Wednesday, July 23, 2008

SUKARNYA MEMAAFKAN


Orang yang sudah dilukai itu cenderung untuk sukar memaafkan. Hal ini disebabkan kerana pemikiran yang tidak menyeluruh dalam memaafkan ini . Mereka merasakan memaafkan itu merugikan diri sendiri, tetapi sebenarnya memaafkan itu menguntungkan kerana hati akan berasa tenang aman dan damai.

Faktor-faktor yang menyebabkan orang sukar untuk memaafkan :

  1. Sejak kecil sudah sukar untuk memaafkan orang lain, jadi sifat itu terbawa-bawa sehingga dewasa.
  2. Sejak kecil perkembangan jiwanya belum menyeluruh, belum berkembang dengan baik sehingga dia belum mampu mempercayai orang dan ini membuat dia sukar untuk memaafkan orang lain.

Untuk boleh memaafkan orang lain, ada peringkat-peringkat yang harus dilalui :

  1. Ia harus tahu bahawa sesuatu yang mengganggu adalah suatu masalah dan harus diselesaikan.
  2. Dia boleh memahami semua perasaannya dan mengeluarkan semuanya.
  3. Membuat satu batasan agar tidak lagi diperlakukan seperti ini.
  4. Setelah itu memaafkan dengan kasih sesama manusia.

Manfaat dari memaafkan orang lain iaitu orang lebih sihat, jantungnya lebih sihat, tekanan darahnya lebih rendah, hidupnya lebih bahagia, hubungan suami isteri lebih baik, hubungan dengan anak-anak lebih baik, hubungan dengan Tuhan lebih baik, bahkan orang yang berniaga akan bertambah banyak untungnya kerana dia menjadi orang yang lebih ramah. Dia menjadi bahagia kerana tekanannya hilang. .

Pada umumnya, kecenderungan kita berkata sudah memaafkan tetapi saat berjumpa dengan orang itu kita menjadi sakit hati lagi. Untuk menghadapi hal ini kita perlu sentiasa ingat kepada Allah dan kita perlu sentiasa mendoakan musuh kita, belajar merendah diri dan bertolak ansur. Maka Tuhan akan memberikan kekuatan kepada kita, sehingga ketika kita berjumpa orang itu kita tidak lagi akan membenci.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




3 comments:

echahsaid...

Erm..kadangkala perasaan sukar memafkan nie..dtg dr dri sendri..xkira macam mana pun seseorang tue..hidup mesti ada keegoan msg2..bla dh ada rs ego,tiggi dri..rs bgs sgt..perasaan nie hdr dlm dri seseorang tue tanpa kita sedar... byk cara nk atasinya..bergantung ats dri sendri gak..n faedahnya byk jugak...pahala yg berlipat kali ganda..manusia biasa tiada sifat maksum..yg boleh menentukan baik buruk seseorang tue...jadi sesama manusia..perlulah bermaaf-maafan...xrugi n xmembazir pun klu melafazkan kt maaf..malah membuatkan org rs bahagia sgt...mcm diriku nilah...i'm feel strong to say sorry n hepi when they received it....so..maaf..maaf..n maaf...zahir n batin..kekeke... keep in touch..!!! (",)

faiezahsaid...

orang yang sukar memaafkan ni hitam dan gelap hatinya..kalaupun mereka melafazkan maaf,tapi dihati masih kotor.betul tak abgku..

ati_emylia said...

salam, sometimes....bukan x nak memaafkan....tp apa yg telah dilakukan itu terlalu pedih dan sakit utk diterima....and apatah lagi orgyg dimaafkan itu acap kali tidak serik dan mengulangi kesilapannya....

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise