Tuesday, April 13, 2010

Basikal Ferrari Di2 - Cantik, Ringan dan Mahal

foto Basikal Ferrari Di2
fajridil.blogspot.com - Ferrari bukan hanya gah dengan kereta sport dan kereta F1 sahaja, akan tetapi Ferrari juga gah dalam pembuatan basikal.

foto Basikal Ferrari Di2
Bayangkan, Ferrari baru sahaja melancarkan basikal terbarunya yang diberi nama Ferrari Di2. basikal Ferrari Di2 ini boleh dikategorikan sebagai basikal termahal kerana harganya mencecah US$16.750 per unit. memang mahal harga basikal ni kerana ia berteknologi tinggi dan rekaannya juga mantap. bukan cap ayam punya.

foto Basikal Ferrari Di2
Seluruh rangka basikal Ferrari Di2 ini dibentuk dengan bahan serat karbon yang kukuh (rigid) sesuai dengan perkembangan teknologi baru yang bernama 3PRS. bahagian kaki-kaki (colnago) menggunakan Racing Speed XLR. manakala sistem transmisi menggunakan Dura Ace Di2 yang mana ia mampu menjaga kedudukan rantai agar tetap tegang dan lurus pada setiap gear. basikal ini juga menggunakan bearing kukuh dari Inox Cult. berat basikal ini pula hanya 6kg. memang ringan dan nampak elegan.

foto Basikal Ferrari Di2
Untuk menjaga standard basikal mewah, syarikat pembuatan iaitu Ferrari memberikan waktu menunggu selama 2 bulan untuk mendapatkan basikal ini. tempoh waktu yang lama tersebut adalah bertujuan untuk memberi sentuhan peribadi sesuai dengan kehendak pembeli.

foto Basikal Ferrari Di2
Yang menjadi masalah, syarikat Ferrari memberitahu hanya akan mengeluarkan basikal ini dalam jumlah yang sangat sedikit. hanya 50 unit sahaja. jadi sudah tentu sesiapa yang berjaya memiliki basikal ini akan dapat merasa bangga kerana hanya 50 orang sahaja didunia ni yang mampu memilikinya.

foto Basikal Ferrari Di2
Pelumba pasukan Ferrari F1, Fernando Alonso merupakan salah seorang yang berjaya memiliki basikan Ferrari Di2 ini. tapi beliau dapat percuma sahaja. maklumlahkan, pelumba handalan pasukan. takkan dia pun kena beli juga.. hehe..





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise