Mengenai dengan menghargai orang lain, ada dua jenis orang iaitu:
- Orang yang tidak tahu bagaimana caranya memuji atau menghargai orang.
- Orang yang tidak mahu memuji atau menghargai orang.
Kedua-dua jenis ini bersumber dari satu faktor yang sama iaitu:
Orang-orang yang biasanya dibesarkan dalam rumah yang tandus dengan pujian atau kata-kata positif dari orang tuanya. Akhirnya mereka hidup di dalam keterpaksaan sehingga tidak pernah atau jarang sekali mereka mendapatkan kata-kata positif dari orang tuanya. Dan mereka selalu melihat diri mereka sebagai orang yang tidak mempunyai keuntungan, tidak pernah dipuji. Kerana tidak pernah mendengarkan pujian, akhirnya tidak tahu bagaimana caranya memberikan pujian atau menghargai orang lain. Dari faktor yang sama juga boleh muncul seseorang yang sebenarnya tahu bagaimana cara memuji orang, tapi tidak mahu melakukannya. Kenapa? Sebab dia merasa dia pun dulu tidak pernah mendapatkan pujian atau penghargaan dari orang lain maka sekarang orang pun tidak akan mudah mendapatkan pujian atau penghargaan dari dia.
Namun sebenarnya mereka boleh belajar untuk menghargai orang lain, langkah satu-satunya adalah
Selain kita memberikan pujian dan penghargaan melalui kata-kata, ada hal yang memang tidak terungkapkan melalui kata-kata namun terlihat jelas adalah sikap hormat.
Tiga kesan positif yang akan timbul kalau kita memberikan penghargaan kepada orang lain, iaitu
- Orang lain akan lebih termotivasi untuk menjadi lebih baik.
- Orang lain akan lebih mahu dekat dengan kita
- Orang tersebut nantinya juga akan lebih mudah menghargai orang lain pula, sebab mereka sudah menerimanya dari kita.
Nama baik lebih berharga daripada kaya harta benda , dikasihi orang lebih baik daripada emas permata. Orang yang boleh menghargai, memberikan penghargaan kepada orang dan suka memuji orang akan menjadi orang yang dikasihi dan akan mendapatkan reputasi yang baik pula. Tidak sukar tetapi kenapa kita tidak mahu melakukannya.?
7 comments:
pujian sememangnya perlu untuk mengeratkan sesuatu hubungan...
orang yang tidak menghargai adalah insan yang penuh dengan sifat keegoan dalam hatinya...
rasa dihargai mmg sgt2 diperlukan lebih2 lg phargaan dr insan yg kita cintai. ia mampu mbuatkkan btambahnya rasa kasih syg.
orang yang tidak tahu menghargai mahupun berterima kasih adalah tergolong dalam golongan yang rugi..
org yg xreti mghargai org lain ni adalah org yg rugi dan org yg xada perasaan..mmg rugi org tu..bkn ke kalo kite mghargai insan lain ni dpt mengeratkan lg tali persaudaraan
gol. yg xpandai nk hargai org lain ni sbb die rase die bley dpt lbey baik dr ape yg die da dpt....
kalau macamtu,memang susah lah nak jumpa orang yang nak hargai kita.sebab,kita perlu hargai orang lain dulu kemudian barulah kita akan dihargai orang lain pula.
Post a Comment