Didalam sesebuah hubungan, pertengkaran memang akan terjadi dan sukar untuk dihindari. Jadi jika tidak berhati-hati, masalah kecil pun akan berupaya untuk menjadi masalah yang amat besar. Untuk mengelakkan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini, baca langkah-langkah dibawah :
1. Tenang
Tenangkan diri anda dalam beberapa minit ketika muncul perasaan ingin marah. Anda boleh pergi ke tempat lain untuk lepaskan kemarahan anda itu. Jika perlu, ambil masa lebih lama. Bila dah tenang, jumpa pasangan anda semula dan selesaikan masalah anda dengan hati yang sejuk..
2. Hindarkan Kata-kata ’Selalu’ Dan ‘Tak Pernah’
“awak selalu macamtu” atau “awak memang tak pernah nak faham perasaan saya”. Kata-kata begitu selalu digunakan bila kita sedang marah pada kekasih kita. Padahal kata-kata itu sebenarnya semakin memperburuk keadaan. Hindarkan kata-kata tersebut dengan mencari kata-kata lain yang boleh meredakan keadaan.
3. Jangan Berikan Kata Dua
Apapun masalahnya, pertengkaran bukan akhir sesebuah hubungan. Jadi jangan berikan kata dua untuk menyatakan hubungan anda telah berakhir. Tumpukan perhatian pada punca masalah. Jangan biarkan diri anda terbawa-bawa dengan emosi yang sedang marak..
4. Jangan Kata “Aku benci Kau”
Walau apapun yang anda rasakan ketika bertengkar dengan pasangan anda, jangan sesekali mengeluarkan kata “aku benci kau”. Apatah lagi jika anda memang tak bermaksud nak katakan seperti itu. Kata-kata seperti “saya benci jika bersikap seperti itu”, kan lebih sedap didengar. Jadi tak lah pertengkaran jadi bertambah teruk lagi.
5. Toleransi
Teknik yang baik untuk menenangkan keadaan dan menyejukkan suasana adalah dengan bercakap secara lembut pada pasangan anda yang sedang panas hatinya. Bertoleransilah dan sabar. Jika anda tidak berbuat begitu, jangan nak berangan dia akan bersikap sebegitu jika anda sedang marah.
6. Jangan Akhiri Pertengkaran Dengan Pertengkaran
Maksudnya, jangan simpulkan pertengkaran yang telah dilalui secara berlebihan. Tak penting siapa yang memulakan pertengkaran tersebut. Jika anda dan kekasih anda telah berdamai, jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang boleh membuat pertengkaran yang baru.
7. Minta Maaf
Permintaan maaf memang memiliki keajaiban luar biasa dalam menyelesaikan pertengkaran. Mintalah maaf jika anda berbuat tidak elok semasa bertengkar dengan kekasih anda meskipun anda sebenarnya tidak bersalah di dalam pertengkaran tersebut. Ingat, mengalah bukan bererti anda kalah. Perkara terbaik dalam sesebuah pertengkaran adalah saat bermaaf-maafan semula. Jadi,bermaaf-maafanlah dengan menyatakan perasaan cinta anda dan kalau perlu,peluklah dia. Yang belum kahwin tak boleh. Peluk bantal je. Hehe.
Wednesday, September 3, 2008
Langkah-langkah meredakan kemarahan dan menyejukkan hati serta emosi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online Users
Total Pageviews
Backlinks
About Me
- fajridil adha
- aku budak biasa yg berasal dr kg masjid masai jb.idup serba sederhana n selalu ceria tp kekadang garang juga. ^_^
Followers
My Link List
Popular Posts Last 7 Days
-
cinta pada bunga kan layu akhir nya cinta pada harta kelak kan musnah binasa akhirnya cinta pada manusia tiada kan kekal selamanya ci...
-
Petua-Petua Tradisional fajridil.blogspot.com - PETUA-PETUA TRADISIONAL 1. MENURUNKAN BERAT BADAN Jika anda mengalami berat badan yang berl...
-
Cara Mengenal Perempuan/Gadis Yang Masih Dara (Perawan). DAHI Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu senggama licinnya hilang, ma...
3 comments:
hm..org laki susah sgt ke nk minta maaf..sebagaimna mr faj tulis mengalah bukan bererti kalah kan..huhu
mana dapat tips ni?ok gak..bleh dijadikan panduan bila dh dpt pasangan nti.hehe
aha.. bener bangt tuh.. emng klo mara h susah benar tu' diredakan.. tapi klo udah baca ine.. wah saya jadi ngerti.. makasih ya pak ciikk
Post a Comment