Wednesday, July 16, 2008

8 tanda anda serasi dengan pasangan


Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar mampu memiliki tempoh hubungan yang panjang adalah dgn adanya tolak ansur. Anda dan dia selalu mampu saling membantu,tak kiralah perkara kecil atau besar. Paling penting adalah anda berdua selalu mampu menikmati segala aspek kehidupan secara bersama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan walaupun tanpa harus melibatkan orang lain.
ok,apakah anda sudah merasakan hal tersebut? Jika ya, ini bererti ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup anda!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan serasi dia itu sbg jodoh anda atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan anda. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak geriknya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbual serta tawanya menunjukkan ikhlas apa adanya? Apakah setiap ucapannya secara spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf). Kemungkinan besar dia bukan jodoh anda.

Petanda 3
Adanya refleksi batin membuat hati anda berdua mampu selalu saling merasa. Dan bila Anda atau si dia mampu saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Mungkin sebenarnya dialah belahan jiwa anda yang tersimpan…

Petanda 4
Bersamanya mampu membuat perasaan anda menjadi tenang, nyaman tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tak membuat anda merasa bosan.. Ini mampu sebagai petanda bahawa anda berdua kelak mampusaling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk anda dalam situasi apapun. Dan dia selalu mampu memahami cuaca dalam hati anda dikala dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang surut saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda mendapat musibah? Dia selalu faham saat tekanan perasaan anda datang menyerang? Dia cepat-cepat datang dan mencari ubat tatkala mengetahui anda sedang sakit? Jika ya, tak salah lagi. dialah orangnya…

Peranda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, dia tak peduli dengan masa lalu anda saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya.. ok, kalau begitu ini bererti dia sudah sedia menerima anda apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan anda tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat anda tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun,misalnya saat anda bangun tidur atau saat anda sakit dan tak mandi selama dua hari.

Petanda 8
Bila anda nenceritakan rahsia anda rasa lebih selamat menceritakan kepadaya daripada menceritakan kepada sahabat-sahabat anda. Atau anda merasa sudah tak mampu lagi berahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah anda temukan!

Apakah kelapan-lapan petanda di atas telah anda temukan daripadanya?

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




8 comments:

Anonymoussaid...

susah ler nak dapatkan kesemuanya dari si dia..

shamsaid...

bro,kadangkala keserasian tu dah wujud tapi bila ada orang ketiga,musnah keserasian tu.seseorang tu akan mudah berubah hati bila hubungan terjalin terlalu lama.apa komen bro??

Anonymoussaid...

hurm..ntah la...sy masih mencari2..siapakah org itu...

gadispermatangpauhsaid...

siapalah gerangan gadis yang bakal bertahta untuk jadi pendamping abg kan.mesti bertuah gadis tu.

honeysaid...

errrmm,kalau kita tetapkan 5 kriteria untuk bakal pasangan kita,dapat 1 dari 5 tu pun dah kira okey.pokok pangkalnya bersyukur apa adanya,pasti bahagia.

Anonymoussaid...

kalo kite selesa dgn org tu maknenya serasi la tu..

Anonymoussaid...

tak juger.selesa bukan jaminan.

Acha_Nafeesya said...
This comment has been removed by the author.
 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise