Suka dan cinta bukanlah dua perasaan yang berlawanan; sebaliknya, cinta dan suka merupakan dua perasaan yang berdekatan sebab pada umumnya rasa suka merupakan benih bertunasnya rasa cinta. Walaupun keduanya berdekatan, kedua-duanya tidaklah sama. Masalah muncul tatkala kita menyamakan kedua-duanya dan mnempuh dunia pernikahan dengan bekal rasa suka yang kita anggap, CINTA. Itu sebabnya penting bagi kita untuk dapat membezakan kedua-duanya.
Berikut ini akan dihuraikan beberapa perbezaannya.
- Suka dan cinta berbeza dalam kemunculannya.
Suka muncul dalam waktu yang singkat sedangkan cinta bertumbuh melalui proses pengenalan yang panjang. Jadi, perasaan yang kita rasakan tatkala bertemu dengan seseorang dan terus "menyintainya" sebenarnya adalah rasa suka yang kuat. - Suka dan cinta berbeza dalam hal kedalamannya.
Suka bersifat permukaan; dengan kata lain, kita menyukai apa yang dapat kita lihat atau tangkap dengan pancaindera, contohnya penampilan, gaya berbual, persamaan minat dan sebagainya. Cinta bersifat lebih mendalam; kita menyintai seseorang kerana karakternya. - Suka dan cinta berbeza dalam hal rangkaiannya.
Suka bersifat sektoral, ertinya kita menyukai bahagian tertentu dari orang tersebut dan sudah tentu, ada bahagian lainnya yang tidak kita sukai. Cinta bersifat kukuh dan menyeluruh, ertinya kita tetap menyintainya sekalipun ada hal tentang dirinya yang tidak kita sukai. Cinta dapat menimbulkan tolak ansur dan menerima ketidaksempurnaan tetapi suka adalah tertumpu pada apa yang tepat dan sesuai di hati.
Berdasarkan perbezaan di atas ini, ada beberapa langkah yang dapat kita ambil agar kita tidak terperangkap dalam keputusan yang keliru akibat rasa suka semata-mata.
- Jangan tergesa-gesa dalam menentukan pilihan dengan siapa kita akan bernikah.
Waktu akan menjernihkan perasaan aaakah itu suka atau cinta. Jika perasaan kita bertahan lama dan makin bertumbuh, besar kemungkinan itu adalah cinta. - Jangan bersandiwara dan menutupi diri.
Keterbukaan akan memperjelas pandangan orang terhadap diri kita sehingga ia dapat melihat bahagian yang mungkin tidak disukainya dan berfikir untuk menerimanya atau tidak. - Jangan mencurigai rasa suka sebab perhubungan seharusnya dimulai oleh rasa suka walaupun tidak selalu harus diisi olehnya.
- Janganlah takut untuk membiarkan diri diuji sebab ujian akan memurnikan rasa suka. Jika ia hilang, memang ia seharusnya lenyap, namun sebaliknya, bila bertahan, itu memperlihatkan cinta yang tahan diuji.
- Cinta adalah keinginan yang kuat untuk memberi, bukan untuk menerima.
Jadi, ukurlah dengan perjalanan waktu.adakah keinginan untuk berkorban dan memberi bertambah kuat atau berkurangan. "Kasih tidak mencari keuntungan diri sendiri." Kalau perhubungan yang terjalin hanya oleh rasa suka, manfaat untuk diri menjadi titik tolak; sebaliknya, perhubungan yang berdasarkan kasih akan terus bertumbuh melalui apa yang tidak disukainya.
7 comments:
susah gak bro nak beza suka da cinta ni.. konpius jugak dibuatnya..
sama je cinta @ suka.. tak suka mana buleh cinta.. tak cinta mana buleh suka..
suka tak kekal.. cinta lebih bersifat kekal..
sy suka dan cinta abg.. buleh gitu..hehe
hurm..ssh sebenrnya utk kita pastikn samaada kita suka atau cinta kepada seseorg itu,,yg penting jgn cepat buat keputusan..cinta itu sesuatu yg indh,yg perlu d hargai,yg seharusnya kekal n berakhir hingga ke alam perkhwinan selagi hayat masih ada..tp ada juga cinta yg x dp dimiliki...hurmm...pendek kata CINTA itu complecated..betul x..???
zaman sekarang ni susah nak dapatkan cinta yang jujur. banyak yang cinta kerana nafsu semata-mata. habis madu sepah dibuang. tapi ada juga yang ikhlas tapi pasangannya pula yang curang. lumrah alam la katakan.
btol la kate wan tu...sy pon berpendapat mcm tu gak..btol la ape yg awk kate tu wan..huhu
Post a Comment