fajridil.blogspot.com - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.
Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.
"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.
Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.
Ilustrasi Bahtera Nabi Nuh
untuk melihat video tentang lokasi Bahtera Nabi Nuh ini ditemui, sila KLIK SINI
5 comments:
ini baru yahud beritanya,,makasih mas gambar gambarnya
apa benar itu perahu Nabi Nuh As..??
wah bagus tuh.... tapi bener ga ya
Ma'af, mengikut Alqur'an kapal Nabi Nuh mendarat dibukit JUD bukan Ararat.Jauh antara kedua ini ialah lebih kurang 100 batu.Jadi apa yang ditemui itu bukan lah bahtera Nabi Nuh AS, mungkin penempatan puak gerila Kurdis yang ditinggalkan bertahun-tahun.
Banyak versi penemuan bahtera Nabi Nuh nie.
Post a Comment