fajridil.blogspot.com - ribuan wanita di San Francisco dengan sukarela mempamerkan gambar belahan payudara mereka di Facebook pada Isnin (26/04/2010) dengan memberikan alasan menegakkan ilmu sains. mereka mengumpulkan sebanyak-banyaknya gambar payudara tersebut di group discussions untuk membantah teori yang mengatakan perempuan yang memakai pakaian terbuka sebagai penyebab berlakunya gempa bumi besar.
pada minggu lalu, seorang ulama Iran, Kazem Sedighi dalam ceramahnya mengarahkan kaum hawa agar menutup aurat dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata. ini kerana menurutnya hal tersebut menjadi penyebab terjadi gempa bumi. ceramah tersebut rupanya dipandang sinis oleh kaum feminin di Amerika Syarikat dengan mengadakan pameran payudara yang diberi nama "Boobquake" di Facebook.
aksi gila tersebut diketuai oleh Jennifer McCreight, seorang aktivis yang menyatakan bahawa dirinya adalah feminin ateis tulen. semalam, selama beberapa jam ia mengajak kaum wanita di Facebook untuk menyumbangkan gambar belahan payudara mereka untuk membuktikan bahawa kata-kata ulama Iran tersebut sebagai tidak benar sama sekali.
namun siapa sangka selepas mereka melakukan aksi tersebut, berlaku gempa bumi sekuat 6.5 skala richter di Taiwan. maka banyak komen-komen di perbincangan tersebut mengatakan bahawa aksi kaum hawa tersebut sebagai punca terjadinya gempa tersebut. akan tetapi Jennifer McCreight membela dirinya dengan mengatakan ia tidak masuk akal kerana gempa tersebut bukan berlaku di tempatnya iaitu di Amerika Syarikat.
untuk pihak lain, kempen gila tersebut dimanfaatkan untuk penjualan baju. kedai onlne Zazzle.com menawarkan baju dengan tema "Boobquake 2010". mereka berkata bahawa sebahagian daripada penjualan baju tersebut akan disumbangkan untuk kempen mengatasi kanser payudara. Agak-agak boleh laris tak?
0 comments:
Post a Comment