April 11, 2010

Cuaca Panas, Hati Pun Panas!!

foto Cuaca Panas, Hati Pun Panas!!

panas betul hari ni. kat tempat aku berniaga di today's market seri alam masai ni pulak ada majlis sambutan hari perbandaran MPJBT (Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah) kali ke-9. bila ada ramai pengunjung, maka sudah tentu suhu makin meningkat. cerita pasal suhu tubuh meningkat ni, aku teringat pula pada lagu Nazuru Band - Suhu Tubuhku Meningkat. hehe..

tapi memang seharian badan aku berpeluh je. lain macam bahangnya. tekak pula asyik dahaga memanjang. setiap kali aku minum, peluh pasti akan membasahi badan aku ni..

cerita pasal panas ni, bila suhu badan nak meningkat, jadi hati kalau iman tak kuat, memang senanglah nak terbakar hati bila ada perkara-perkara yang tak best terjadi.

aku pun tak terkecuali. aku bagi contoh pasal tengahari tadi.. time tu kedai aku tengah ramai orang. aku pulak tengah layan dan kira customer aku yang beli barang yang jumlahnya agak besar. tengah sedap-sedap aku kira, datang pulak minah seksi ni jerit-jerit kat aku tanya "bang, ada jual handyplast tak?", aku jawablah ada, sambil menyambung kira barangan customer yang aku layan tadi. jap lagi minah tadi boleh pulak nak desak-desak aku layan dia dulu. padahal dia datang lambat pastu belanja 40sen je. yang aku tengah layan ni rm40. jadi memang aku buat pekak je kat minah tu. tapi ada juga rasa aku nak pelempang muka dia bila desak-desak aku suruh layan dia dulu. dahlah cuaca panas, orang ramai, badan berpeluh-peluh, boleh pulak dia nak buat macamtu.apa dia fikir dia cantik dan seksi, boleh jadi modal nak aku bagi keutamaan kat dia dulu ke? GI MAMPUS!! minta maaf banyak-banyak!! boleh jalan la kalau macamtu..

aku pulak memang dari dulu dah tak heran dengan awek-awek seksi kat kedai aku ni. macam-macam jenis aku jumpa. tak ada aku heran pun. muka cantik, cutting mantap & pakai seksi-seksi masih belum mampu nak tackle hati dan perhatian aku. aku jenis layan sama rata. tak ada pilih bulu punya bila layan customer.

jadi motif dari cerita ni, perempuan-perempuan cantik, seksi dan menggoda di luar sana tu, jagalah akhlak anda. biar muka biasa-biasa saja asalkan baik hatinya. tiada guna rupa yang menawan andai akhlak macam syaitan..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




2 comments:

*ATIKAH RIANA* said...

ha3..tika mmg xsuka cuaca panas..

biasala 2, taktik nak trik perhatain kamu, sbb die tahu die ada pakej nak memikat hati lelaki..

hik3

Anonymoussaid...

sape yg blh tarik perhatian awak tu En.faj?he3
mis f******* ke?

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise