Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Krn Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih rasa mampu mencintai. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, wpun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia sehingga akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dihatimu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus faham bagaimana cara untuk berterima kasih diatas kurniaan tersebut.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi jernih, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk meluahkan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata atau kembali lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar menyintainya setulus hati.
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam kedai roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat bercakap dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung.
Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.
Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh kanta mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan kepadanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya menyintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Jika kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Wednesday, July 23, 2008
CINTA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online Users
Total Pageviews
Backlinks
About Me
- fajridil adha
- aku budak biasa yg berasal dr kg masjid masai jb.idup serba sederhana n selalu ceria tp kekadang garang juga. ^_^
Followers
My Link List
Popular Posts Last 7 Days
-
Cara Mengenal Perempuan/Gadis Yang Masih Dara (Perawan). DAHI Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu senggama licinnya hilang, ma...
-
cinta pada bunga kan layu akhir nya cinta pada harta kelak kan musnah binasa akhirnya cinta pada manusia tiada kan kekal selamanya ci...
-
Hari ni hati aku sedikit kecewa. Kecewa dengan orang yang sama. Entahlah, mungkin aku yang sengaja mengecewakan hati aku sendiri. Tapi aku...
13 comments:
ada orang yang tak mahu menghargai orang yang dah menyintainya kerana mahukan yang lebih baik dari apa yang diperolehi.kerana sesungguhnya orang itu adalah dari golongan orang yang rugi.tak salah menyintai orang yang jujur dan ikhlas menyintai kita kerana tidak ada manusia yang sempurna.
dah hati tak bleh terima... nak wat camne... tak kena lagi kat korang mmg lah sedap mulut berkata.... biasa lah adat bercinta... belum tentu ke jinjang pelamin... sedangkan yang dah kawin pun bercerai... nama pun sampai setakat tu je jodoh.... think about it... kepala tu kasi buka.. terima ketentuan....
berdasarkan pengalaman saya,sekiranya cinta yang dibina gagal berakhir ke gerbang perkahwinan,kita tak boleh menyalahkan faktor jodoh semata-mata.kita perlu lihat kepada diri sendiri.siapa yang menyebabkan kegagalan itu?ada manusia yang ada jodohnya tapi kerana keinginan dalam diri yang tak pernah puas,maka ditolak jodoh yang telah diberikan kepadanya.selepas itu bila tak jumpa lagi orang yang dicari,maka mulut akan mula berkata"nak buat macam mana,jodoh tak ada".ini seperti menyalahkan ketentuan.maka,cerminlah diri kita kerana kita sebagai manusia hanyalah hamba yang lemah.belajar la menerima jodoh yang telah ditetapkan untuk kita dengan meningkatkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa dan belajarlah menghargai dengan seikhlasnya.semoga dengan itu kita mampu hidup bahagia aman dan penuh hikmah di dunia yang sementara ini.sekian..
(ROHAYA)
rohaya...
sorry to say i dont agree with u.. totally crap... u sound like my ex... uikssss...
so what if they betray the love... u deserve to get what u want what.... hati dah tak suka... buat apa simpan? dera diri sendri n dera org yang menyintai diri kita.. WTH?
kenshin..
berdasarkan kata-kata awak,sepertinya awak ni angkuh.mungkin awak ada pengalaman berkaitan kegagalan bercinta...tapi jika kita yang menjadi punca kegagalan tersebut,maka renung-renungkanlah kembali apa silap kita...adakah kerana keangkuhan dan kurangnya sifat berterima kasih dalam diri yang menjadi puncanya...kerana pada kebiasaannya sifat itu lah yang menjadi punca...tak salah kalau dikatakan,mungkin dihati awak masih ada tompok-tompok hitam yang tebal sehingga gagal mendidik hati untuk menerima orang yang menyintai kita...
pinklady...
tidak ada istilah dera mendera..sebenarnya kita perlu sentiasa muhasabah diri dan senantiasa mengukuhkan ketakwaan dalam diri..maka apa-apa yang kita peroleh akan kita hargai dengan hati yang penuh tawadduk kerana bukan segala benda yang kita inginkan kita boleh dapatkannya..jadi,fikir-fikirkanlah wahai sahabat...
"soory sebab jadikan ruangan ni sebagai tempat mengulas"
jika apa-apa yang terjadi disebabkan hati & diri kita sendiri,maka kita harus segera memperbaiki kekotoran hati kita kerana setiap manusia ada kekotoran dihatinya.oleh itu sama-samalah kita membersihkan hati supaya peroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.
“Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana besi.Untuk menghilangkan karat tersebut,bacalah Al Quran dan ingatlah mati.”
sy setuju dgn pndpt mentarimerah and faraqistina..mengapa? kerana hati yang bkarat akan selalu mengeruhkan yg jernih.hati yg bkarat xpenah timbul rs puas dlm hatinya sbb x mensyukuri apa yg dah diperoleh.
janganlah cinta sepenuh hati.kita kena tinggalkan sedikit cinta utk diri kita sdiri.krn jika ada yg x diingini terjadi,tidaklah kita kecewa yg teramat..that's all..
Hi..Semua ;)
Terpana sebentar sy dgn kata2 'MentariMerah'... Namun apa yg sy hadapi skrg amat sukar utk di mengertikn. Mungkin benar kata rakan2 sy terlalu baik....
X tahu di mana kesudhn cinta sy nanti... Yg pasti sy tetp akan di tigglkn.. :(
honey d..
kenapa ya awak terpana dengan kata2 saya.boleh awak rungkaikan sikit untuk dibincangkan.. :)
kekadang cinta tu sukar dimengerti..
Cinta xmengenal rupa n harta...Bila cinta tu dtg dri ni seperti dikuasai...tp jgn lupa segalanya ditentukan Allah SWT...sebagai hamba redha pada ketentuanNya...
"Cinta Tidak Memerlukan Wang,Tapi Wang Diperlukan Untuk Memelihara Cinta Itu" -kata azimat n panduan hidup aku nie....
Post a Comment