Monday, July 21, 2008

Patah Hati


Ada orang yang tidak mengalami kesukaran apa pun dalam mencari pasangan hidup; sekali bercinta, terus melangkah ke gerbang perkahwinan. Namun ada orang yang tidak bertuah seperti itu itu; mereka harus mengalami putus cinta berkali-kali sebelum akhirnya berkahwin.

Bagaimanakah caranya menangani kekecewaan patah hati?

1. Patah hati merupakan reaksi terhadap putusnya hubungan cinta. Beberapa petandanya adalah seperti murung, tidak bersemangat untuk jalani hidup, khuatir akan masa depan, marah dan frust menonggeng atau kehilangan arah hidup. Sebagaimana kita ketahui, cinta adalah emosi yang kuat yang bersifat mempersatukan. Jadi, dalam hubungan cinta, kita merasakan penyatuan dengan pasangan kita. Faktor inilah yang membuat patah hati begitu sukar untuk dilalui. Kita sukar melepaskan diri dari orang yang telah menjadi sebahagian dari hidup kita. Hidup kita dan hidupnya telah bertali-temali, kita berkongsi aktiviti seharian dan mungkin kita pun telah merancang masa depan.

2. Patah hati kebiasaanya sembuh seiring dengan berjalannya waktu. Tetapi kekadang patah hati menimbulkan masalah yang lain. Contohnya ada yang hendak bunuh diri atau bahkan membunuh pasangannya. Ada yang lumpuh dan ada yang hilang kepercayaan diri. Pada umumnya komplikasi yang timbul merupakan wujud dari masalah yang lebih serius kerana rasa diri telah dinodai. Contoh, penyesalan karena telah berhubungan seksual, merasa telah dimanfaatkan, merasa diperdaya, hilangnya kesempatan "emas" atau hilangnya tujuan hidup.

3. Sebagaimana hal lain dalam hidup, kita mesti merasakan hal sedemikian sebagai sebahagian daripada cubaan hidup. Tidak ada hal yang terjadi di luar kuasa dan izin Allah. Berdasarkan prinsip ini, kita mesti berani memikirkan beberapa pertanyaan penting, contohnya:

a. Apakah Allah berkenan dengan hubungan ini? Jika tidak, terimalah fakta ini sebagai cara Allah memisahkan kita dari ikatan yang tidak dikehendaki-Nya. Jika Allah berkenan dengan hubungan ini (namun tetap putus), terimalah fakta ini sebagai sebahagian dari pimpinan Allah keatas hidup kita yang tidak kita mengerti.

b. Apakah Allah sedang menunjukkan sesuatu kepada kita? Mungkin kerana kesilapan kita putusnya hubungan ini. dan mungkin juga tidak. Jika kita yang silap, terimalah pengajaran yang telah kita peroleh walau harus melalui kepahitan. Jika memang kita tidak bersalah, lihatlah pasangan kita dengan objektif dan ampunilah dia.

4. Pada akhirnya kita mesti kembali mengingat kepada Allah. Patah hati mampu menggugat keseimbangan hidup dan membuat kita mempersoalkan maksud baik Allah. Ingatlah, jangan sekali-kali menyalahkan Allah yang Maha Esa tatkala kita ditimpa bencana. Tujuan kita ditimpakan bencana adalah kerana Allah sayangkan kita dan supaya kita kembali memperkukuhkan keimanan kepada-Nya..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




10 comments:

rohaidasaid...

karya-karya awak memang bagus untuk digunakan sebagai pengajaran.
saya puji kreativiti awak dalam mengahsilkan blog ni.
blog yang menarik.

Anonymoussaid...

patah hati lagi ke beb.relaxla,bunga bukan sekuntum.

ramzila87said...

patah hati ni amat perit..
sesaper yg penah rasa,tau la mcmner peritnya.

mentarimerahsaid...

jika putus cinta,kita kena tabah menghadapinya.krn itu yg mendewasakan kita.itukan sebahagian dr liku2 kehidupan.

KOKO said...

Nice article. Bisa jadi referensi. Tapi kalau boleh tambahin, cara terbaik menghilangkan patah hati adalah bertemu dan berbicara dengan cewek-cewek cantik lain (disarankan yang belum dikenal) dalam kurun waktu maksimal 1 jam setelah penolakan... dijamin lupa deh kalau sudah ditolak, seru!

Salam kenal dan salut,
KOKO

www.WazzupBro.com

ballacksaid...

BETUL.AKU SETUJU APA YG KOKO CKP TU.AWEK KAN RAMAI.APA YG NAK DIRUNSINGKAN.

Anonymoussaid...

kecewa beno gamaknye gambo tu.

suriYANAsaid...

aii..abg..dh lame xkomen.. jgn mrh sy lg ek.. syg abg..mmuuaahhh...

Anonymoussaid...

amboi-amboi.siap ada kiss kiss yer.

Anonymoussaid...

bukan senang nak hadapi bila bercinta selama 8 tahun dan putus begitu saja dan bukan mudah nak melupakan seseorang yang telah menjadi sebahagian dari hidup kita yang telah berkongsi suka duka

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise