Monday, December 7, 2009

Kursus Kahwin (Malasnya Nak Pergi)

foto hotel selesa pasir gudang
Hotel Selesa Pasir Gudang (Lokasi Kursus Kahwin)

sekarang dah bulan 12. sabtu ni 12/12 - 13/12/2009 insyaAllah aku akan amik kursus kahwin di hotel selesa pasir gudang. biasanya orang lain amik kursus dengan bakal pasangan masing-masing. tapi aku pergi dengan kawan baik aku, nohesam si tokey mee (penyokong chelsea yang selalu bersedih hati) hehe..

Nohesam (Penyokong Chelsea) ^_*

disebabkan aku ejen kursus tersebut, jadi aku dapatlah diskaun rm10. nanti kena bayar lagi rm110. kira jimat juga lah duit minyak kete aku tu.. aku sebenarnya memang malas nak pergi kursus kahwin ni. tapi oleh kerana dah diwajibkan, nak tak nak kena pergi juga lah. tapi dalam hati aku berkata-kata juga. 7 tahun aku belajar sekolah agama. dari darjah 1 hingga darjah khas. bab nikah kahwin ni kira dah khatam. tapi masih kena pergi kursus kahwin lagi. dah lah 2 hari je, pastu kena bayar rm120. dimana rasionalnya kursus tersebut? adakah sama ilmu yang diperoleh dalam tempoh pembelajaran selama 7 tahun dengan kursus yang hanya 2 hari? tapi nak buat macam mana, jabatan agama dah tetapkan sebegitu, ikut aje lah. kalau dilawan, tak boleh kahwin pula nanti..

lepas amik kursus kahwin tu nanti, aku plan nak kahwin pulak. tapi dengan siapa? takkan dengan nohesam pulak. jantan tu.. walau tak nampak sangat kejantanan dia, tapi dia tetap jantan.. haha.. jadi dengan siapa aku bakal mendirikan rumahtangga? tunggu dan lihat!!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




5 comments:

Anonymoussaid...

mmg letih nk pegi ni...da la bru lps sdih ngn chelsea ni....adoiiiii..x de kusus yg 2 jam ke? ini smpi 2 ari... kusot pale otak aku..haha

mat skodengsaid...

aiseyman.. aku ingat ko dah gi arituh.. xgi lg ghupernyer.. dah ada calon sesuai la ni sbbtu nak amik kursus.. huhu

ezzati said...

lor..bkn amik ni sbb nk kawen ke??ingat nk kawen dah

jiwa sifar said...

kursus kahwin..watta joke...

sumpah tak xde kursus kahwin pn xpe.mostly buang masa.haha..

gelak2 kalo penceramah best..pastu ngantuk kalo penceramah tegak namampos.

fajridil adha said...

sham -->> bukan ke ko suka g kursus mcmni? kursus nak tenangkan minda selepas chelsea kalah 2 kali berturut2.. hahaha

mat skodeng -->> aritu rasa nak g, tp x g gak.. yg ni pun kalau last minutes rasa xnak g, aku cancel je. hehe

ezzati -->> amik ni sbb saje nak tambah koleksi sijil je.. hehe..

soul krasty -->> aku rasa aku nak anto wakil la utk amik kursus ni utk aku.. kena wat topeng yg sama muka mcm aku.. bila nak amik sijil br aku dtg.. hehe

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise