Thursday, April 15, 2010

Muhyiddin: Zaid bukan ‘heavy weight’ tapi ‘very light weight’

foto nama muhyiddin yassin

HULU SELANGOR, 15 April — Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menganggap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon “heavy weight”, sebaliknya hanya dianggap sebagai calon “very light weight”.

“Siapa kata Zaid calon ‘heavy weight’, mungkin beliau nampak berat sedikit daripada calon kita (Kamalanathan).

“Mereka (Pakatan Rakyat) guna psikologi kata Zaid sebagai calon yang berwibawa.

“Lagipun rekod beliau pun bukannya baik sangat, tapi saya tidak mahulah sentuh soal peribadi beliau tetapi biarlah ia dinilai oleh pengundi di sini,” kata beliau ketika sidang media selepas mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) di Bilik Gerakan BN, Bukit Sentosa dekat sini.

Dalam pengumuman itu, Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan dipilih untuk mewakili BN pada pilihanr aya kerusi Parlimen Hulu Selangor menentang Zaid.

Muhyiddin berkata, soal “heavy weight” ataupun tidak bukan penting, yang penting adalah khidmat yang boleh diberikan kepada rakyat.

“Saya tidak anggap beliau sebagai ‘heavy weight’ tetapi very light weight’.

“Sebenarnya soal ‘heavy weight’ ataupun tidak bukan penting tetapi adalah khidmat kepada rakyat.

“Lagipun beliau orang asing, pengundi-pengundi mahukan calon tempatan. Tetapi calon kita bukan orang asing dan saya yakin beliau mempunyai keupayaan memperolah kemenangan,” katanya.

Mengenai ketidakhadiran Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palaniveil, Muhyiddin berkata mungkin beliau kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon pada kali ini.

“Mungkin beliau ada sedikit kecewa tetapi itu hanya sementara kerana kita memerlukan beliau ketika kempen pilihan raya nanti.

“Beliau adalah Timbalan Presiden MIC, jadi kita memang memerlukan khidmat beliau bagi memastikan kemenangan BN di sini,” katanya.(The Malaysian Insider)

***lebam oh lebam.. ko janganlah cakap besar sangat. bukan heavy weight la, very light weight lah.. macam la ko tu handal sangat..

ko tu pun jaguh kampung je. jadi tak usah la nak memperkecilkan keupayaan orang lain. yang ko pergi angkat bangsa lain di kawasan yang majoriti orang melayu tu apa hal pulak? takut dengan si raja belit ke?

kalau kalah calon hero kari putu mayam ko tu, nak tengok juga apa komen ko nanti..

sedih aku tengok pemikiran ko ni oh lebam..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise