Thursday, July 10, 2008

mencari pasangan hidup



Kita semua menyedari betapa pentingnya menemukan seorang pendamping atau pasangan hidup yang tepat, dan tentunya yang diperkenan oleh Allah. Tetapi masalah yang sering dihadapi adalah bagaimana kita menemukan pasangan itu. Selalu kita mendengar kes-kes seperti masalah yang terjadi di antara suami isteri adalah masalah yang mereka bawa dari awal pernikahan dan seharusnya hal itu sudah mereka sedari sebelum mereka melangkah ke jinjang pernikahan. Tapi kerana masalah yg tak diselesaikan, akhirnya mereka harus hadapi masalah yang sama tahun demi tahun.

Kalau kita mendefinisikan pernikahan secara praktikal, sebenarnya pernikahan adalah hidup bersama, kerana menyintai hidup bersama, kita ingin berkongsi hidup dan suka duka dengan seseorang. Jadi kalau orang bertanya apa tujuan bercouple @ ada kekasih, tujuannya adalah memahami@mengkaji apakah kita boleh hidup bersama atau tidak, itu gunanya bercinta. Bercouple bukanlah untuk menikmati satu sama lain (hubungan seks), bercouple bukanlah untuk menikmati malam yang indah, bercouple bukanlah agar ada orang yang kita temui pada malam minggu. bercouple bukanlah untuk berkongsi sukacita kita dengan seseorang, bercouple bukanlah supaya kita dicintai oleh orang lain. Tapi masa bercouple adalah masa kita memahami, belajar dan melihat dengan sebaiknya adakah kita boleh hidup bersama dengan dia untuk selama-lamanya atau tidak.

Beberapa pertanyaan yang patut dijadikan kayu pengukur atau pedoman untuk menemukan pasangan hidup.

1. Adakah waktu kita bercouple justeru kita ini merasa didekatkan dengan Allah? Apakah kedua belah pihak itu saling membantu memperbaiki diri dan saling mengingati agar hidup lebih dekat dengan Allah? Kalau kita makin hari makin jauh dari Allah gara-gara bercouple, maka jelas itu bukan suatu hubungan yang diperkenan Allah. Sebab prinsipnya ialah segala hal yang kita lakukan haruslah memuliakan Allah. Jadi kalau dalam bercouple kita tidak memuliakan Allah, iaitu terbukti dengan makin menjauhnya kita dari meningati kepada-Nya, dapat kita pastikan bahwa hubungan itu bukanlah hubungan yang direstui-Nya.

2. Seberapa banyakkah perbezaan yang membuat kita semakin sukar berkomunikasi? Berkomunikasi adalah aspek yang sangat penting. Kerana berbual satu sama lain akan menunjukkan banyak hal. Misalnya: persamaan minat, jikalau keduanya tidak memiliki persamaan minat mereka akan susah bersembang dengan panjang lebar.

3. Mampukah kita bekerjasama? Salah satu wujudnya kerjasama boleh dilihat dari kemampuan pasangan mengambil keputusan bersama pada waktu menghadapi masalah. Jika yang sering timbul adalah perbezaan pendapat, bererti mereka harus mampu mengambil keputusan bersama. Dengan demikian bererti mereka "lulus" dalam faktor kebersamaan.

4. Adakah kita mampu untuk berekreasi atau menikmati masa lapang bersama? Jangan sampai pasangan kita itu sangat berbeza dengan kita, sehingga betul-betul tidak ada titik temu untuk menikmati hidup bersama. Misalnya yang sorang suka menonton bola, yang sorang lagi suka dengar lagu-lagu rock and roll, yang sorang suka beramai-ramai dan berkumpul, yang lagi sorang suka duduk diam di rumah, akhirnya apa yang terjadi tidak pernah menikmati hidup bersama. Yang penting adalah bukan mencari persamaan, tetapi bagaimana menyesuaikan diri dalam perbezaan itu dan saling menghargai perbezaan yang ada.

5. Adakah teman-teman kita boleh diterima oleh pasangan kita dan adakah kita juga boleh menerima teman-teman pasangan kita? Salah satu dari pasangan pada suatu masa akan mengajak kekasihnya untuk diperkenalkan kepada sahabat-sahabatnya. Jadi masing-masing harus melihat dengan jelas siapakah teman-teman pasangannya, kerana itu mencerminkan siapa dia sebenarnya. Prinsipnya adalah kita harus berpasangan dengan orang yang boleh kita perkenalkan ke hadapan orang lain. Kita tidak boleh berpasangan dengan seseorang yang ingin kita sembunyikan dari khalayak ramai kerana kita merasa malu. Kita harus memiliki kebanggaan waktu bersanding dengan dia, jalan dengan dia, dan memperkenalkan dia di hadapan teman-teman, keluarga, mahupun saudara-mara kita.

