Salah satu peribadi yang sukar untuk bersatu dengan rangkaian hubungan adalah peribadi yang ego. Berikut ini akan dipaparkan ciri dan langkah untuk mengubahnya.
Ciri-Ciri Peribadi Yang Ego
- Hanya dapat melihat dari sudut pandangnya; tidak dapat melihat dari sudut pandang orang lain, apa lagi merasakan apa yang orang lain rasakan. Jadi, tidak mudah untuk berbincang dengannya kerana ia akan berusaha agar kita menuruti pendapatnya.
- Hanya memikirkan kepentingan peribadinya; jadi, apa yang dilakukannya selalu untuk kepentingan peribadi, bukan ikhlas untuk kepentingan orang lain. Ia tidak mengenal erti pengorbanan dan ketulusan; semua hal diperkirakan berdasarkan untung ruginya.
Kesan Peribadi Yang Ego
- Orang sekeliling sukar menerimanya kerana tidak ada usaha darinya untuk menyesuaikan diri. Daripada terjadi konflik, pada umumnya orang sekeling akan menjauhkan diri dari berhubungan dengannya sehingga ia terpaksa hidup bersendirian. Malangnya, semakin kesunyian, semakin ia menganggap bahawa orang sekeliling yang salah. Pada akhirnya orang yang ego hidup dalam bersendirian.
- Sahabat pun sukar untuk mempercayainya sebab mereka menilai ia tidak jujur. Semua yang dikerjakannya cenderung dinilai mempunyai maksud tersembunyi di belakangnya. Pada akhirnya hubungannya dengan yang lain tersekat dan semakin hari semakin sedikit orang yang bersedia berkawan dengannya. seandainya bersahabatpun, hubungan yang terjalin merupakan hubungan timbal-balik, tanpa keikhlasan dan pengorbanan.
Penyebab
- Sebahagian peribadi yang ego ini berasal dari latar belakang keluarga yang terlalu memanjakan sehingga apa pun yang diminta selalu didapatkannya.
- Sebahagian lagi peribadi yang ego berasal dari latar belakang kurangnya kasih sayang sehingga ia tidak pernah belajar mengasihi. Ia menjadi orang yang tidak mengasihi dan tidak rela berkorban kerana ia tidak pernah mengenal kasih sayang.
Langkah Menuju Perubahan
- Peribadi yang ego mesti menerima fakta bahwa ia egois; jangan lagi mencari alasan dan menyalahkan orang. Ia mesti melihat hal ini sebagai dosa keangkuhan bukan hanya karakteristik keperibadian yang unik. Perubahan @ penyesalan bermula dari pengakuan. "Tinggi hati mendahului kehancuran tetapi kerendahan hati mendahului kehormatan."
- Lihatlah apa yang diperlukan orang dan cubalah penuhinya, tanpa berkira-kira. Peribadi yang ego tidak mempunyai ramai teman kerana tidak memikirkan orang lain. "Seorang sahabat memberi kasih setiap waktu dan menjadi seorang saudara dalam kesukaran."
- Hiduplah berdasarkan prinsip: "Kasihilah sesama manusia seperti dirimu sendiri" dan "Segala sesuatu yang kamu kehendaki supaya orang perbuat kepadamu, perbuatlah demikian juga kepada mereka"
8 comments:
ego itu merosakkan!
ego naik moto EGO lah.. betuii tak bro. ngeh ngeh ngeh
tak payah ler nak ego-ego ni.kelak memakan diri.
kekadang perlu ada sifat ego tu dlm diri kita tapi jangan sampai kerana ego timbul pula perkara-perkara negatif.
tiada ego, tiada hati yang kan terguris.
aku paling menyampah sesape yg ego.myakitkan ati kalo ada kwn yang ego.
sume org xkan lari dr ego..tu sifat semulajadi manusia..tp nak ego tu biar la patut2 n tgok la pd keadaannye...kalo org tu ego sgt xyah la kwn..haha
sy setuju dgn pendapat zura...
Post a Comment