6. Adakah kita boleh menerima dan menghargai keluarga masing-masing? Ini merupakan salah satu pertanyaan yang penting sekali, apatah lagi dalam konteks kita di sebagai orang timur. Kita yang menikah tidak boleh berkata, “saya hanya menikahimu dan peduli apa saya dengan keluargamu”.

7. Apakah faktor ekonomi kita mempunyai perbezaan yang terlalu jauh? Perbezaan kemampuan ekonomi yang terlalu jauh akan mempengaruhi kehidupan pasangan.

8. Apakah masalah-masalah di masa lalu kita sudah diselesaikan sehabisnya? Sebaiknya pasangan kita mengetahui dengan jelas siapakah kita, termasuk masa lalu kita. Kalau masa lalu kita sangat gelap, misalnya sebelum kita bertaubat kita hidup dalam kehidupan seksual yang sangat bebas. Kita harus mengakui semuanya dengan jujur kerana itu penting untuk diketahui oleh pasangan atau calon kita.

9. Adakah kita boleh menghadapi dan menyelesaikan pertengkaran secara bersama? Dalam masa bercinta pertengkaran tidak harus dihindarkan. Sebab ada orang mengatakan bahawa hubungan yang sihat adalah hubungan yang bebas dari pertengkaran. Sebenarnya hubungan yang sihat bukanlah hubungan yang bebas pertengkaran, tapi hubungan yang sihat juga bukanlah yang penuh dengan pertengkaran, itu sama-sama tidak sihat. Intipati hubungan yang sihat adalah hubungan yang kekadang ada pertengkaran tapi yang pasti boleh diselesaikan. Jadi kata kuncinya adalah semuanya boleh diselesaikan bersama-sama.

10. Adakah kita mahu membincangkan dan boleh merancang masa depan bersama? Masa depan bersama adalah hal yang baik untuk dibincangkan, jadi kedua-duanya harus membincangkan pelan ke depan. Saling bertanya dan membahaskan, “apa yang kita mahukan di masa depan, apa yang kau rindukan dalam hidup ini, apa yang dikejar dalam hidup. Itu penting.

"Janganlah memuji diri kerana esok hari, kerana engkau tidak tahu apa yang akan terjadi hari itu. Biarlah orang lain memuji engkau dan bukan mulutmu, orang yang tidak kau kenal dan bukan bibirmu sendiri."

Dua hal dalam kata-kata tersebut berkaitkan dengan hubungan bercouple:

1. Yang pertama adalah janganlah memuji diri kerana esok hari, jadi jangan terlalu bermegah akan esok hari. Banyak orang yang bercouple terlalu positif akan hari esok, bahawa hubungan mereka itu akan cemerlang, pasti serai, pasti tidak ada masalah, kerana kami saling mencintai. Tidak!!, jangan terlalu memuji diri akan hari esok. Lihatlah hari esok dengan realistik.

2. Yang kedua, biarlah orang lain memuji engkau dan bukan mulutmu. Ini bererti jangan kita ini sebagai pasangan berkata bahawa hubungan kita paling kuat, paling sihat kerana kita saling mencintai. Biar orang lain yang memuji kita, jadi ertinya terimalah dan mintalah pandangan dari orang lain. Semakin sihat suatu hubungan, semakin berani mereka menerima pandangan dari orang lain. Suatu hubungan semakin tidak sihat dan rapuh bila mereka takut menerima pandangan dari orang lain.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




5 comments:

Anonymoussaid...

makin ari makin menarik blog ko dengan isi2 yg berguna...
aku harap ko dapatla teruskan update blog ko dengan isi2 yg bguna mcmni..

nadiasaid...

susah nak dapat yang serasi...

Anonymoussaid...

syukur dengan apa yang kita ada..

cool_ladysaid...

apapun,agama juga yang terpenting sekali. elok agama seseorg itu maka elokla utk dijadikan pasangan hidup.

zurasaid...

tu la susah gak nak cari pasangan hidup ni...sume org nak yg terbaik tok diri sndri..tp kalo diri sndiri xjd yg terbaik tok dri sndri sape lg kan..huhu

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise